in

Show Amal Tabung Bencana Alam Kris Dayanti di Borneo Baruk Club

Budiey dapat tahu, penyanyi terkenal dari Indonesia, Kris Dayanti akan merawat luka lara jiwanya ke Malaysia setelah bercerai dengan Anang.

Tapi kedatangan ikon Indonesia ternama dan paling kaya ini bukan hanya merawat luka terpendam. Oh, pasti ada agendanya.

Budiey dapat tahu, Kris Dayanti akan melancarkan album CD dan VCD Karaoke terbarunya di Borneo Baruk Club (Bbc), Jln Kia Peng, Kuala Lumpur tanggal 23 Oktober ini. Dan pada malam harinya juga, dalam jam 8.30 malam akan berlangsung persembahan amal bagi mengutip derma mangsa gempa bumi di Padang yang melanda negara kelahirannya.

Sikap prihatin dan belas kasihan KD sangatlah harus diberi perhatian. Apa-apa pun, beramal dan mendermalah secara ikhlas. Sebab ada yang tengah marah… tak nak menderma. Korang tahu lah pasal apa, kan?

Jualan tiket yang dikenakan berharga RM50 seorang akan disalurkan ke tabung bencana alam gempa bumi Padang yang dikelolakan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia. Persembahan amal ini adalah kerjasama kedutaan terbabit dengan Garuda Indonesia dan Borneo Baruk Club.

Persembahan ini juga antara perancangan Tropic Jaya Entertainment selaku pengedar album terbaru penyanyi itu yang berjudul Aku Wanita Biasa. Sambil beramal, syarikat terbabit juga mengambil peluang untuk mempromosikan album itu yang sudah pun berada di pasaran sejak 19 Oktober lalu.

Malangnya, walaupun diberi jemputan khas, Budiey tidak dapat hadir pada malam tersebut kerana terpaksa ke Singapura untuk menghadiri Majlis Anugerah Blog Asia Pasifik.

Wish me luck, ya~!

p/s: Cakap pasal show dan konsert ni, berita yang baru sampai ke telinga Budiey, kawan karib KD kat Malaysia, siapa lagi, kalau bukan Dato’ Siti Nurhaliza juga akan buat konsert~! Nama konsert CT kali ni, KONSERT SERIBU WARNA. Yea, kali ini, CT tak keseorangan sebab konsert yg akan berlangsung tak lama lagi akan mengabungkan semua artis Siti Nurhaliza Productions.

Nak tahu bila dan kat mana, kena baca budiey.com~

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Separuh Akhir Muzik-Muzik 24

Drama Twist Love di TV2