in , ,

Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

GARA-GARA perbezaan dan percanggahan ideologi politik, wujud perbalahan antara dua pihak hingga sampai bermasam muka.

Hal sama turut terjadi antara selebriti popular iaitu Datuk Hans Isaac dan pelawak Shahrul Shiro yang saling berbalah dalam menegakkan pandangan masing-masing berhubung isu barisan Kabinet baharu di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia bermula apabila Shahrol pada Selasa menegur secara terbuka tentang tindakan Hans Isaac yang dianggap menyindir pilihan senarai menteri Kabinet yang dibuat Ismail Sabri.

Ahli kumpulan Shiro itu juga berkata, Hans pasti akan melakukan perkara sama dalam memilih individu yang dipercayai dan senang untuk bekerja dengannya.

Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’

Video yang mencetuskan perbalahan antara Shahrol dan Hans Isaac.

“Jelas video yang saudara post di Instagram mengenai ceramah kononnya Presiden Indonesia mencari barisan menteri dengan bertanya soalan 2×2. Mana mungkin negara sehebat Indonesia pemikirannya cuma seperti itu.

“Jelas video tersebut ditujukan kepada PM kerana ianya di muat naik selepas pengumuman barisan Kabinet. Barisan yang dipilih diyakini mampu bekerja dengan baik.

“Jika saudara Hans menjadi pemimpin pun sudah tentu barisan yang dipilihnya adalah individu yang beliau senang bekerja dan saya yakin salah satunya adalah Afdlin Shauki.

“Lihat sahajalah dalam realiti bagaimana beliau banyak bekerjasama untuk menghasilkan karya kerana beliau yakin Afdlin dapat melakukan tugas dengan baik,” ujarnya.

Pada Ahad lalu, Hans memuat naik sebuah video dipercayai dari Indonesia yang memperlihatkan seorang penceramah mendakwa pemilihan menteri dibuat hanya bertanyakan soalan sifir dua kali dua.

“Suatu ketika di Indonesia entah zaman presiden mana, saya tidak pasti. Setiap kali nak membentuk kabinet dia mengadakan temuduga. Temuduga bakal menteri, setiap menteri ditemuduga dulu.

“Calonnya ditanya soalan mudah 2 x 2 berapa, ada yang jawab tegas… ya empat tidak boleh lima, ilmu tidak boleh ditawar-tawar, jadi presiden kata ya sudah pulang saja… manakala calon kedua menjawab jika hitungan matematik ya empat. Kalau hitungan politik boleh empat, tiga… pokoknya boleh diaturlah. Itu matematik politik.

“Calon ketiga masuk dan apabila ditanya 2 x 2 berapa, dia jawab ya terserah mahu berapa. Jadi calon itu yang dapat jadi menteri!” ujar penceramah berkenaan menerusi video berdurasi dua minit 19 saat itu.

Maaf Hans Isaac, saya yakin kamu tidak akan koyak kerana kamu sudah berada di dalam dunia politik.

Video dengan kapsyen ‘beri pendapat anda’ itu meraih lebih 50,000 tontonan.

Sementara itu berhubung isu lantikan ‘kitar semula’, Shahrol berkata dia mempunyai pendapat tersendiri berhubung isu berkenaan.

“Ya, ini barisan yang recycle katanya. Tapi kita sudah beri peluang barisan kabinet yang 90 peratus muka baru sewaktu zaman Pakatan Harapan, tapi rakyat sudah cukup sengsara sewaktu itu.

“Janji minyak turun, tol dihapuskan, pendidikan percuma adalah ungkapan penyedap halwa telinga semata-mata.

“Rakyat tidak mahu tahu parti politik mana yg hebat berbual mengenai penderitaan mereka tetapi parti mana yang bekerja menyelesaikan masalah mereka,” kata Shahrol yang juga merupakan Exco Pemuda Umno Bahagian Kluang, Johor.

Dalam pada itu Shahrol berkata, dia menghormati Hans sebagai senior dalam industri seni, namun tidak dalam arena politik.

Dia juga meminta Hans agar tidak terasa hati dengan tegurannya berikutan ia adalah perkara biasa dalam dunia politik.

“Saya respect awak sebagai senior dalam industri seni tapi dalam politik tiada senior atau junior tetapi yang patut ada ialah kualiti pemikiran dan gerak kerja yang ikhlas untuk menjadikan generasi serta negara akan datang lebih baik.

“Maaf Hans Isaac, saya yakin kamu tidak akan koyak kerana kamu sudah berada di dalam dunia politik dan politik bukannya untuk mereka yang berjiwa nipis. Selamat menyambut kemerdekaan ke 64,” ujarnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 23

Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

Faizal Ismail | 24

Faizal Ismail & Krill Rashid Tubuhkan HIDAYAT TV, Bakal Bersiaran Mulai 4 September Ini