in , ,

Sertai Cabutan Bertuah Menangi Hadiah Menarik di Jualan Ulangtahun Ke-14 Suria

Sempena ulangtahun yang ke 14 pada 24 November yang lepas, Suria FM telah melancarkan kempen Jualan Ulangtahun Suria 14 secara langsung di Facebook, Instagram dan TikTok Suria Malaysia.

“Kami mendapat sambutan yang menggalakkan selepas pelancaran platform e-dagang kami, Kedai Suria pada 10 Oktober yang lepas. Dan sempena ulang tahun Suria yang ke 14 pada bulan ini, kami menawarkan diskaun istimewa sehingga 25% kepada mereka yang belum mendapatkan barangan eksklusif Suria,” kata Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin. 

Tambah DJ Lin, “Harga set barangan di Jualan Ulangtahun Suria 14 ini bukan sahaja menawarkan harga yang jauh lagi murah daripada harga barangan individual, malah kami juga menawarkan pelbagai hadiah tambahan menarik seperti sebuah basikal lipat dan tiga buah telefon pintar pada sesi Cabutan Bertuah nanti.”

Sertai Cabutan Bertuah Menangi Hadiah Menarik di Jualan Ulangtahun Ke-14 Suria

Setiap pembeli set barangan Suria di kedai.suria.my bermula 24 November sehingga 15 Disember akan mendapat peluang menyertai sesi Cabutan Bertuah yang akan diadakan pada 15 Disember ini jam 11.00 pagi menerusi semua platform digital Suria – Facebook (SuriaFM), Instagram (@suriamalaysia), Youtube (SuriaTV), Tiktok (@suriamalaysia), Apps (Suria Malaysia). 

Set barangan eksklusif Suria ini terdiri daripada Set Team Pagi Suria, Set Gaya Suria, Set Suria Petang dan Set Suria Cinta dan berharga antara RM75 hingga RM100 setiap satu set. 

Setiap set mempunyai barangan eksklusif Suria seperti t-shirt lengan panjang, t-shirt lengan pendek, drawstring bag, topi, pelekat kereta dan pelekat cukai jalan kereta. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahmad Mega Tersingkir, Mark Adam Terima Anugerah Bintang Nurani di HIJRAHKAN LAGUKU

WhatsApp Web Kini Memudahkan Anda Muat-Turun Sticker Baharu