in ,

Aktiviti Beli-Belah Rancak, Lebih 2 Bilion Barangan Terjual Semasa Shopee 11.11

11 hari telah pun berlalu, Shopee 11.11 Jualan Hebat baru-baru ini memperlihatkan permintaan e-dagang tidak terjejas. Ramai rakyat Malaysia menikmati tawaran eksklusif semasa hari tersebut.

Menurut Shopee, pengguna Shopee di Malaysia gemar mendapatkan stok barangan runcit seperti Milo, bijirin, mi segera, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

Selain itu, memandangkan kita masih lagi dalam norma baharu, pelitup muka kekal menjadi salah satu produk yang paling popular dibeli di mana mencatatkan jualan lebih 13 juta keping. Sementara kit ujian COVID-19 pula menyaksikan hampir 30,000unit terjual.

Aktiviti Beli-Belah Rancak, Lebih 2 Bilion Barangan Terjual Semasa Shopee 11.11

Apa-apa pun, Jualan Hebat kali ini memecahkan rekod Shopee kerana sepanjang tempoh festival tersebut, lebih 2 bilion barangan telah dibeli. Kemuncaknya adalah pada 11 November dengan kunjungan meningkat 5.5 kali ganda dalam dua jam berbanding hari biasa.

Dalam pada itu, pembeli dari luar bandar dan bandar-bandar kecil pun sudah mulai ramai menikmati akses dan manfaat membeli-belah dalam talian. Peningkatannya di rantau ini adalah sebanyak 5 kali ganda berbanding hari biasa. Sementara transaksi ShopeePay di luar bandar pula meningkat 9 kali ganda.

Ini membuatkan tidak kira golongan bandar mahupun luar bandar, rakyat Malaysia sudah faham kepentingan dan kemudahan pembayaran secara dalam talian.

Sumber: Siaran Akhbar Shopee

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apple Kini Merampas Kembali Takhta Syarikat Paling Bernilai Di Dunia Daripada Microsoft

Seronok Tengok Haqiem Rusli Nikah, Sufian Suhaimi Bila-Bila Masa Dah Sedia