in , ,

Tahniah! Sharnaaz Ahmad Buka Cawangan Hello Kelima di Mahkota Parade

Bakal Buka 80 Cawangan Di Seluruh Malaysia Dan Indonesia.

Sejak diperkenalkan secara rasmi pada Jun tahun ini, jenama aiskrim berasaskan yogurt tanpa gula, Hello kini terus melebarkan sayap dengan membuka cawangan kelima di Mahkota Parade, Melaka. 

Tahniah! Sharnaaz Ahmad Buka Cawangan Hello Kelima di Mahkota Parade

Memperkenalkan pelakon hebat Sharnaaz Ahmad sebagai rakan jenama, Hello berjaya mencipta satu fenomena baharu apabila menawarkan frozen yogurt yang menyihatkan, lazat, dan yang penting dengan harga yang berpatutan. 

Tahniah! Sharnaaz Ahmad Buka Cawangan Hello Kelima di Mahkota Parade

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hello, Aliza Ali, selepas membuka lima cawangan, Hello kini dalam fasa menembusi pasaran di Malaysia dan Indonesia selepas menerima permintaan tinggi daripada pelanggan. 

Matlamat Hello menjadi jenama francais frozen yogurt Malaysia pertama yang menembusi pasaran antarabanga sekaligus menjadi jenama frozen yogurt nombor satu di dunia. 

“Kami menerima maklum balas yang begitu positif daripada pelanggan dari seluruh negara yang menginginkan cawangan Hello dibuka segera di lokasi mereka. Malah ada yang sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan Hello”. 

“Justeru kami sedang giat mencari lokasi lain di seluruh Malaysia dan Indonesia untuk membuka cawangan seterusnya. Kami yakin Hello akan menjadi jenama aiskrim berasaskan yogurt nombor satu dalam masa terdekat”, katanya. 

Tahniah! Sharnaaz Ahmad Buka Cawangan Hello Kelima di Mahkota Parade

Menurut Aliza, Hello menyasarkan untuk membuka 80 cawangan di Malaysia dan Indonesia sekaligus membuka 800 peluang pekerjaan baru. “Kami juga membuka peluang kepada orang ramai yang bercita-cita memulakan perniagaan Hello terutama golongan wanita dan belia yang mahu menjadi usahawan”. Sebagai individu yang sudah berkecimpung dalam industri makanan dan minuman (F&B) hampir 15 tahun, ini bukanlah benda baharu bagi ahli perniagaan terkenal ini. 

Sementara itu, rakan jenama Hello, Sharnaaz meluahkan rasa bangga dan teruja apabila Hello terus melebarkan sayap dan meraih permintaan yang luar biasa daripada penduduk luar Kuala Lumpur. 

Tahniah! Sharnaaz Ahmad Buka Cawangan Hello Kelima di Mahkota Parade

“Tak sangka Hello melangkah sepantas ini. Dalam tempoh beberapa bulan saja Hello sudah mempunyai lima cawangan dan Hello bakal membuka 80 cawangan lagi di Malaysia dan Indonesia. Cawangan keenam saya bakal dibuka dalam masa terdekat. Lokasinya sangat dekat di hati saya.” 

“Malah pembukaan Hello di Mahkota Parade ini juga merupakan hadiah istimewa sempena ulang tahun kelahiran yang ke-38 pada 30 Ogos lalu. Saya sangat terharu dengan sokongan padu rakyat Malaysia yang sentiasa menantikan Hello dibuka di negeri kelahiran mereka. Insya-Allah Hello akan menembusi di seluruh pelusuk negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak serta Indonesia,” katanya. 

Tahniah! Sharnaaz Ahmad Buka Cawangan Hello Kelima di Mahkota Parade

Sebarang info lanjut mengenai peluang perniagaan Bersama HELLO boleh hubungi di talian: 

  • +6019-985 7997 / +6019-205 6055
  • hellohellohello.co
  • @hellohellohello.co

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SEVEN Teratas! Jungkook BTS Mencipta Sejarah di Carta Single Rasmi UK

Tak Puas Hati Wartawan Tanya Anak Sulung Hilang 6 Famili Tanpa Henti