in , , ,

Sentuhan magis Farouk Roman & Amylea dalam ADELLEA SOFEA

Selepas menyerlah dalam drama Nur dan Cari Aku Di Syurga, karya Farouk dan Amylea kembali menghiasi drama bersiri Adellea Sofea yang mula ditayangkan pada Jumaat, 6 Disember, jam 7 malam di slot Akasia, TV3.

Menariknya, empat lagu dalam drama lakonan Mira Filzah, Ungku Ismail dan Bella Dally itu adalah hasil ciptaan mereka yang mana tiga daripadanya iaitu Bagai Lagu Indah nyanyian Adzrin Big Stage 2, Syarat Bahagia (Dinda Permata) dan Selalu Denganmu (Amylea x Kaer) adalah terbitan dan edaran Seventeen Eleven Music.

Farouk, 29, atau nama sebenarnya Mohd Farouk Abd Razak berkata, kesemua lagu itu berbeza daripada karya sebelum ini sekali gus memaparkan sisi berbeza Farouk untuk muzik dihasilkan.

Amylea Kaer

“Kesemua lagu kali ini memang lain. Memang saya nak tukar ‘mood’ lagu saya supaya tidak sama dengan sebelumnya. Lagi pula, macam lagu sebelum ini kami tulis berdasarkan jalan cerita drama itu. Jadi, itu yang ‘feel’ sedih.

“Kiranya, untuk drama ini jalan ceritanya tak terlalu sedih dan ada ‘sweet’. Jadi, saya boleh berkarya. Macam lagu lain juga, kami tulis khas untuk drama itu.

“Bagi drama ini, kami ambil masa dua bulan untuk menghasilkan kesemua lagu. Dapat saja skrip, kami baca dan teliti satu persatu jalan cerita supaya lagu itu kena dengan drama,”

– Farouk
Dinda Permata.syarat Bahagia

Bagi lagu Bagai Lagu Indah ia berentak Pop R&B, Syarat Bahagia pula Pop Balada dan  Selalu Denganmu berentak R&B.

Menurut Farouk, pemilihan penyanyi pula berdasarkan kesesuaian vokal mereka.

“Pemilihan Dinda dan Adzrin sebab tahu kemampuan vokal mereka untuk lagu ini. Mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri. Dalam masa sama, ia dapat memberi kelainan dalam industri begitu juga dengan lagu saya,”

– Farouk

Farouk berkata, dia mempunyai alasan tersendiri kenapa mencipta lagu khas untuk drama.

“Saya memang mahu terapkan konsep sebegitu. Kalau di luar negara, Korea Selatan dan Indonesia yang banyak buat. Jadi, di sini biarlah saya pula. Tapi, saya dan Amylea tidak main ambil saja. Kami pun kena pilih yang sesuai.

“Insya Allah, akan datang ada juga lagu kami untuk drama di stesen TV lain. Selain itu, saya juga merancang untuk menghasilkan lagu yang bukan untuk projek lagu tema drama,”

– Farouk
Adzrin Cover Single0203 V7

Lagu Bagai Lagu Indah dilancarkan pada Jumaat 6 Disember, Syarat Bahagia pada 7 Disember dan Selalu Denganmu pada 8 Disember di saluran Youtube Seventeen Eleven Music dan semua platform digital.

Adzrin | Bagai Lagu Indah: https://youtu.be/n1k3aiZvldo
Dinda Permata | Syarat Bahagia: https://youtu.be/5VfJiv3ZiU8Amylea X Kaer | Selalu Denganmu: https://youtu.be/P-iPPjJsp6U

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ejen Ali | 23

EJEN ALI THE MOVIE – MAMAK MAJU Trending di Youtube Malaysia

Qi Razali Mengidap Alzheimer Dalam Supertele LAFAZ