in ,

Sharnaaz Ahmad Didakwa di Mahkamah Esok Sebab Cederakan Orang

Pelakon Sharnaaz Ahmad akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, esok pada jam 9 pagi.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata pelakon itu berdepan pertuduhan mencederakan orang mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Sharnaaz ditahan selepas didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut pada 16 Jun tahun lalu.

Suspek ditahan selepas mangsa yang juga penghuni kondominium tersebut membuat laporan polis mendakwa dipukul suspek dan lebam di mukanya.

Difahamkan, kejadian bermula apabila mangsa yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan di tempat lain meminta rakannya membeli minyak masak namun tidak dibenarkan masuk oleh pengawal sehingga berlaku pertengkaran.

Pelakon terbabit yang melihat insiden tersebut datang menegur mereka sebelum bertukar sebaliknya apabila dia didakwa bertindak menumbuk mangsa.

Susulan kejadian itu, pelakon tersebut direman tiga hari dan dibebaskan sementara kertas siasatan lengkap untuk pertuduhan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured 1 | 17

Menyerlahnya Kamu Dengan Warna Merah Koleksi H&M Lunar 2023

Diana Danielle

“Tiada Wanita Mahu Bercerai Tanpa Sebab,” – Diana Danielle