in ,

Sharnaaz Berusaha Dapat Restu Tetap Mahu Nikahi Shila Amzah

[dropcap]B[/dropcap]erita tentang isu panas antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan ND Lala semakin panas dan hangat diperkatakan di media massa. Terbaru, Sharnaaz telah memberi kenyataannya di di mana Sharnaaz tetap berpegang kepada pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun berkemungkinan cinta mereka mendapat halangan keluarga.

Semalam, Budiey ada siarkan berita tentang ND Lala yang berang dan kecewa dengan sikap Sharnaaz yang tak menghormati orang tua Shila Amzah. Hari ini, Sharnaaz memberi penjelasan selepas di’belasah teruk’. Menurut Sharnaaz, jika dia melakukan kesalahan terhadap ND Lala sekeluarga, dia memohon sejuta maaf selain mahu memperbaiki segala konflik yang berlaku.

Menurut Sharnaaz, dia akan terus menunggu respons positif daripada kedua ibu bapa Shila iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman dengan penuh sabar dan hormat bagi melaksanakan niat suci itu.

“Saya tak terkilan dengan kenyataan itu kerana saya tahu itu hak dia sebagai bapa. Namun, dia perlu tahu yang saya tak berniat buruk, cuma menghalalkan hubungan dengan Shila. Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya.”

Konflik terbaharu dalam hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.

Shila meminta Sharnaaz bersabar dengan konflik yang berlaku dan menanti kepulangannya dari China kelak.

“Kalau semua orang tak suka (untuk berkahwin), saya tidak peduli sebab yang hendak kahwin adalah saya dan Shila, bukannya saya hendak kahwin dengan orang lain. Berat dan payah macam mana pun, saya tetap bersabar dan tunggu sehingga keadaan beransur baik, insya-Allah.”

Ditanya adakah dia mendapatkan pandangan orang tuanya berhubung konflik itu, Sharnaaz berkata, ibu bapanya turut berkecil hati dan kecewa dengan situasi tersebut kerana dia dan Shila sudah saling mengenali dan berkawan dengan serius.

“Kalau diikutkan orang tua saya memang sangat kecewa dengan sikap ibu bapa Shila tetapi kami tetap perlukan restu dan ‘lampu hijau’ mereka kerana ini membabitkan soal kahwin dan bukan perkara kecil. Shila ada berpesan sebelum dia terbang ke China agar saya tunggu sehingga dia pulang semula ke Malaysia untuk perkembangan lanjut.”

“Saya pernah menyatakan keinginan berbincang perkara ini tapi dia (ND Lala) sering mengelak. Jadi bagimana untuk saya berbincang kalau itu tindakannya?”

Sharnaaz kata, kini hanya restu ibu bapa Shila yang diharapkan dan sekiranya ada masalah, lebih baik dibawa berbincang tanpa membabitkan pihak ketiga.

“Saya mahu berkahwin dengan anak, bukan bapa dan saya tahu restu bapa Shila penting kerana dia wali. Sebelum ini, kami tiada konflik dan saya perlu berjumpanya untuk berbincang.”

Ditanya samada akan terus menghantar rombongan, Sharnaaz berkata, dia perlu hubungi keluarganya untuk meminta nasihat.

Shila dan keluarganya tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan perkembangan masalah tersebut kerana mereka berada di China bagi urusan album penyanyi wanita itu.

Sharnaaz kini sibuk di lokasi filem Gila Baby arahan Kabir Bhatia.

Shila Amzah Sharnaaz AIM19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fenomena Drama Setia Hujung Nyawa & Ruby Episod Akhir

Scha Alyahya & AG Pengacara Baru Muzik Muzik Ke-28