in ,

Shahz Jaszle Nekad Mahu Kahwin Lari Dengan Puteri?

[dropcap]W[/dropcap]alaupun pertunangan di antara Shah Jaszle dan Puteri Redzwan telah putus sejak 10 Jun yang lalu namun mereka berdua nampaknya masih lagi kuat untuk meneruskan perhubungan tersebut tanpa restu keluarga.Sekadar memetik laporan Berita Harian, Shah Jaszle masih tetap dengan pendirian bahawa dia mencintai Puteri dan mereka masih lagi bercinta dan paling tidak dijangkakan dia dan Puteri bertekad untuk kahwin lari sekiranya jika itu ketentuan jodoh mereka selepas segala usaha untuk meredakan keluarga tidak berhasil.

Menurut pelakon lelaki terkacak itu:

“Apa masalahnya jika saya kahwin lari! Saya akan terus pujuk keluarga Puteri terima saya. Kahwin lari adalah pilihan terakhir walaupun saya tidak mahu perkara itu terjadi. Tapi jika itu (kahwin lari) ketentuan jodoh kami, nak buat macam mana? Saya benar-benar tertekan, tapi kerja perlu diteruskan.”

Menurut Shah Jaszle lagi, selepas insiden dia ditangkap khalwat Puteri semakin kerap menemaninya di set penggambaran jika ada kelapangan, tidak pula timbul soal Puteri ponteng kuliah.

Keluarga Puteri pula terang-terang menolak Shah Jaszle untuk dijadikan menantu bagi keluarga mereka sehinggakan tidak larat untuk menasihati Puteri dan memberitahu akan mengurung Puteri sebagai langkah terakhir jika dia terus berdegil untuk berjumpa dengan Shah Jaszle.

Jadi, sekarang macamana? Apa pendapat korang tentang isu ini?

Masa asyik dengar lagu Bawa Aku Pergi nyanyian Kaka Azraff dan Zizan Razak, mesti Budiey teringat pasal berita ni. Mmm… mungkin ada kebetulan mesej laguu ni nak sama dengan kata hati pasangan ini.

shahz jaszle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Running Man Bakal Temui Peminat Malaysia September 2013

Ada Sebab Ako Mustapha Tubuh Malaya United Films