in ,

Konsert Pertama Ceria Popstar Jumaat Ini

Seramai 6 peserta akan berentap di konsert pertama Ceria Popstar 2016 sekaligus membuka gelanggang program nyanyian cilik ini dalam misi merebut peluang bergelar juara Ceria Popstar tahun ini.

Konsert pertama Ceria Popstar bakal menampilkan persembahan mantap Aniq, Dalili, Sharie, Reza, Eylia dan Hady menampilkan nyanyian masing-masing dengan tugasan lagu yang diambil daripada ‘wishlist’ mereka.

6 Peserta Pertama Tampil Nyanyian Mantap dan Persembahan Memukau

Menjanjikan bakat yang bakal memukau penonton Malaysia, Ceria Popstar tahun ini turut menampilkan nama-nama besar dunia nyanyian tanahair bagi mengisi kerusi juri professional serta membimbing para peserta dalam menggalas tanggungjawab selaku tenaga pengajar, guru mahupun mentor bagi memberikan pengalaman serta didikan terbaik dalam membentuk kebolehan nyanyian para peserta. 6 lagi baki peserta Ceria Popstar yang lain akan beraksi di Konsert Kedua Ceria Popstar minggu hadapan.

Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan para peserta minggu ini:

GiliranNama PesertaAsalLagu Tugasan
1.Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq)PerakOpera Hidup (Wings)
2.Mohamad Sharie B Amzah (Sharie)SabahGerimis Mengundang (Slam)
3.Muhammad Shahreza Bin Abu Samah

(Reza)

SarawakPotret (Akim & The Majistret)
4.Siti Amirah Dalili Bt Mohd Amerullah (Dalili)Kuala LumpurRapuh (Opick)
5.Muhammad Hady Bin Muhammad Faiz (Hady)JohorKun Anta (Humood AlKhudher)
6.Eylia Eyre Guntabid (Eylia)SabahHero (Mariah Carey)

Kesemua 6 peserta Ceria Popstar untuk konsert pertama ini telah mendapat bimbingan tiga orang penyanyi tersohor Malaysia yang memberikan tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman dan ilmu nyanyian mereka. Jaclyn Victor, Black Hanafiah dan Mark Adam merupakan tiga selebriti yang menjayakan musim kali ini selaku cikgu Ceria Popstar 2016.

Konsert pertama Ceria Popstar akan disiarkan Jumaat ini, 1 April 2016, bermula jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105. Konsert pertama ini bakal menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza dan lagenda rock, Awie memainkan peranan selaku juri tetap. Pelawak terkenal Abam Bocey pula dijemput selaku juri undangan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding.

Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini. Sementara itu, Alam Wakaka dipilih sebagai koreografer manakala Sarah Ismail, bertindak selaku guru vokal Ceria Popstar 2016.

Juara Ceria Popstar 2016 bakal membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Naib juara pula bakal memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Tempat ketiga bakal meraih wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi. Format penjurian konsert Ceria Popstar ini menggunakan format 100 % penilaian daripada juri professional.

Siapakah yang akan menyerlah dalam konsert kali ini dan adakah terdapat penyingkiran dalam konsert pertama ini? Jika ya, langkah siapa yang akan terhenti? Saksikan Konsert pertama Ceria Popstar 1 April ini bermula jam 9.00 malam hanya di saluran 611, Astro Ceria, saluran 135, Astro Maya HD dan saluran 105, Astro Prima.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Top 5 Anugerah Pilihan Online Akan Diumum Esok

Sinopsis Telefilem MENUNGGU HUJAN TEDUH