in , ,

Senarai Program Menarik Sempena Aidilfitri 2020 di TV9 & TV3

Terlalu banyak kekangan yang merisaukan rakyat Malaysia apabila berfikir tentang sambutan Hari Raya yang berkemungkinan disambut dalam kadar sederhana, ekoran daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kini.

Namun, TV3 dan TV9 tetap berpegang pada nostalgia Hari Raya, dan menghidupkannya kembali dengan program-program baharu bagi menceriakan suasana Hari Raya rakyat Malaysia. Secara keseluruhannya, TV3 bakal menyajikan 10 program hiburan, enam program gaya hidup dan bual bicara, sembilan telefilem dan drama bersiri, serta satu program baharu dalam slot Bananana untuk penonton si cilik. Manakala TV9 menyajikan tujuh telefilem untuk menemani para penonton.

Drama bersiri di TV3 kali ini tampil sedikit berbeza kerana dibintangi oleh barisan pelakon cilik Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda dan Indah Imeerlda dalam drama bersiri mini empat episod, Runi dan Solah.

Drama bersiri mini ini mengisahkan Runi yang dibesarkan di luar negara berpindah kembali ke Malaysia bersama keluarganya. Runi brasa asing dengan budaya Malaysia dan cuba untuk menyesuaikan diri. Ayahnya, Rahmat menghantarnya ke kelas Fardhu Ain, di mana Runi berlawan dengan Solah, Suraya dan Nisa.

ICSYVMY 3 Edisi Raya_poster no bar

TV3 turut menyajikan tujuh telefilem baharu untuk para peminat drama dengan barisan telefilem hebat seperti Tiada Galang Ganti, Saka Viral, Kisah Hidupku, Hantu Penunjuk Jalan, Validasi, Ara dan Rinding.

Para penonton pastinya tidak mahu ketinggalan menyaksikan lakonan-lakonan pelakon kegemaran mereka seperti Ungku Ismail, Farah Nabilah, Mimi Lana, Izzue Islam, Azlee Khairi, Aiman Tino dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan juga program bual bicara edisi raya seperti Borak Kopitiam Raya dan Malaysia Hari Ini pada Hari Raya pertama, kedua, dan ketiga. Selain itu, terdapat juga program khas raya seperti 999 Khas Raya, Majalah 3 Raya, Tanyalah Ustaz Setulus Ikhlas dan Tanyalah Ustaz Norma Baharu serta Wanita Hari Ini Raya yang akan bertemu penonton di minggu pertama dan kedua Hari Raya nanti.

Bagi program hiburan terbaik Syawal TV3 pula, akan dimulakan seawal 23 Mei 2020 dengan sebuah program tajaan foodpanda, Havoc Nak Raya. Kemudian program hiburan Raya di TV3 akan diikuti dengan Studio Drama Sangat Raya, Al Kisah Pak Kodi, Melodi Raya, dan The Best Of J.K.K. sehingga ke penghujung minggu pertama Hari Raya. Pada minggu kedua Hari Raya pula, program hiburan terbaik Syawal akan bermula dengan I Can See Your Voice Malaysia 3 Edisi Raya (ditaja oleh Oppo), Senang Terhibur Extra dan Muzik Muzik 35 Raya.

ICSYVMY Raya 2

Hiburan di bulan Syawal tidak terhenti disitu kerana TV3 turut menyajikan filem-filem pecah panggung lokal, Hollywood dan Bollywood sebagai hidangan para penonton. Hiburan filem akan bermula filem Bollywood Don pada hari Sabtu, diikuti dengan J Revolusi, Ejen Ali The Movie, Hantu Nan Sempit, Jangan Pandang-Pandang, Hantu Bonceng, The Jungle Book (2016), Armor Of God, RA One, dan Captain America : Civil War.

Di TV9 pula, para penonton berkesempatan untuk menonton kembali telefilem-telefilem terbaik sepanjang musim Hari Raya.

