in ,

DioSibuna Music Anjur Showcase #KITSAMA Secara Dalam Talian

DioSibuna Music dengan kerjasama Uncle Net Production akan mengadakan sebuah program sulung yang bercorak hiburan atas talian (online) yang bertemakan showcase untuk memberi ruang kepada kumpulan-kumpulan band baru dan lama untuk mengetengahkan karya-karya terbaru mereka serta lagu-lagu yang pernah dialun di radio satu ketika dahulu.

Berkonsepkan persembahan di dalam studio, ia akan dibawakan secara langsung dari Youtube channel Uncle Net Production yang akan dihos oleh Filzah juara rancangan Miss Lawak atau lebih senang untuk kita kenali dengan Filzah dari kumpulan Awok yang pernah memasuki rancangan Maharajalawak.

Untuk pembukaan program, artis-artis yang akan melakukan persembahan adalah campuran dari band lama dan baru. Sebanyak 5 buah band akan mengadakan persembahan yang dirancang selama 2 jam ini.

Kitasama

Antara artis-artis yang akan membuat persembahan ialah Kumpulan D-VA yang pernah sensasi dengan lagu “Aku Dia dan Kamu”, Kumpulan SAJA yang salah seorangnya dianggotai oleh kumpulan nasyid terkenal, Zarul and The Protes serta bersama-sama dua kumpulan baru yang menggelarkan diri mereka sebagai The Beretta’s dan Nero.

Untuk memastikan program ini bukan semata-mata hanya hiburan, mereka telah mendapat kolaborasi bersama National Autism Association Malaysia (NASOM) untuk mengutip dana membantu kanak-kanak autism yang kita sering panggil istimewa ini.

Dengan kolaborasi ini, sambal menonton persembahan-persembahan band secara percuma di Youtube, penonton juga boleh menderma ke tabung yang akan mereka salurkan kepada NASOM.

Poster-poster dan video promo telah berlegar di sosial media mereka bermula 18 September lepas dan kini unit produksi dan bersama-sama band yang terlibat giat mempromosikan program ini untuk tujuan publisiti. Sebarang tajaan atau penghebahan melalui platform-platform mainstream media adalah amat dialu-alukan.

Bagi pihak produksi, mereka berharap program ini akan mendapat sambutan sekaligus dapat membantu kanak-kanak Autism dan band-band yang ingin mengetengahkan karya mereka

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Khuatir Dengan Virus COVID19. Seorang Pengundi Memakai Kostum Power Rangers

Sunway Pyramid | 12

Pengurusan Sunway Pyramid Sahkan Seorang Staff Outlet Nike Positif Covid-19