in ,

Scha Alyahya & AG Pengacara Baru Muzik Muzik Ke-28

[dropcap]S[/dropcap]emalam telah berlangsung Majlis Memperkenalkan Set & Wajah Pengacara Terbaru Muzik-Muzik Ke-28 di Sri Pentas. Budiey nak ucapkan tahniah buat pengacara anggun cantik cun melecun, Scha Alyahya dan juga penyampai Hot FM iaitu AG kerana telah dipilih menggalas tugas sebagai pengacara Muzik-Muzik musim baru.

Scha Ag

Awal Ashaari Scha Alyahya

Scha Alyahya

Dynaz &Amp; Ag Ajl 25

AG

Budiey rasa, TV3 telah melakukan pilihan yang sangat tepat kerana Scha Alyahya memang best dan AG pula memang kelakar. So, elokla tu kan? Tapi kalau letak Awal kat situ nanti jadi lain macam la pulakkan.

Gandingan penyampai Gandingan penyampai radio dan pelakon popular itu tampil menggantikan pengacara Muzik Muzik sebelum ini, Adzriefaiz dan Chad Hot FM.

Kehadiran AG dan Scha dipertemukan untuk kali pertama dijangka memberi kelainan kepada Muzik Muzik edisi ke-28 (MM28). Program TV3 itu kembali menemui penonton setiap Sabtu, mulai esok, jam 5 petang dengan membawa konsep ‘infotainment’. MM28 juga akan membawa perkembangan semasa muzik dalam dan luar negara setiap minggu serta rutin harian penggiat seni pada setiap bulan.

Menurut Scha, dia tidak menyangka hasrat untuk mengembangkan kerjaya sebagai pengacara pada 2013 termakbul selepas menerima tawaran itu.

“Memang pada tahun lepas saya sudah berniat untuk mencari peluang menjadi pengacara televisyen (TV) pada 2013. Apabila TV3 merisik untuk uji bakat pada Disember lepas, saya mahu mencuba. Impian saya termakbul apabila diberikan peluang mengacarakan MM28.”

Penerbit program, Azman Ghafar, berkata beberapa segmen baru turut diperkenal untuk memberi paparan lebih mantap.

“Tiga segmen baru terbabit adalah Buzz Buzz, Hot dan Gosip Fifi yang akan bercerita mengenai gosip paling hangat artis dan industri hiburan. Selain cerita artis, bidang tugas pengurus artis, pereka fesyen, juru solek, penulis lagu, penulis lirik dan pemuzik juga akan dipaparkan setiap bulan.”

“Apapun, Muzik Muzik masih mengekalkan carta lagu 20 terbaik dan pencalonan lagu-lagu baru setiap minggu. 13 lagu tahun lalu turut dibawa masuk semula ke dalam Muzik Muzik 28 untuk bertanding semula. Kami tidak risau dengan keserasian kerana ia akan diperoleh nanti. Mereka berbakat dan banyak pengalaman mengacara sebelum ini.”

Masih mengekalkan carta 20 lagu terbaik dan pencalonan baharu pada setiap minggu, MM28 tampil dengan konsep infotainment dalam berkongsi perkembangan semasa industri muzik di dalam dan luar negara.

Bermula musim ini, tiga segmen baharu iaitu Buzz Buzz, HOTdan Gosip Fifiturut diperkenalkan.

Tahniah buat AG dan Scha, selamat maju jaya. Semoga Muzik-Muzik musim baru ini lebih gempak, happening dan fresh!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Berusaha Dapat Restu Tetap Mahu Nikahi Shila Amzah

Sinopsis Drama Surat Dari Langit Biru Lakonan Johan Asari & Yana Samsudin