in , ,

Latif Romly Atlet Pertama Raih Ganjaran Lebih Dari Satu Juta

Secara keseluruhan dalam edisi Sukan Paralimpik Tokyo 2020 yang melabuh tirai hari ini, Malaysia merangkul tiga pingat emas dan dua perak.

Malaysia membuka tirai meraih pingat emas melalui jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg).

Emas kedua pula hadir melalui acara badminton melalui Cheah Liek Hou yang menundukkan pemain nombor satu dunia dari Indonesia, Dheva Anrimusthi dengan kemenangan 21-17, 21-15 dalam kategori SU5.

Melengkapi sasaran emas negara, jaguh lompat jauh negara, Abdul Latif Romly berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenanginya di Sukan Paralimpik Rio 2016.

Ketiga-tiga mereka melayakkan diri meraih wang ganjaran kemenangan.

Berdasarkan imbuhan Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam), pemenang emas Sukan Olimpik atau Paralimpik bakal menerima imbuhan RM1 juta manakala perak RM300,000 dan gangsa RM100,000.

Mereka turut menerima Skim Imbuhan Tetap Olimpik (SITO) yang diberikan secara bulanan untuk sepanjang hayat dengan pemenang emas diberikan RM5,000, perak RM3,000 dan gangsa RM2,000.

Latif Romly atlet pertama raih ganjaran RM2 juta

Paling mencuri tumpuan adalah Abdul Latif yang kini merangkul jumlah keseluruhan sebanyak RM2 juta selepas meraih emas dalam dua edisi Sukan Paralimpik.

Pada 2016, anak jati Kampung Paya Kelubi, Perlis ini menghadiahkan pingat emas di Sukan Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual).

Ketika itu dia mencipta rekod lompatan sejauh 7.60 meter (m) sekaligus mencipta rekod baharu dunia.

Semalam, Abdul Latif yang kini berusia 24 tahun mempertahankan pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui lompatan sejauh 7.45m

Kemenangannya itu menutup tirai Sukan Paralimpik 2020, sekali gus melengkapkan sasaran kontinjen negara pada temasya di Tokyo itu.

Pada awalnya, jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyah Zolkefli hampir untuk menjadi atlet pertama meraih wang ganjaran RM2 juta dalam edisi namun kemenangannya di Tokyo dinafikan.

Olahraga Para Dunia membuat keputusan itu adalah berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke Call Room’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula).

Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room.

Difahamkan, Ziyad lewat dalam tempoh dua hingga lima minit.

Pada Paralimpik Rio 2016, Ziyad menyumbangkan pingat emas buat negara melalui acara sama.

Reaksi wargaanet

“Siapa sangka kan, boleh membaca cuma di usia 15 tahun dan kemudian menjadi pemegang rekod dunia, atlet emas negara dan dianugerahkan 2 juta oleh kerajaan.Benarlah, Allah beri rezeki untuk setiap hamba-Nya. Yang berbeza cuma masa dan bentuk.Tahniah, Latif!

“Rezeki Allah bagi hasil usaha keras. Baru umur 24 tahun tapi harta sampai beranak cucu nanti makan tak habis kalau bijak uruskan.

” Umur bru 24 masih muda bygkan 2 edisi lg mampu kekal lg emas dpt lg 2 juta utk 2 edisi lg jd 4 juta keseluruhan dan pencen seumur hidup 5k kali 4 jd 20k rezeki yg teramat byk dr Allah,,, terbaikkk

” Alhamdulillah rezeki dia. Penat lelah berlatih selama ni mesti diambil kira. Bukan sekelip mata boleh melompat & terbang sebagai juara. Teruskan usahamu selagi mampu Latif! Harumkan nama Malaysia dipersada dunia. Semoga menjadi inspirasi anak2 muda. 💪🏻

” 1 dalam 2 juta. Moga lebih banyak atlet mbk lahir selepas ini… Setiap insan mampu menyumbang kepada masyarakat, , agama dan negara.. Semoga kejayaan ini membuka mata semua pihak yang memandang enteng murid2 mbk…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bantuan Khas Covid Sudah Diterima, Ini Jumlah Sepatutnya Mereka Dapat

Shiha Zikir Jadi Penyampai Radio, Kendali Petang ERA Bersama Radin & Danial