in , ,

Shiha Zikir Jadi Penyampai Radio, Kendali Petang ERA Bersama Radin & Danial

Tahniah buat Shiha Zikir yang kini bergelar penyampai radio ERA. Nikmati personaliti baharu dan pengisian menarik di radio ERA. Dengar di udara atau strim menerusi aplikasi SYOK.

Para peminat radio ERA boleh menikmati personaliti baharu di segmen ‘Petang ERA’, Shiha Zikir, yang akan turut menampilkan pengisian baharu di segmen yang sama bermula hari ini. 

Tambahan, peminat juga boleh menikmati pengisian baharu sekarang di ‘JoHaRa Pagi ERA’, segmen pagi No. 1 di Malaysia.

Shiha Zikir Kini Jadi Penyampai Era, Kendali Segmen Petang ERA Bersama Radin & Danial

Shiha Zikir, seorang penyanyi dan pelakon tempatan merancakkan suasana segmen ‘Petang ERA’, setiap Isnin hingga Jumaat, dari pukul 4 petang hingga 8 malam dengan celoteh dan telatahnya yang mampu membuatkan peminat terhibur. 

Gandingan baharu Radin, Danial dan Shiha Zikir ini juga akan menceriakan suasana petang para peminat dengan pilihan lagu yang santai serta pengisian yang menarik.

Peminat boleh menikmati pengisian baharu di ‘Petang ERA’ bersama Radin, Danial dan Shiha Zikir, iaitu Parodi Petang ERA (PPE), menampilkan Shiha Zikir dan Danial membuat parodi santai menyanyikan lagu-lagu Melayu tempatan; POLL Petang ERA, untuk berinteraksi bersama Radin, Danial dan Shiha Zikir menerusi kaedah undian di media sosial; Teka Teki Petang ERA, peminat boleh bermain teka-teki bersama personaliti di udara; dan Bro Porter, di mana Danial akan mengupas isu-isu semasa dan hiburan tanah air serta antarabangsa dengan gaya seorang wartawan yang berada di lokasi luar untuk menyampaikan maklumat.

Shiha Zikir Kini Jadi Penyampai Era, Kendali Segmen Petang ERA Bersama Radin & Danial

Selain itu, peminat ERA boleh berhibur dengan pengisian baharu di ‘JoHaRa Pagi ERA’ iaitu ‘Jangan Ganjiong Maa Mr. Tan kan Ada’, di mana Johan, Haniff dan Ray menjemput Tan Bong Heong, bekas pemain badminton profesional negara untuk berinteraksi dan menjawab persoalan-persoalan daripada peminat, pada setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 9 pagi di ERA. 

Peminat boleh bertanyakan soalan dan menerima jawapan daripada Mr. Tan (Tan Bong Heong).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Latif Romly Atlet Pertama Raih Ganjaran Lebih Dari Satu Juta

Joe Flizzow, Hullera & Bunga Bergabung Dalam Single KENA CHECK