in ,

Drama Twist Love di TV2

DRAMA CINA BERCORAK PERUNDANGAN : TWIST LOVE MENGISI SLOT GOLDEN PHEONIX DI TV2

Seolah menjadi trend tontonan masa kini, drama bersiri Cina yang mengangkat konflik pergolakan dalam bidang perundangan sememangnya memiliki kelompok pengikutnya sendiri untuk menjadi tontonan petang hari setelah pulang dari tempat kerja. Masakan tidak konflik yang cuba ditimbulkan turut diselitkan dengan kisah kekeluargaan dan percintaan yang realitinya berlaku dalam kehidupan seharian.

Ternyata percaturan pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan drama bersiri Cina, Twist Love mengisi slot Golden Pheonix yang bersiaran mulai 13 Oktober 2009 lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2 dilihat sebagai memenuhi permintaan penonton yang menggemari drama bercorak sebegini.

Meskipun dikaitkan dengan persoalan perundangan yang dilihat ‘berat’ untuk diterima semua peringkat dan kelas masyarakat, Twist Love tampil berbeza kerana bukan sahaja berlegar sekitar babak-babak watak berdepan dengan masalah undang-undang sebaliknya turut mengheret sama isu kekeluargaan dan kasih sayang dalam diri mereka .

Begitu pun menariknya drama 20 episod ini memaparkan kisah yang berlaku kepada pasangan suami isteri, Su Jian Kang dan Yang Xin Yi yang memiliki rumahtangga yang bahagia. Walau bagaimanapun, Xin Yi tidak menyangka sebuah perceraian yang berpunca dari keganasan rumahtangga telah menemukannya dengan Gu Jun Yong, bekas kekasihnya.

Ternyata takdir Xin Yi berubah mulai saat itu. Dalam perbicaraan perceraian tersebut, klien Jun Yong, Zheng Yuan Qiu (tertuduh) merupakan seorang yang berpengaruh dalam dunia perdagangan. Gu berharap dia dapat menggunakan peluang itu untuk meraih kedudukan yang kukuh dalam bidang perundangan tetapi tidak menyangka peguam pendakwa adalah Si Man.

Jun Yong terperangkap dalam dilema. Namun begitu, Jun Yong tetap dengan keputusannya untuk mengambil kes tersebut bagi membuktikan kebolehannya

4017214066 0Bb64Dded6 O | 3

Menyaksikan lakonan berkesan William So sebagai Su Jian Kang, Liu Zi sebagai Yang Xin Yi, Leo Ku sebagai Gu Jun Yong, Miriam Yeung sebagai Ah Chun, LeungHon-Man, Edmond sebagai Wen Han, He Ling sebagai He Tai Ji dan Yoyo Chong sebagai Mei Qi, pastikan anda memperuntukan waktu senggang anda setiap petang Isnin hingga Jumaat untuk menyaksikan Twist Love, jam 6.00 petang di saluran Dunia Ria, TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Show Amal Tabung Bencana Alam Kris Dayanti di Borneo Baruk Club

Drama Kanak-Kanak Khas Deepavali