in , ,

Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

Hangat diperkatakan sekarang ini tentang Azrell Omar Azri Iskandar bersama adiknya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, keduanya anak kepada pelakon Ellie Suriaty telah hadir bersama ibu dan rakan mereka Muhammad Hanif Haikal Jeffery, membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, mempertahankan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin.

Dua pelajar yang juga merupakan anak kepada pasangan pelakon Ellie Suriaty dan Azri Iskandar telah membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin Covid-19. Menurut Harian Metro, Azrell Omar Azri Iskandar, 17, dan adik perempuannya, Nur Azreen Omar Iskandar Azri Iskandar, 12, turut ditemani ibu mereka ketika membuat laporan polis itu.

Difahamkan, seorang pelajar lagi yang merupakan rakan mereka, Muhammad Hanif Haikal Jeffery, 17, turut sama membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati, semalam.

Menurut kata Azrell, dia membuat keputusan tersebut kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang sekiranya berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya selepas menerima suntikan.

Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

“Apa yang berlaku terhadap saya selepas menerima vaksin, semuanya atas tanggungan saya sendiri. Justeru itu, saya berhak menolak daripada menjadi bahan eksperimen dengan dicucuk vaksin.”

Saya pelajar yang sihat tubuh badan dan tidak sanggup mengambil sebarang risiko yang boleh mendatangkan mudarat terhadap tubuh badan saya melalui suntikan vaksin ini yang masih lagi di tahap ujian klinikal.”

Saya tak sanggup mempertaruhkan nyawa saya untuk ujian klinikal ini kerana ada pelbagai kaedah mencegah Covid-19 iaitu melalui cara perubatan homeopati holistik, makanan sunnah yang keluarga saya amalkan bagi mencegah penularan Covid-19.”

– Azrell Omar Azri Iskandar
Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

Katanya lagi, semua ahli keluarganya belum mengambil vaksin sehingga kini dan pada dua minggu lepas gurunya ada memberi borang di sekolah untuk mendapatkan vaksin yang akan dilaksanakan terhadap pelajar.

“Dalam borang berkenaan, kami (pelajar) diberitahu bahawa tiada siapa yang akan bertanggungjawab sekiranya berlaku implikasi akibat pengambilan vaksin.”

“Setakat ini, mereka tidak memaklumkan ada tindakan lanjut akan dikenakan sekiranya tidak mengambil vaksin.”

Saya ambil semua maklumat berkaitan vaksin dan Covid-19 daripada Internet termasuk membaca berita dari luar negara selain maklumat daripada ibu saya, ahli keluarga serta kenalan.”

Dari situ saya menilai sendiri maklumat diperoleh dan membuat keputusan untuk menolak disuntik vaksin.”

– Azrell Omar Azri Iskandar
Anak Ellie Suriaty Buat Laporan Polis, Tolak Suntikan Vaksin Covid-19

Kata Azrell, tiada sesiapa yang memaksanya untuk membuat laporan polis itu dan ia dilakukan atas kewarasan sendiri selepas menilai semua maklumat yang diperolehinya. Dia juga memperoleh maklumat berkaitan vaksin daripada Google termasuk membaca berita dari luar negara, ibunya, ahli keluarga serta kenalan. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aishah | 23

Demam Panas, Semput & Oksigen Tak Normal, Aishah Positif Covid-19

Shahrol Shiro | 24

Shahrol Shiro Balas Teguran Hans Isaac, Harap Tak ‘Koyak’ Isu Kabinet ‘Recycle’