in ,

Ada Sebab Ako Mustapha Tubuh Malaya United Films

Ako Mustapha lebih dikenali sebagai seorang pelakon. Ya, Budiey pun lama betul tak berjumpa dan tak dengar khabar berita Ako Mustapha ni.

Seingat Budiey, Ako telah berkecimpung di dalam dunia lakonan selama 17 tahun, Ako selalu berjaya menjiwai setiap watak yang diberikan kepada beliau. Tetapi penglibatan beliau sebagai pelakon mungkin telah sampai ke puncaknya. Ako dikhabarkan telah mendaftarkan sebuah syarikat perfileman dengan seorang sahabat lama beliau yang mempunyai sebuah syarikat produksi di Timur Tengah. Syarikat yang mereka tubuhkan bersama ini diberi nama Malaya United Films.

Adakah ini bakal menjadi titik tolak untuk Ako Mustapha mengurangkan aktiviti lakonan beliau dan seterusnya menumpukan seratus peratus komitmen beliau kepada syarikat yang telah ditubuhkan itu sebagai Pengarah Urusan.

Ako Mustapha

Menurut Ako sendiri, niat untuk mempunyai syarikat perfileman sendiri telah lama diidamkan. Dengan izin Tuhan, setelah bertemu kembali dengan sahabat lama beliau itu, niat beliau telah tercapai dalam tempoh yang tidak berapa panjang.

Berserta dengan penubuhan syarikat ini juga, Malaya United Films telah mempunyai satu karya yang bakal direalisasikan tidak berapa lama lagi. Ako amat teruja dan mengharapkan agar impian beliau selama ini akan menjadi satu realiti yang amat manis.

Mungkin bagi sesetengah orang, Ako telah mengambil satu tindakan ‘berani mati’ kerana karya yang bakal dikeluarkan ini dikhabarkan mencecah hampir RM3.8 juta. Tapi bagi Ako, inilah cabaran yang beliau perlu pastikan ia akan berjaya.

Niat untuk menubuhkan Malaya United Films oleh Ako bersama sahabatnya itu pada awalnya adalah untuk mengamalkan satu sistem produksi yang wajar di dalam pembikinan filem bagi syarikat mereka.

Berdasarkan pengalaman beliau sebagai seorang artis, selalunya selepas habis sahaja sesebuah drama atau filem, artis dan krew penerbitan sudah tidak mendapat apa-apa faedah dan manfaat selain daripada bayaran yang telah ditetapkan di dalam kontrak mereka.

Tetapi dengan Malaya United Films, syarikat akan mengamalkan sistem royalti bagi setiap keuntungan, faedah akan dikongsikan dengan semua yang terlibat tanpa mengira peranan mereka dalam karya itu. Niat suci Ako bersama sahabatnya itu bakal diaplikasikan seiring dengan filem pertama yang sedang mereka jalankan ini.

Tindakan Ako ini sesuatu yang harus di puji kerana beliau berani mengambil satu langkah yang besar di di dalam karier beliau.

Penghijrahan ini adalah sesuatu yang baik. Malaya United Film menjadi satu pemangkin untuk Ako lebih berjaya di dalam kerjaya baru beliau.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shahz Jaszle Nekad Mahu Kahwin Lari Dengan Puteri?

Afiq Muiz Kini Sudah Berbaik Dengan Ibunya