in

LOKA Hub Fesyen Selebriti Popular

Peminat selebriti popular tanah air kini semakin ‘intim’ untuk beramah mesra dengan artis pujaan mereka dengan munculnya sebuah gedung fesyen LOKA yang kini berwajah baru.

Ini kerana LOKA yang berlokasi di Tingkat 1, pusat beli-belah NU Sentral, bukan sahaja menyenaraikan 70 jenama fesyen serta gaya hidup tempatan, malah peluang untuk beramah mesra dengan selebriti popular, adalah sesuatu yang dinanti-nantikan.
Sempena memperkenalkan nafas baru LOKA, beberapa selebriti popular seperti Erma Fatima, Didie Alias, Raja Ilya, Akma AF dan Ahya Rosli hadir dalam menyemarakkan sesi Meet & Greet and Iftar with LOKA.

Sekitar Meet & Greet Bersama Selebriti di LOKA Malaysia Nu Sentral

Kemunculan mereka cukup istimewa kerana inilah satu-satunya peluang untuk pelanggan bertemu artis kegemaran mereka sambil membeli-belah jenama produk keluaran selebriti berkenaan.

Langkah itu merupakan salah satu keistimewaan yang ada pada LOKA dalam menarik perhatian 2.2 juta pengunjung yang bertandang ke NU Sentral setiap bulan.

Malah pelbagai agenda interaktif telah direncanakan oleh LOKA buat pengunjungnya bermula Ramadhan ini dan diikuti pada bulan-bulan akan datang.

Antara jenama yang bakal menggegarkan gedung jualan LOKA ialah Gorgeous dan Precious Luxe daripada Rozita Che Wan, WD Exclusive (Wak Doyok), Fazbulouscom (Fazura), Tumeric Mask (Avaa Vanja), Abam Brands (Abam Bocik) dan Raja Ilya Edition (Raja Ilya).

Turut mengambil bahagian Erma Fatima menerusi jenamanya Khalif, Asyraf Zainal, Akma Xclusive by Akma AF, Iman Hood, Iona Scarf, Bateklah, Mariamah, Sambal Merican, Wardrobe.IM, Kuih Raya Salina Saibi, Blaugrun dan banyak lagi.

Selain menawarkan ruang promosi yang luas dan serba indah, LOKA juga membuka pintu yang luas bagi sesiapa yang mahu membuat sebarang aktiviti di dalam premis berkenaan dengan harga sewa yang berpatutan.

Setiap produk jualan boleh didadapati di premis fizikal LOKA dan tidak ketinggalan di Instagram serta laman web LOKA.
LOKA yang baru diuruskan oleh Time Reveal (M) Sdn Bhd yang memfokuskan kepada 3 jenis model perniagaan iaitu retail, E-Dagang dan juga tapak acara.

LOKA Hub Fesyen Selebriti Popular

INFO LOKA

#Lokasi: LOKA Malaysia

#Alamat: Unit 1.13A, Level 1, Nu Sentral Mall, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.

#Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10 pagi-10 malam) #No Telefon: +60 3-2276-4128 / +60 3-2276-4129 Instagram: @loka.malaysia

Laman web: www.lokamalaysia.my

LOKA Hub Fesyen Selebriti Popular

LOKA Hub Fesyen Selebriti Popular

LOKA Hub Fesyen Selebriti Popular

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apabila Sharifah Amani Tegur Dira Abu Zahar

30 Selebriti Terkenal Buka Gerai di Festival Ramadan Putrajaya 2018