in , ,

Bekas Juara Merampas Takhta Sebagai Duo Terbaik Di Minggu Ketiga!

Corak persembahan dua beradik ini yang menyampaikan lagu ‘Khayalan’ nyanyian asal kumpulan Black Dog Bone, berjaya membawa penonton menggamit memori zaman 60an & 70an dengan menampilkan gaya dan tarian Retro mereka tersendiri.

Minggu ketiga Famili Duo ini menyaksikan tujuh pasangan selebriti popular ini berentap membawa persembahan yang bertemakan ‘Retro 60an & 70an’. Titik peluh  Zaki dan Yamani pada minggu ini membuahkan hasil sekaligus membawa mereka ke tempat ketiga dengan markah keseluruhan sebanyak 165.8%. 

“Alhamdulillah rezeki berpihak kepada kami minggu ini walaupun juri menegur kami membuat beberapa kesilapan dalam persembahan. Namun kami amat bersyukur dan kami menganggap kemenangan yang tak disangka ini adalah rezeki atas titik peluh kami. Kami amat berterima kasih juga kepada peminat-peminat yang tak henti-henti mengundi kami kerana kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa anda semua,” menurut Zaki dan Yamani.

Selain daripada pasangan ini, pasangan Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique turut menarik perhatian ramai dengan persembahan memukau yang menerapkan tema Black & White dalam membawa lagu Mas Monasehingga menempatkan mereka di tangga yang kedua untuk minggu ini dengan markah 61.6% dan mereka turut menerima kritikan yang positif daripada juri, Ajai dan Mas Idayu. 

Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di episod kedua #FamiliDuoTV3.

1. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – Khayalan (66.8%)

2. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique – Mas Mona (61.6%)

3. Bella Astillah & Wani Kayrie – I Will Survive (61.5%)

4. Ayda Jebat & Fyna Jebat – medley Staying Alive, Tragedy & Night Fever (61.2%)

5. Siti Saida & Siti Sairah – Malam Pesta Muda Mudi (60.6%)

6. Ara Johari & Shaffiq Erwin – Aci Aci Bukak Pintu (49.3%)

7. Sissy Iman & Naim Daniel – medley Kasih & Seiring Sejalan (48%)

Minggu ketiga Famili Duo diceriakan  dengan persembahan kumpulan Dolla yang telah membawa lagu ‘Sudi & Dolla Make You Wanna’ sebagai persembahan penutup.Berikut merupakan carta markah terkumpul selepas episod 3 pada 1 Januari 2023.

1. Ayda Jebat & Fyna Jebat – 189.3

2. Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique – 171.8

3. Zaki Yamani & Yamani Abdillah – 165.8

4. Bella Astillah & Wani Kayrie – 162.3

5. Ara Johari & Shaffiq Erwin – 160.9

6. Sissy Imann & Naim Daniel – 158.7

7. Siti Saida & Siti Sairah – 134.2

Dapatkah Zaki Yamani dan Yamani Abdillah mengekalkan konsistensi mereka apabila telah dinobatkan sebagai juara minggu ketiga? Adakah mereka akan memberi kejutan dengan tema pilihan mereka iaitu ‘Romantis & Cinta’ pada minggu yang seterusnya?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Set Kepala AR Apple Dilaporkan Meletakkan Bateri Pada Pinggang 

Samsung Memajukan Era Skrin Baharu dengan Neo QLED 2023 Baharu