in , ,

sooka Persembahkan Horrorscope, Koleksi Filem Seram untuk Tontonan Semua

sooka mempertingkatkan penawaran kandungan seramnya sempena bulan Oktober dengan filem-filem yang paling ngeri dan menakutkan pernah dihasilkan

Pelbagai makhluk-makhluk halus, seperti langsuir dan pontianak akan menjelma di dalam sooka, perkhidmatan penstriman mudah alih terkini di Malaysia menerusi kempen Horrorscope khusus untuk para peminat filem seram dan ‘thriller’, khas pada bulan Oktober ini.  

Kekal dengan aspirasi untuk menyediakan kandungan terbaik seperti siaran langsung acara sukan global serta drama dan program hiburan tempatan terbaru, sooka berhasrat untuk menampilkan aksi-aksi seram tanpa henti melalui seleksi filem-filem tempatan dan antarabangsa, serta rancangan berepisod dari Indonesia dan Korea, seperti Gantung The Series (Suntingan Sutradara), Munafik 1 dan 2, 3am Bangkok Ghost Stories, Malaysian Ghost Stories, Saka Nan Sepi, Hometown, Catch the Ghost, Hotel Del Luna dan banyak lagi. 

sooka Persembahkan Horrorscope, Koleksi Filem Seram untuk Tontonan Semua

Ketua Rancangan sooka, Emarina Mohd Kamal berkata, “Kami sedar bahawa sentiasa terdapatnya permintaan yang tinggi untuk kandungan seram setiap kali munculnya bulan Oktober setiap tahun. Di Malaysia, kita mempunyai banyak kisah-kisah tempatan berkisarkan hantu yang menyeramkan – daripada hantu penanggal hinggalah kepada toyol – ditambah dengan cerita-cerita peribadi yang disampaikan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga yang sememangnya menambahkan minat kita terhadap kisah bertemakan seram.”

sooka Persembahkan Horrorscope, Koleksi Filem Seram untuk Tontonan Semua

Kami mahu membawa minat ini lebih jauh lagi buat para penonton melalui kempen terbaru Horrorscope, dengan menghidangkan senarai kandungan seram yang disusun khusus dengan sedikit kelainan bersempena tema ‘zodiak’. Kami juga akan mempersembahkan Suntingan Sutradara (Director’s Cut) untuk Gantung the Series, sebuah siri drama seram yang diadaptasikan daripada novel Gantung FIXI tulisan Nadia (Neddo) Khan, dan diarahkan oleh Shamyl Othman. Nadia Khan juga akan berkongsi inspirasi beliau di sebalik siri ini menerusi satu sesi Instagram Live istimewa bersama sooka pada 31 Oktober 2021, di mana kita boleh menantikan banyak lagi kisah seram di sebalik tabir di sepanjang penggambaran siri ini. 

“Kami berharap agar menerusi kempen Horrorscope, kami dapat terus merealisasikan matlamat kami untuk menyediakan kandungan yang lebih relevan dan menghiburkan untuk rakyat Malaysia bagi memenuhi selera penonton tempatan dan boleh dinikmati di dalam peranti mudah alih mereka, pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja,” jelas Emarina. 

Di sepanjang tempoh kempen ini, mulai 18 Oktober hingga 5 November 2021, pelan VIP Entertainment sooka boleh didapati pada harga RM15.90.

Aktiviti yang akan diadakan semasa kempen Horrorscope sooka ialah:

  • Sesi Instagram Live bersama-sama Nadia Khan (Neddo Khan), Penulis Novel Gantung dan Emarina Kamal, Ketua Rancangan sooka.

Pada Ahad, 31 Oktober 2021, 4:00 petang, Emarina Kamal akan bersama Nadia Khan (Neddo Khan), penulis novel GANTUNG, dalam satu sesi Instagram Live di platform Instagram sooka, yang akan dihoskan oleh Keanu Azman, hos saluran radio Hitz. Sesi itu antara lain akan mengetengahkan sembang di balik tabir mengenai buku tersebut, dan babak-babak menarik di dalam versi ‘Suntingan Sutradara’ siri berkenaan. Para penonton yang terpilih turut berpeluang untuk menerima novel Gantung FIXI yang ditandatangani oleh Neddo Khan dan barangan sooka semasa sesi itu. 

  • Pertandingan ‘Detik 12 Malam’ sooka – kongsikan cerita paling seram anda dengan sooka! 

Para penonton juga boleh mengambil bahagian di dalam pertandingan dalam talian ‘Detik 12 Malam’ sooka dengan menghantar cerita seram peribadi mereka yang terbaik, dan berpeluang untuk memenangi dua tiket setiap seorang untuk memasuki Hauntu, ‘rumah hantu’ bertema dan interaktif yang pertama di Kuala Lumpur, novel Gantung FIXI yang ditandatangani oleh Neddo Khan dan barangan sooka. 

sooka Persembahkan Horrorscope, Koleksi Filem Seram untuk Tontonan Semua

Para penonton boleh menghantar cerita mereka di dalam bahagian komen hantaran Instagram ‘Detik 12 Malam’ sooka di antara 18 Oktober hingga 30 Oktober 2021. 12 pemenang bertuah dengan cerita yang paling seram dan kreatif akan dipilih dan diumumkan semasa sesi Instagram Live bersama Keanu Azman pada 4.30 petang, 3 November 2021

Untuk memulakan penghiburan sooka anda, muat turun aplikasi sooka dari Apple Store atau Google Playstore. Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sooka, ikuti sooka di dalam Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di (@sookamalaysia), atau layari sooka.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesuai Dijadikan Hantaran Kahwin, OPPO Reno6 Z Shiseido Boleh Ditempah Khamis Ini

“Beliau Adalah Insan Pertama Melamar,” – Datuk Nora Ariffin Selamat Bernikah