Antaranya adalah Bahulu Untuk Opah, Taubatku, Vlog Laura, Cruise Cinta Lebaran, Huru Hara Raya, Raya Kami dan Esok Untuk Kita.

Pada Hari Raya Pertama juga merupakan hari episod akhir drama Akasia: Bukan Gadis Biasa. Pada hari berikutnya, drama itu akan diambil alih dengan drama slot Akasia: Nasi Kerabu Untuk Che Abe, setiap Isnin hingga Jumaat bermula 25 Mei pada pukul 7 malam. Drama Akasia: Nasi Kerabu Untuk Che Abe dibintangi oleh Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Titan, Scha Elinnea, Hariesa DFKL dan Jasmin Hamid.

SKA

Pada masa sama, sepanjang bulan Ramadan, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) juga telah melaksanakan Juadah Setulus Ikhlas bersama dengan beberapa pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Bandaraya Ipoh (Perak), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (Melaka) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (Pulau Pinang) serta foodpanda, peneraju platform makanan atas talian. Dengan adanya program amal ini, ia telah memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk menyediakan juadah berbuka dengan pembelian secara atas talian (online) menerusi foodpanda.

Pihak berkuasa tempatan yang terlibat mendapatkan 40 hingga 80 vendor dan ia turut terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai inisiatif Juadah Setulus Ikhlas. Mereka boleh mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut tentang inisiatif program amal ini menerusi laman sesawang rasmi kempen Setulus Ikhlas iaitu www.bharian.com.my/setulusikhlas dan www.ohbulan.com/setulusikhlas.

Selain itu, MPTN juga telah bekerjasama dengan Faizal Tahir dan Faithmen atau lebih dikenali dengan gelaran #iamfaithmen yang telah menerima pengiktirafan dengan Anugerah Sukarela Terbaik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk inisiatif amal. Bersama MPTN, mereka menghulurkan bantuan segera kepada keluarga-keluarga daif dan golongan kurang berupaya di tempoh PKP ini.

Selain memberi barangan dapur kepada orang tua yang menghuni di Mesra Homes, tindakan membeli serunding dan kuih tart yang dihasilkan oleh para penghuni menjadi lebih bermakna apabila usaha mereka untuk mencari rezeki sendiri dihargai. 

Golongan gelandangan di Anjung Singgah dapat menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan oleh mereka. Sebagai tanda sokongan kepada golongan kurang upaya, pasukan ini membeli roti daripada Persekutuan Orang Pekak Malaysia (Malaysian Deaf Federation, MDF) untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka juga membekalkan barangan kelengkapan dandanan diri kepada golongan ini.

Faizal Tahir dan Faithmen telah membantu ibu-ibu Chow Kit dengan membelikan barangan dapur untuk mereka menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 orang. Sebanyak 60 keluarga di Buku Jalanan Chow Kit juga diberikan barangan keperluan asas untuk menampung kehidupan mereka. Faizal Tahir dan Faithmen juga akan membantu meringankan beban keluarga petugas barisan hadapan dengan menyediakan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Jangan ketinggalan untuk menonton semua tawaran kandungan menarik sepanjang bulan Syawal ini dengan TV3 dan TV9. Gunakan tanda pagar #SetulusIkhlas untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. Ikuti juga laman media sosial rasmi TV3 dan TV9 Malaysia di Twitter, Instagram, dan Facebook serta portal hiburan xtra.com.my untuk maklumat lanjut tentang program-program menarik sepanjang bulan Syawal ini.

