in ,

Jom Cuti ke eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang

Musim cuti sekolah adalah masa yang ditunggu-tunggu oleh ramai ibu-bapa untuk membawa anak-anak bercuti. Bagi keluarga yang mempunyai bajet tinggi, destinasi luar negara pasti menjadi pilihan. Bagi keluarga yang mempunyai kekangan kewangan, destinasi yang menjimatkan diberi keutamaan.

Jika anda masih tidak tahu ke mana mahu membawa anak-anak bercuti pada cuti sekolah ini, apa kata anda rancang percutian ke eRYAbySuria Hotspring yang terletak di Bentong, Pahang. Jika anda dari Kuala Lumpur mahupun Selangor, perjalanan ke resort ini tidak mengambil masa yang lama kerana jaraknya  hanya 69 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur. Lebih menguntungkan, kos petrol dan tol juga tidak membebankan.

Jadi, apa yang boleh anda sekeluarga lakukan di  eRYAbySuria Hotspring ini? Bintang utama resort ini sudah pastilah kolam air panas semulajadinya. Dibuka 24 jam kepada tetamu hotel, anda boleh berendam di kolam ini pada bila-bila masa. Sambil bercuti, ambil kesempatan untuk terapi diri. 

eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang

Berendam di kolam air panas semulajadi merupakan terapi yang sangat istimewa, lebih-lebih lagi jika diamalkan sebanyak 2 hingga 3 kali seminggu. Selain mampu melegakan beberapa penyakit, antara kebaikan mandi di kolam air panas ialah melancarkan sistem peredaran darah, membaik pulih sistem penghadaman, menghilangkan stres, melegakan sakit sendi tulang, menguatkan otot pesakit autism, serta merawat penyakit kulit.

eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang

Selain kolam air panas, terdapat juga kolam mandian untuk kanak-kanak yang dibuka sehingga jam 7.00 malam. Satu kelebihan kolam kanak-kanak ini ialah, ia mempunyai keluasan yang selesa untuk ibu-bapa sama-sama menemani anak di dalam kolam. Namun perlu diingatkan, tiada life guard  yang ditugaskan untuk memerhatikan setiap tetamu, jadi jangan sesekali biarkan anak-anak tanpa sebarang pengawasan.

eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang

Berkonsepkan sebuah resort mesra keluarga, eRYAbySuria Hotspring menyediakan 80 buah bilik dengan pelbagai kemudahan, termasuk bilik khusus untuk pengunjung yang terdiri daripada Orang Kelainan Upaya (OKU).

Bagi yang dambakan pengalaman eksklusif, terdapat 20 unit Jacuzzi Villa yang boleh ditempah. Unit-unit ini memiliki jakuzi  peribadi untuk membolehkan tetamu menikmati percutian tanpa sebarang gangguan.

Selain berendam di kolam,agak-agaknya apa lagi yang boleh anda sekeluarga lakukan? Jika anda memang sukakan kehijauan alam, bolehlah sewa basikal untuk mengelilingi kawasan sekitar resort. Harga sewa –  RM10  satu jam. Jika tidak mahu terperuk di resort, boleh ke pekan Bentong untuk menjamu selera.  Lemang To’ki  dan Kedai Kopi & Aiskrim Kow Po antara lokasi selera yang wajib dicuba.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.eryabysuria.com. Anda juga boleh menghubungi talian 09-2210200 untuk sebarang pertanyaan dan tempahan.

Ulasan dari: Rahayu Mat Nah
eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang eRYAbySuria Hotspring Bentong, Pahang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sham Visa Kembali Berlakon Dalam Telemovie NENEK AKU INSTAFAMOUS

Hidangan Autentik Ala Hong Kong Di Eatz @Hong Kong