in ,

Shila Amzah Umum Sedang Hamil Anak Pertama di IG

Setelah membiarkan peminat berteka-teki, penyanyi terkenal Shila Amzah mengumumkan beliau sedang hamil anak pertama pada tengahari tadi, 17 Februari 2019. Tahniah!

Berita gembira yang dinantikan oleh sekalian peminat ini disampaikan menerusi Instagram miliknya sebentar tadi. Menerusi Instagramnya, penyanyi meningkat naik di China ini mengucapkan rasa syukur atas pemberian paling bernilai buatnya dan suami.

Shila Amzah Umum Sedang Hamil

“Alhamdulillah. Saya sudah hamil. Maaf kerana tidak aktif di di sosial media sejak beberapa bulan lalu kerana saya menghabiskan masa muntah dah berehat. Dalam masa sama saya juga tidak boleh makan banyak.

“Alhamdulillah keadaan saya bertambah baik sekarang,”

– Shila Amzah

Dalam pada itu, Shila dan suaminya Haris Elias berterima kasih kepada ucapan doa oleh pengikutnya yang dikirimkan menerusi ruangan komen.

“ Saya dan suami menghargai atas ucapan doa kalian. Alhamdulillah,”

– Shila Amzah

Mengalami Alahan Teruk, Sering Muntah

Menurut Shila Amzah, selama beberapa bulan ini dia tidak berapa aktif kerana dia sering alami alahan dan muntah, selalu nak tidur dan juga tiada selera untuk makan banyak.

Rupanya, dirinya kini sedang berbadan dua dan disahkan oleh doktor sedang mengandung baby pertama.

Memetik dari Instagram beliau:

“Some of you might have guessed already and I think it’s about time for me to announce it to you. Alhamdulillah we’re pregnant

“Sorry for not being very active on my socmed for the last couple of months because I’ve been spending my time puking and napping and not be able to eat much.. But Alhamdulillah I’m feeling better now (I still have my my dayssss. You never understand life until it grows inside you.

“Me and @hariselias really appreciate all your wonderful doa
Alhamdulillah!”

– Instagram Shila Amzah

Untuk pengetahuan, Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada 19 April 2018. Sebelum itu pasangan ini telah bertunang pada bulan November tahun 2017.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan dengan meriah sekali dengan bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ telah diadakan pasangan ini yang berlangsung di kediaman Shila di Cheras.

Suami Shila Amzah iaitu Haris Elias dikatakan bekerja dalam sektor kewangan di kota London dan dia juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Tahniah buat pasangan ini. Semoga segala urusan dipermudahkan. Amin.

Shila Amzah Nikah

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

E1 Band

E1 Pilih Irama Fesyen Retro Lancar Single Pertama SEMALAM SAHAJA

Whitney Houston

Konsert REMEMBERING WHITNEY – THE GREATEST LOVE OF ALL di Istana Budaya