in ,

WhatsApp Web Kini Memudahkan Anda Muat-Turun Sticker Baharu

WhatsApp kini telah mengemaskini penawaran WhatsApp Web dan juga WhatsApp Desktop, sekaligus memudahkan pengguna untuk memuat-turun Sticker yang diminati dengan mudah melalui Sticker Store.

Sebelum ini, Sticker Store hanya terhad untuk pengguna di peranti mudah-alih sahaja, dan sukar untuk pengguna WhatsApp Web dan Desktop yang aktif gunakan Sticker.

WhatsApp Web Kini Memudahkan Anda Muat-Turun Sticker Baharu

Dengan pengenalan ciri baharu ini, pengguna WhatsApp di komputer boleh dengan mudah menambah koleksi Sticker mereka, dan menggunakannya dalam komunikasi.

Ciri baharu ini telah diperkenalkan pada WhatsApp Beta, dan dijangka diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sertai Cabutan Bertuah Menangi Hadiah Menarik di Jualan Ulangtahun Ke-14 Suria

TV Alhijrah Terbit & Siar Rancangan Rasulullah SAW Bersabda