in , ,

Menyerlahnya Kamu Dengan Warna Merah Koleksi H&M Lunar 2023

Betullah orang kata warna merah boleh menaikkan seri. Sama ada pada pakaian atau solekan di wajah, tambah saja warna merah, voila kamulah yang paling vogue dan gempak sekali.

Merah yang menyengat dan menggoda ini menjadi daya penarik untuk Koleksi H&M Lunar 2023. Menampilkan trend terkini dan klasik yang disuntik dengan unsur perayaan yang meriah, memberi inspirasi kepada kamu untuk meraikan gaya kamu sendiri pada tahun baru.

Kempen H&M Bawa Personaliti Rantau Ini

Lebih meriah dengan Kempen H&M Celebration of Style untuk koleksi Tahun Baru Lunar 2023 di Asia Tenggara dengan membawakan personaliti rantau ini untuk meraikannya bersama-sama.

Antaranya termasuk tokoh terkenal Malaysia Christinna Kuan, Jestinna Kuan, Perry Kuan, Miss World Vietnam 2019, Luong Thuy Linh, penyanyi Vietnam, Song Luan, dan influencer kanak-kanak Vietnam, Hehe of @hehiuwazzup.

Menyerlahnya Kamu Dengan Warna Merah Koleksi H&Amp;M Lunar 2023

Mereka bersama-sama merentasi budaya dan ruang dalam perayaan gaya, diri dan kreativiti yang hebat, memberi inspirasi kepada semua untuk meraikan gaya kamu, mengikut cara kamu.

Koleksi Pakaian Wanita Lunar 2023

Setiap helaian mengambil pendekatan yang bersahaja untuk untuk musim perayaan dengan menggabungkan warna merah dan merah jambu pastel.

Pelbagai corak bunga menghiasi reka bentuk tertentu untuk melambangkan mekarnya permulaan baru untuk tahun baru dan musim bunga. Simbol ‘Arnab’ diketengahkan dalam helaian yang bergaya seperti seluar denim dan skirt pinafore twill, memberikan rupa gaya muda yang menyeronokkan.

Koleksi H&M Lunar 2023 boleh didapati di stor dan secara atas talian di www2.hm.com mulai Januari 2023.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong | 16

Siri Original Special Force: Anarchy Kini Boleh Di Strim Disney+ Hotstar

Sharnaaz Ahmad | 17

Sharnaaz Ahmad Didakwa di Mahkamah Esok Sebab Cederakan Orang