in , ,

Set Kepala AR Apple Dilaporkan Meletakkan Bateri Pada Pinggang 

Terdapat pelbagai maklumat dan spekulasi mengenai set kepala AR pertama Apple. Pelancarannya dinantikan bagi melihat apa yang mampu dihasilkan oleh Apple di Cupertino berbanding Meta di Menlo Park.

Menurut laporan terkini The Information, rekaan set kepala AR Apple diubah lagi kali ini dengan pek bateri diletakkan pada pinggang pemakai.

Pek bateri diubah kedudukannya dari bahagian kepala bagi menyelesaikan isu set kepala terlalu berat, tidak seimbang dan pemanasan. Kabel kuasa disambungkan dari pek bateri ke set kepala menggunakan sistem MagSafe. Dalam laporan yang sama, set kepala ini hadir dengan 12 kamera dan LiDAR supaya ia boleh mengimbas dunia sebenar sepanjang masa.

Set Kepala AR Apple Dilaporkan Meletakkan Bateri Pada Pinggang

Skrin mikro LED memberikan pemandangan 120 darjah dengan resolusi mencecah 8K. Di bahagian luar terdapat paparan sekunder supaya emosi pemakai boleh dipaparkan kepada pengguna lain.

Tiada speaker terbina diberikan. Sebaliknya ia perlu digunakan bersama Apple AirPods Pro Gen 2 yang mempunyai cip H2. Ini membolehkan audio spatial lebih baik didengari oleh pemakai.

Membekalkan kuasa ialah cip baharu yang lebih berkuasa berbanding cip pada iPhone dan Mac. Kuasa yang tinggi diperlukan untuk memproses visual 3D pada resolusi yang tinggi.

Sejauh manakah ketepatan laporan ini hanya akan diketahui jika set kepala dilancarkan tahun ini seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RITA RUDAINI

“Di Sana Block Takut Daddynya Nampak Anak-Anak,” – Rita Rudaini

Bekas Juara Merampas Takhta Sebagai Duo Terbaik Di Minggu Ketiga!