in ,

Shae Lancar Album Kedua – SEPERTI MAGIC

Shae, seorang penyanyi yang mempunyai darah kacukan Australia dan Indonesia ini telah meraih penghargaan platinum untuk album sulungnya “The First” di Indonesia pada 16 Febaruari yang lalu bersempena dengan pelancaran album terbaru beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’ dan 10x platinum untuk muat turun ring back tone (RBT) bagi lagu ‘Sayang’ di Malaysia.

Setelah kejayaan Shae melalui lagu ‘Sayang’ yang mencecah melebihi 2 juta muat turun ring back tone (RBT), ‘Sayang’ juga telah dinobatkan sebagai muat turun yang terbanyak pada tahun 2014/2015 di Malaysia. 2 juta muat turun RBT bukan angka yang mudah untuk dicapai walaupun bagi artist lama apatah lagi artis baru yang mahu menapak di dalam industri muzik tanahair. Bagi Shae, beliau bukan sahaja meraih kejayaan tersebut malah telah membuktikan sebagai artis yang pertama berjaya memecahkan rekod penjualan digital ‘Zakiah Zakiah’ oleh Jinbara & Ahli Fiqir.

Shae - Seperti Magic

Selepas mendapat kejayaan yang gemilang melalui lagu ‘Sayang’, Shae kini kembali dengan menghasilkan sebuah lagu yang pasti meletup pada tahun 2016 yang diberi nama ‘Seperti Magic’ yang turut dimuatkan di dalam album kedua beliau yang bertajuk ‘Seperti Magic’. Lagu ini merupakan hasil ciptaan Posan Tobing yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lagu ‘Sayang’ dan merupakan antara orang yang mencetus penglibatan Shae di dalam industri muzik.

Namun berbeza daripada lagu ‘Sayang’, single terbaru Shae bertajuk ‘Seperti Magic’ ini bermula dengan luahan kesedihan hati seorang kekasih yang masih mencintai namun kecewa apabila mendapat tahu bahawa kekasihnya telah menduakan cintanya. Masih mengekalkan tema cinta dalam nyanyian beliau, Shae memperjuangkan muzik bergenre pop balada bagi lagu ini.

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Posan Tobing ini sungguh mendayu-dayu dan lagu ini pastinya bakal menarik kembali perhatian anda semua untuk sering mendengar alunan suara Shae yang syahdu melalui lagu ini.

Terdapat 10 buah lagu yang dimuatkan di dalam album ‘Seperti Magic’ ini dan 4 daripada 10 lagu tersebut sudah boleh didengari dan boleh pre-order di iTunes. Antaranya adalah ‘Seperti Magic’, ‘Dream’, ‘Aku Suka Kamu’, dan ‘Gojigo (K.A.M.U)’. Lagu ‘Dream’ merupakan sebuah lagu yang diadaptasi daripada lagu hit ‘Sayang’ di dalam versi Bahasa Inggeris dengan rentak EDM. Lagu ini dinyanyikan oleh Shae bersama dengan Jessica Reynoso yang merupakan penyanyi dari Filipina yang namanya sedang meningkat naik sejurus beliau memenangi pertandingan The Voice Philippines.

Istimewanya, lagu ‘Dream’ telah dihasilkan oleh Apl.De.Ap, penyanyi rap dari kumpulan tersohor antarabangsa iaitu Black Eyed Peas. Selain daripada itu, Shae juga turut menyumbangkan hasil nukilan beliau bagi menjayakan album ini dengan menghasilkan dua buah lagu yang bertajuk ‘Pecah’ dan ‘Cantik’.

Album ‘Seperti Magic’ akan dilancarkan secara digital mulai 18 Mac 2016 ini. Pada 23 Mac pula, Shae akan mengadakan sesi soal jawab (Q&A) bersama peminat-peminat beliau di fanpage Facebook beliau pada jam 6.00 petang waktu Malaysia. Jadi kepada semua peminat dan #SobatShae, anda boleh bertanyakan apa sahaja kepada Shae ketika itu. ‘Seperti Magic’ merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.

Shae 1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuna Bakal Lancar Album Ketiga Berjudul CHAPTERS

Malaysia Travelers 2016 Trip Decisions