in , , ,

Set Penggambaran Filem Spider-Man 3 Menunjukkan Suasana Di Hari Natal

Set penggambaran filem Spider-Man 3 sah menunjukkan penampilan baru yang berlatarbelakangkan suasana di hari Natal.

Gambar Spider-Man 3 di set penggambaran memperlihatkan Peter Parker melawat MJ di sebuah tempat kerja di musim cuti. Ia menunjukkan set lokasi filem di sebuah kedai donat.

Spider-Man 3 pernah dijadualkan untuk ditayangkan pada bulan Julai namun dibatalkan atas sebab pandemik. MCU sekarang ini sedang menjadualkan filem Spider-Man 3 untuk keluar pada hujung tahun dan penggambaran sudah dijalankan sejak Disember yang lepas. 

Set Penggambaran Filem Spider-Man 3 Menunjukkan Suasana Di Hari Natal

Walaupun banyak barisan pelakon baru akan muncul, Tom Holland akan tetap menjadi watak utama yang difokuskan. Dia akan beraksi dengan beberapa wajah yang sama dari filem Far From Home seperti Ned, MJ dan makciknya, May.

Set Penggambaran Filem Spider-Man 3 Menunjukkan Suasana Di Hari Natal

Gambar di set penggambaran ini menyajikan babak menarik. Menurut sumber Just Jared, Peter masuk ke kedai untuk berjumpa dengan MJ. Di luar kedai itu terdapat hiasan Krismas. Sebahagian besar filem ini memberi gambaran akan ditayangkan pada bulan Disember. Lihat gambar tersebut di bawah.

Perjumpaan Peter dan MJ menunjukkan bahawa hubungan mereka masih rapat walaupun identitinya Spider-Man telah didedahkan. Melalui latar belakang yang dikongsi dalam filem itu, ia dapat dipastikan bahawa filem ini akan menemui anda dengan babak di hari Natal.

Set Penggambaran Filem Spider-Man 3 Menunjukkan Suasana Di Hari Natal
Set Penggambaran Filem Spider-Man 3 Menunjukkan Suasana Di Hari Natal

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Zombie Pertama Indonesia ZETA: WHEN THE DEAD AWAKEN Ditayangkan di Astro First

Album MARHABA Hafiz Hamidun Himpun 13 Salawat Hasil Pemuzik & Jurutera Terbaik Antarabangsa