PROGRAM BANANANA! TERBAIK SYAWAL TV3

PROGRAM                   : Alif & Sofia

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 30 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 10.00 pagi – 10.30 pagi

PELAKON                    : Animasi

SINOPSIS

(BM) Kompilasi episod Alif & Sofia untuk menyambut Hari Raya. Turut menyiarkan lagu-lagu hari raya seperti Balik Kampung

(ENG) Compilation of Alif & Sofia episodes celebrating Hari Raya. Featuring hari raya songs such as Balik Kampung

PROGRAM HIBURAN TERBAIK SYAWAL TV3

PROGRAM                   : Havoc Nak Raya (Ditaja oleh foodpanda)

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 23 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam – 11.00 tengah malam

ARTIS                          : Awal Ashaari, Sherry Al Hadad

SINOPSIS

(BM) Havoc Nak Raya ialah sebuah program hiburan bual bicara di malam raya. Awal Ashaari dan Sherry Al Hadad selaku hos akan berkongsi persiapan raya dan tradisi hari raya bersama selebriti undangan yang terkenal. Turut dipaparkan inisiatif amal dari selebriti dan persembahan nyanyian oleh tetamu jemputan. 

(ENG) Havoc Nak Raya is a one-night-only entertainment talkshow with the hosts sharing about raya preparations and traditions with famous guest celebrities and performances by musical guests.

PROGRAM                   : Studio Drama Sangat Raya

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 23 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 11.00 malam – 12.00 tengah malam

ARTIS                          : Janna Nick, Issey, Amyra Rosli, Ammar Bahrin, Ungku Ismail, Azlee Khairi &    Aiman Tino.

SINOPSIS

(BM) Studio Drama Sangat edisi Raya memaparkan selebriti popular untuk menyertai cabaran dan permainan yang pasti mencuit hati anda!

(ENG) TV3’s latest Studio Drama Sangat Raya edition brings out the popular celebrities to take part in funny challenges and games

PROGRAM                   : Al Kisah Pak Kodi

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 6.00 petang – 7.00 malam

ARTIS                          : Ropie, Aprena Manrose, Naim Daniel

SINOPSIS

(BM) Kompilasi dari Pak Kodi 5G, atas urusan perniagaan, kakak Pak Kodi meminta dia menjaga dua anak saudaranya. Pelbagai isu terjadi sepanjang keberadaan Pak Kodi di rumah mereka.

(ENG) A compilation from Pak Kodi 5G, Pak Kodi’s sister asked him to take care of her two children because she needs to go away on a business trip. There are so many issues that happened when Pak Kodi was at their house.

PROGRAM                   : Melodi Raya

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 & 31 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 12.00 tengah hari – 1.30 petang 

ARTIS                          : Awal Ashaari, Janna Nick

SINOPSIS

(BMDihoskan oleh Awal Ashaari & Janna Nick, Melodi Raya 2020  membawakan konsep rumah terbuka di studio menampilkan selebriti – selebriti terkenal tanah air dengan temu ramah eksklusif dan persembahan menarik daripada mereka. 

(ENG) Hosted by Awal Ashaari & Janna Nick, Melodi Raya 2020 brings the Open House in studio concept featuring famous local celebrities through performances and chit chat sessions.

PROGRAM                   : The Best of J.K.K.

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 11.00 malam – 12.00 tengah malam 

ARTIS                          : Ebby Yus, Ropie, Ain Edruce, Issey & Shuk Sahar

SINOPSIS

(BM) Pak Din (Ebby Yus) dan Pak Kodi (Ropie) dijemput oleh Borak Kopitiam untuk ditemu ramah mengenai pencapaian Kampung Kalut apabila dianugerahkan sebagai Kampung Contoh. Apabila mereka sudah tiba, mereka gugup dan mula bercakap tentang rakan mereka dan kenangan indah mereka di Kampung Kalut untuk menenangkan kegelisahan mereka.

(ENG) Pak Din and Pak Kodi are invited by Borak Kopitiam to be interviewed about Kampung Kalut’s achievement of being awarded as Kampung Contoh. When they are getting, they get nervous and start to talk about their friends and their fond memories of Kampung Kalut to calm their nerves.

