in ,

Pengurusan Sunway Pyramid Sahkan Seorang Staff Outlet Nike Positif Covid-19

Kita masih belum menang dalam menentang pandemik Covid-19. Semalam sahaja, Malaysia mencatatkan penambahan sebanyak 82 kes baharu dan hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai satu kes baharu.

Untuk yang tinggal disekitar Lembah Klang, dinasihatkan untuk kekal dirumah dan hanya keluar jika perlu kerana satu kes telah dicatatkan dan melibatkan seorang pekerja di sebuat outlet di Sunway Pyramid Mall, Selangor. Berikut ialah pengumuman rasmi dari pihak pengurusan pusat membeli-belah itu.

Sebuah premis di pusat beli-belah Sunway Pyramid diarahkan tutup akibat terdapat satu kes positif Covid-19 yang melibatkan seorang kakitangan sebuah premis barangan sukan Nike, semalam.

Seorang Pekerja 'Nike' Sah Positif Covid-19 di Sunway Pyramid, KL

Seorang Pekerja ‘Nike’ Sah Positif Covid-19 di Sunway Pyramid, KL

Selepas berlakunya satu kes positif yang melibatkan pekerja outlet Nike di Sunway Pyramid Mall pada 26 September 2020, pihak pengurusan telah mengarahkan outlet itu ditutup sementara dan proses sanitasi dilakukan. Proses sanitasi yang lebih kerap akan dijalankan sekitar outlet terbabit dan kepada kawasan-kawasan dalam mall yang berhampiran.

Kenyataan yang dibuat oleh pihak pengurusan Sunway Pyramid, memaklumkan bahawa individu terbabit mempunyai sejarah perjalanan, namun ia tidak menyatakan dari negara atau negeri mana.

Ia juga memberikan jaminan bahawa situasi dalam keadaan terkawal ekoran tindakan pantas penyewa premis terbabit.

“Kami ingin meyakinkan semua penyewa, vendor dan pelanggan bahawa kes itu adalah ‘kes terpencil’ dan pengurusan bersama penyewa yang terbabit sudah ambil tindakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejurus kes itu dikenal pasti,”

“KKM juga sudah menghubungi mereka yang melakukan kontak dengan individu berkenaan dan sudah diarahkan menjalani ujian saringan serta kuarantin diri selama 14 hari,”

Dalam pada itu, pihak pengurusan juga sedang bergiat menjalankan pembersihan dan pembasmian kuman secara menyeluruh setiap hari.

Buat masa ni, kalau takde urusan penting, harap elak lah tempat-tempat berisiko macam ni. Kita tak tahu virus tu ada kat mana. Stay safe dan take care ye semua!

Seorang Pekerja 'Nike' Sah Positif Covid-19 di Sunway Pyramid, KL
Seorang Pekerja 'Nike' Sah Positif Covid-19 di Sunway Pyramid, KL
Seorang Pekerja 'Nike' Sah Positif Covid-19 di Sunway Pyramid, KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DioSibuna Music Anjur Showcase #KITSAMA Secara Dalam Talian

Pandai Sorok Perut, Yana Samsudin Hamil 8 Bulan Anak Kedua