in ,

Gambar Sekitar Konsert Mariah Carey Live in KL 2014

Baru-baru ini, Budiey sanggup redah hujan kilat petir semua semata-mata nak bertemu dengan Mariah Carey, tapi rasa kecewa sebab tak dapat jumpa face to face dengan Mimi ni sebab dia sibuk, tak sempat nak jumpa. Sibuk katanya. Lagi pun konsert kali kedua ni, banyak betul yang membuatkan ramai rasa tak enjoy sebab hujan kot. Konsert jelajah anjuran IME Productions ini diadakan bersempena pelancaran album terbaharunya berjudul ‘Me. I Am Mariah…The Elusive Chanteuse’. Malaysia merupakan lokasi pertama bagi siri konsert jelajah di Asia Tenggara kali ini.

Begitu pun ini merupakan konsert kali kedua figura yang pernah diiktiraf sebgaia Artis Wanita Paling Berjaya dalam sejarah industri muzik Amerika Syarikat ini di tanah air selepas kali pertama beliau hadir menerusi konsert sulung, kira-kira 10 tahun lalu.

Memulakan persembahan kira-kira jam 9.15 malam, Mariah membuka tirai konsert dengan lagu ‘Fantasy’, ‘Touch My Body’ dan ‘Shake It Off’. Sepanjang konsert Mariah diiringi empat orang pemuzik, empat penyanyi latar dan lapan orang penari.

Seperkara yang menjadi perhatian penonton ialah penampilan ibu anak dua ini yang seksi. Mengenakan jacket dress pendek (paras punggung) bewarna hitam, dalam pada membuat persembahan sesekali diva kesayangan ramai sempat beraksi nakal apabila beliau ‘secara spontan’ membuat pose-pose yang agak menampakkan punggungnya yang montok. Setiap kali beraksi sebegitu, stadium gamat dengan sorakan peminat.

Namun selepas usai menyanyikan tiga lagu pertama, Mariah meninggal pentas seketika dan kemudian tampil dengan persalinan kedua, kali ini kelihatan lebih sopan. Kemudian keterujaan peminat diteruskan dengan persembahan lagu seperti ‘Emotion’, ‘Cry’, ‘Fly Like A Bird’ dan ‘Lullaby of Birdland’. Sekali lagi Mariah mencuri perhatian penonton apabila dia membuat persembahan sambil duduk di atas sebuah piano.

Diakhir-akhir konsert, Mariah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila menyanyikan lagu ‘Supernatural’. Apa yang membuatkan ramai penonton tersentuh hati adalah kerana menerusi lagu tersebut, persembahan Mariah turut diiringi video yang memperlihatkan gelagat anak-anaknya, si kembar Moroccan dan Monroe.

Seterusnya stadium kembali bergema apabila rata-rata peminat turut sama menyanyikan satu lagi lagu ‘berhantu’ Mariah berjudul ‘We Belong Together’. Sejurus tamat lagu tersebut, Mariah terus meninggalkan pentas. Meskipun ramai peminat menjerit mahukan Mariah kembali tampil menyanyi lagi, namun beliau tidak juga muncul-muncul. Disebabkan itu, ramai yang beranggapan konsert telah tamat dan masing-masing mula beredar dari stadium.

Bagaimanapun, kira-kira 10 minit selepas itu, Mariah kembali muncul dengan persalinan gaun labuh berwarna silver dan menyampaikan lagu terakhir, ‘Always Be My Baby’. Konsert The Elusive Chanteuse Show” Tour in Malaysia 2014 berakhir kira-kira jam 11.30 malam.

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

Mariah Carey Konsert Di Malaysia 2014

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharifah Sakinah Bertunang Dengan Aliff Adha Malam Ini

First-Ever MTV Music Evolution