PROGRAM                   : I Can See Your Voice Malaysia Musim 3 Edisi Raya (Ditaja oleh Oppo)

TARIKH SIARAN          : Ahad, 31 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam – 10.30 malam 

ARTIS                          : Shuk Sahar, Sean LJE, Yusry Abdul Halim, Jihan Muse, Mark Adam,

  Ramlah Ram, Awal Ashaari & Scha Alyahya

SINOPSIS

(BM) Bolehkah anda meneka penyanyi misteri yang mana satu ialah yang sebenar atau PENYAMAR? Berhibur sambil menonton Ramlah Ram membuat pilihan yang tepat (atau salah?) antara 6 penyanyi misteri untuk menjadi pasangan duet dengan bantuan panel selebriti tetap (Yusry Abdul Halim, Jihan Muse dan Mark Adam) serta jemputan (Awal Ashaari dan Scha Alyahya) di dalam rancangan muzik hiburan – edisi RAYA! Dihoskan oleh Shuk Sahar dan Sean LJE.

(ENG) Can you guess which mystery singer is the real deal or FAKING it? Be entertained as you watch Ramlah Ram makes the right choice (or wrong!) between 6 mystery singers as her duet partner with the help of celebrities panelists in this fun music entertainment show – RAYA edition!

PROGRAM                   : Senang Terhibur Extra

TARIKH SIARAN          : Ahad, 31 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 10.30 malam – 11.30 malam 

ARTIS                          : Diana Danielle, Naim Daniel, Hafiz Suip & Marsha Milan

SINOPSIS

(BM) Sebuah rancangan yang sangat menghiburkan dihoskan oleh Shuib, Fara Fauzana & Izzue Islam. Saksikan dua kumpulan yang terdiri daripada hos  program dan selebriti jemputan untuk bersaing menerusi beberapa permainan, antaranya, sketsa komedi dan persembahan muzikal.

(ENG) A super entertaining variety show hosted by Shuib, Fara Fauzana & Izzue Islam, on TV3. The show open by the hosts with celebrity guests in studio where they will battles among two groups performing comedic sketches, games and musical acts.

PROGRAM                   : Muzik Muzik 35 Raya

TARIKH SIARAN          : Isnin, 1 Jun 2020

WAKTU SIARAN          : 11.00 malam – 12.00 malam 

ARTIS                          : Sherry Al Hadad, Haziq Hussni

SINOPSIS

(BM) Episod Muzik-Muzik 35 Raya membawakan selebriti tempatan bersama-sama untuk sesi bual bicara pada Hari Raya sambil dihiburkan oleh penyanyi terkenal.

(ENG) Muzik-Muzik 35 Raya episode brings local celebrities together for a chit-chat session on Hari Raya while being entertained by famous singers

PROGRAM RAUDHAH TERBAIK SYAWAL TV3

PROGRAM                   : Tanyalah Ustaz Setulus Ikhlas

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 6.30 pagi – 8.00 pagi

ARTIS                          

SINOPSIS

(BM) Episod khas ini akan membincangkan tentang meraikan musim perayaan yang tidak pernah dialami iaitu musim ketika dan sesudah pandemik.

(ENG) This episode will discuss about going through the festive season the way we’ve never experienced before – post / during a global pandemic.

PROGRAM                   : Tanyalah Ustaz Norma Baharu

TARIKH SIARAN          : Isnin – Khamis, 25 – 28  Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 6.30 pagi – 8.00 pagi

ARTIS                          

SINOPSIS

(BM) Kesinambungan dalam siri COVID-19, Tanyalah Ustaz mempersembahkan 7 episod khas mengenai isu-isu menangani PKP dan pandemik global. Antara topiknya adalah Belanja Berhemah, Murung, Lesu Tanpa Guru, Krisis Keluarga, Agama Atas Talian, Lima Rukun, Kita Jaga Kita.

(ENG) Continuing with the Covid-19 series, Tanyalah Ustaz 7 episodes special for Raya Week 1 will discuss now that we have faced MCO and a global pandemic. Topics are: Belanja Berhemah, Murung, