in , ,

Filem Zombie Pertama Indonesia ZETA: WHEN THE DEAD AWAKEN Ditayangkan di Astro First

Dalam musim mendepani pandemik COVID-19 ini, ramai yang memilih untuk menonton filem di rumah melalui platform atau saluran tertentu. Antara filem yang ditunggu-tunggu ialah Zeta: When The Dead Awaken yang mengisahkan tentang zombie. Dalam artikel ini, ada sedikit info untuk diketahui sebelum anda menonton!

Filem zombie pertama Indonesia ini dijangka mendapat sambutan hangat apabila ia boleh ditonton melalui Astro First bermula 28 Januari ini.

Menurut pengarahnya Amanda Iswan, walaupun mengarah filem ini ada cabaran tersendiri, namun itu adalah ilmu berharga buat dirinya.

“Saya rasa aspek yang paling sukar apabila kami harus mengambil sekitar enam hingga 13 babak setiap hari.

“Ini kerana kami hanya mempunyai masa penggambaran yang agak singkat. Dua daripada babak pertempuran diambil pada hari yang sama dalam tempoh sekitar 4 jam sahaja (adegan ketika Deon melepaskan gari dan melawan Reyhan dan kemudian ketika Reyhan melepaskan borgol dan menyerang Reza). 

“Namun di sebalik kesusahan, memandangkan ini adalah filem pertama arahan saya, banyak pengalaman dan ilmu yang diperoleh,”

“Bukan hanya genre seram, saya fikir mengarahkan filem dalam genre mana pun adalah sesuatu yang mencabar, terutamanya saya yang pertama kali mengarah.

“Saya beruntung kerana berpeluang bekerja dengan beberapa kru filem terbaik di Indonesia,” jelasnya yang sentiasa mendapat kerjasama baik daripada semua pelakon dan krew. 

– Amanda Iswan
Zeta: When The Dead Awaken

Antara pelakon yang membintangi filem ini ialah Cut Mini, Dimas Aditya, Edo Borne, Willem Bevers, Joshua Pandelaki, Jeff Smith dan ramai lagi.

“Kami memilih Cut Mini untuk membawa watak sebagai sebagai ibu kerana dia adalah salah seorang pelakon hebat Indonesia, dan kami percaya bahawa dia dapat memainkan peranan sebagai  ibu yang menderita kerana Alzheimer.

“Jeff Smith ( watak Deon) adalah pelakon yang sedang meningkat naik namanya dan memiliki berpotensi besar.  Sikapnya baik dan tidak pernah merungut jugak amatlah disenangi.

“Manakala Dimas Aditya pula sudah banyak pengalaman berlakon filem dan keperibadian serta pemikiran kristisnya sesuai dengan watak Reza,”

– Amanda Iswan
Zeta: When The Dead Awaken

Sinopsis Filem ZETA: WHEN THE DEAD AWAKEN

Deon (lakonan Jeff Smith), seorang budak sekolah menengah berusia 16 tahun dan ibunya, Isma (lakonan Cut Mini) yang menderita tahap awal Alzheimer, terperangkap dalam sebuah apartmen mereka semasa wabak misteri secara tiba-tiba. 

Atas usahanya untuk mengumpulkan bekalan makanan, Deon menyerang Reza (lakonan Dimas Aditya), seorang pekerja binaan yang dalam perjalanan ke apartmen saudaranya, Reyhan (lakonan Edo Borne).

Setelah melihat keadaan Isma, Reza bersetuju untuk membawa mereka ke apartmen Reyhan, kerana dia memiliki radio yang dapat digunakan untuk menghubungi tentera.

Sementara itu, bapa Deon, Dr. Ricahrd Riss (lakonan Willem Bevers) seorang saintis terkenal, bergabung dengan pasukan khas negara yang dipimpin oleh Colonel Vito (lakonan Joshua Pandelaki) untuk mendapatkan serum. 

Semasa dalam perjalanan, mereka bertemu dengan geng Blue River, kumpulan gerila anti-zombie yang diketuai oleh Maya (lakonan Natasha Gott) dan Ario (lakonan Revaldo Vivaldi). Adakah tentera dapat menyelamatkan Deon sebelum terlambat?

Jangan lupa tonton filem Zeta: When The Dead Awaken ditayangkan di saluran 480 Astro First mulai 28 Januari 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acha Septriasa | 19

Nak Menang Wang Tunai, Tengok Budiey Unboxing Kotak Ajaib KITKAT GOLD

Tom Holland | 20

Set Penggambaran Filem Spider-Man 3 Menunjukkan Suasana Di Hari Natal