in , ,

Sham Visa Kembali Berlakon Dalam Telemovie NENEK AKU INSTAFAMOUS

Sham Visa Kembali Berlakon Dalam Telemovie “Nenek Aku Instafamous” Terbitan Unit Drama TV RTM yang dibintangi oleh dibintangi oleh Ewal AF, Normah Damanhuri, Zarynn Min, Najua P. Ramlee, Mubarak Majid, Wan Raja, Ken Redzuan dan Jalil Hamid.

Kemunculan semula Sham Visa dalam industri hiburan mendapat perhatian ramai terutama dalam kalangan peminat yang merindui suara dan nyanyiannya. Nyata rata-rata peminat berpuas hati dapat menyaksikan beliau kembali beraksi di atas pentas terutama dengan penampilannya yang terkini.

Namun pihak Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui Unit Drama TV RTM pula menghadiahkan sesuatu yang mengujakan pastinya kepada anda yang mahu menyaksikan penyanyi pernah popular dengan lagu Dalam Gerimis ini kembali dalam bidang lakonan.

poster-hsmps-baru

Membawakan watak sebagai Mansor, anak yang salah faham dengan situasi berlaku masa silamnya, drama arahan Ikhsan Sukiman dalam genre komedi ini bakal menemui penonton pada 7 Disember ini, pukul 9.00 malam, menerusi slot Panggung RTM di TV1.

Sinopsis Telemovie NENEK AKU INSTAFAMOUS

“Nenek Aku Instafamous” mengangkat kisah Rafiq, seorang instafamous yang sedang membuat video viral mengenai ’What does it mean to be 21’ telah ditangkap atas kesalahan menerima bahan terlarang di dalam kelab malam. Sebagai seorang yang popular di kolej, Rafiq telah dihukum gantung kolej selama sepenggal bagi membersihkan nama kolej dan meredakan keadaan pada ketika itu.

Zarynn Min dan Sham Visa

Mansor dan Lia yang merupakan ibu dan bapa kepada Rafiq kesal dengan perkara tersebut. Sebagai ayah yang juga merupakan seorang selebriti dan sibuk mencari nafkah buat keluarganya, Mansor meletakkan seluruh kesalahan kepada Lia yang juga seorang motivator berpengaruh kerana tidak mengawasi aktiviti anak mereka.

Setelah berfikir panjang, Lia akhirnya menyuarakan cadangan agar Rafiq dihantar pulang ke kampung suaminya untuk menghabiskan cuti penggantungan Rafiq dari kolej. Mansor yang masih menyimpan dendam pada ibunya, Mak Timah Andam mengenai perpisahan ibu dan ayahnya ketika dia masih kecil pada awalnya menolak. Namun setelah diyakinkan bahawa itu adalah jalan terbaik untuk menyembunyikan Rafiq dari masyarakat umum, Mansor terpaksa bersetuju.

Rafiq terpaksa menurut dan akur akan kata ibu dan bapanya. Kehidupan di kampung membuatkan Rafiq bosan sehinggalah Rafiq mengetahui bahawa neneknya Mak Timah Andam merupakan seorang usahawan jamu dan mempunyai instagram serta pandai membuat video tutorial.

keluarga bahagia dalam Nenekku Instafamous

Kagum akan kehebatan neneknya, Rafiq membantu menaikkan follower instagram Mak Tmah Andam dan membantu mempromosikan jamu sehingga Mak Timah Andam dikenali dengan nama “Granny With Masquerade” dan popular. Tetapi tidak lama kemudian, rahsia terbongkar. Mansor begitu marah pada ibunya. Rafiq dibawa pulang ke rumah. 

Dalam masa yang sama, Rafiq membantu mencari datuknya Man Agogo untuk menyelesaikan masalah antara nenek dan ayahnya. Bantuan Bibik Ainun dan Amin Sengau membuahkan hasil apabila Rafiq mengetahui di mana Man Agogo berada. 

Mak Timah Andam akhirnya memperkenalkan dirinya kepada umum melalui instagram Live.  

babak dalam Nenekku Instafamous

Rafiq akhirnya membawa ayah dan ibunya ke tempat Man Agogo di rumah jagaan orang-orang tua.  Akhirnya Mansor mengetahui perkara sebenar yang terjadi di antara ayah dan ibunya. Apakah sebenarnya yang berlaku? Lalu bagaimanakah kesudahannya?

Drama ini turut dibintangi oleh Ewal AF, Normah Damanhuri, Zarynn Min, Najua P. Ramlee, Mubarak Majid, Wan Raja, Ken Redzuan dan Jalil Hamid. 

Pelakon

  1. EWAL EF – RAFIQ
  2. NORMAH DAMANHURI – MAK TIMAH ANDAM
  3. SHAM VISA – MANSOR
  4. ZARYNN MIN – LIA
  5. NAJUA P.RAMLEE – BIBIK AINUN
  6. KEN RIDZUAN – AMIN SENGAU
  7. JALIL HAMID – MAN AGOGO
  8. MUBARAK MAJID – WAK LEH
  9. WAN RAJA – MAN AGOGO (MUDA)
  10. ANN WAYS – PENGETUA KOLEJ
  11. IERA – MURNI
  12. LIEZA KHALID – MAK TIMAH ANDAM (MUDA)
  13. ADIK SYAMER – MANSOR (KECIL)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Joox Bakal Menyiarkan Anugerah Muzik Melon & Anugerah Muzik Mnet Asia 2019

Jom Cuti ke eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang