in

Senarai Top 5 Anugerah Pilihan Online Akan Diumum Esok

Jadual hari ni sangat sibuk. Pagi tadi, Budiey ditemani Cyrill ke Tayangan Media Filem THE FATIH OF ANNA WATERS di GSC Mid Valley. Sebuah filem yang menyeramkan juga. Sikit sebanyak ada mirip filem The Conjuring dan Munafik. Apa-apa korang kena tonton filem yang dihasilkan di Singapura ini di pawagam mulai 31 Mac ini.

APO 2016

Oh ya, esok ni, Budiey difahamkan Mstar Online akan mengadakan Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Pilihan Online yang akan diadakan di Menara The Star, Petaling Jaya. Sama-sama kita nantikan pengumuman sebenarnya esok ya sebab sekarang ni dah banyak rumors tentang siapa yang akan tersenarai dalam Top 5.

Dikhabarkan, Mstar menerima sebanyak 150,000 pencalonan sepanjang tempoh sebulan Anugerah APO ini diadakan. Yang kelakar bila ada yang mencalonkan artis luar negara. Diorang ni bergurau agaknya. Manalah artis antarabangsa tu akan datang kalau diorang terpilih pun. Sah-sah, pencalonan tu kena reject.

Seperti yang dijangkakan, Dato’ Siti Nurhaliza antara artis yang menerima banyak pencalonan.

Apa-apa kita nantikan kemaskini terbaharu dari Budiey esok ya.

Layari: www.apo.mstar.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Final Bintang RTM 2016

Konsert Pertama Ceria Popstar Jumaat Ini