in ,

Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru!

Mempunyai kelayakan akademik jurusan perniagaan dan komputer sains, termasuk pengalaman 30 tahun di pelbagai syarikat teknologi maklumat dan komunikasi, namun akhirnya Rosli Manaf beralih bidang bakeri dan pastri.

Minat ‘baking’ atau membakar kek akhirnya mengatur permulaan indah buat lelaki berusia 54 tahun itu beberapa tahun sebelum merancang simpanan persaraannya sejak Oktober tahun lalu.

Kehadiran jenama Homebaker At Clover bermula tahun 2015 dengan pengkhususan manisan berasaskan roti dipanggil Cinnamon Rolls menyebelahi nasib dan rezeki lelaki berasal dari Perak itu.

Malah sejak setahun lalu memiliki cawangan kafe pertama di Bukit Jelutong dengan ‘tagline’ setiap sambutan perayaan dirai, jenama berasaskan artisan bakeri itu kali ini menawarkan promosi istimewa menjelang Krismas dan Tahun Baru.

“Kali ini kami tawarkan tiga pakej kotak bersaiz standard dan mini seperti lazimnya. Kotak paling besar memuatkan 16 biji Cinnamon rolls pelbagai perisa dan ‘toppings’ dijual sekitar harga RM88. Boleh periksa harga di https://linktr.ee/homebakeratclover.

“Malah sebagai usaha menarik perhatian penggemar menu sihat, kita buat kali pertama hadirkan seleksi vegan tanpa ada unsur haiwan dan telur. Kami dalam masa juga mahu
mendidik masyarakat terhadap pasaran pemanis mulut arus perdana dengan memberikan alternatif dari harga semurah RM5 ke atas.

“Kenapa kalau ada keraian atau sambutan acara, kek, kek cawan atau ‘brownies’ yang jadi pilihan. Kenapa bukan Cinnamon Rolls? Sedangkan boleh biasakan cara sebegitu. Malah ada yang hadiahkan pemanis mulut itu sebagai pengganti kek. ‘Presentation’ pun ‘on’ dan meriah dengan ‘fondant’,” katanya.

Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru

Dengan misi dan visi setiap orang berhak menikmati Cinnamon Rolls, jenama itu kini
pantas mencuri perhatian. Hingga kini dalam tempoh setahun juga sudah ada lima cawangan termasuk bakeri, kafe dan kios di sekitar Selangor

Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru

“Masa bulan pertama kafe beroperasi, jualan bersih sampai cecah enam angka. Itu bakar semangat. Kita juga terus variasikan perisa (toppings) dan tambah menu baru. Jualan secara dingin beku juga ada dijual di cawangan kami.

“Kami juga rancak merekrut ‘dropships’ untuk terus menjajah wilayah kawasan lain. Ini perlu kerana konsep pemanis mulut ini sedap di makan ketika masih ‘fresh dan hot’. Jadi sebaiknya ada wakil jualan di kawasan tumpuan.

“Menjelang tahun depan, kita sasarkan 30 lagi cawangan jenama ini diwujudkan termasuk di KL. Tahun seterusnya ada rezeki nak berkembang ke negeri lain pula. Malah kita masih lagi melakukan penyelidikan untuk pelbagaikan menu manis ini dengan cara sihat yang pelbagai,” katanya yang mempunyai sekitar 38 pekerja.

Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru

Mengimbas kembali bagaimana jenama ini bermula, Rosli sendiri tidak menyangka percaturannya menjadi dan dipermudahkan.

“Ketika menghitung detik untuk bersara daripada kerja hakiki, saya mula intai cabang kerjaya baru demi menyambung pendapatan hari mendatang. Saya tidaklah mahu bergantung duit simpanan semata mata.

“Minat ‘baking’ akhirnya mencetuskan idea menghasilkan roti gulung ditabur serbuk kulit manis atau cinnamon rolls.

“Asalnya bermula mula suka buat jamu tetamu dengan bersandarkan belajar dengan bantuan resipi secara cuba jaya di YouTube. Tak sangka menjadi, hingga ada yang nak tempah untuk parti dan kenduri. Ketika itu operasi hanya di rumah,” katanya.

Perniagaan ini boleh diikuti di Instagram dan Facebook di bawah nama @homebakeratclover.

Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru
Boleh Beli Cinnamon Rolls Homebaker At Clover Ini Untuk Hadiah Krismas, Tahun Baru

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah Sudah Failkan Cerai, Tapi Ada Sebab Kenapa Suami Enggan Keluar Rumah

IDW Bawa Sentuhan Rekaan Dalaman ‘Dubai’ Kepada Rakyat Malaysia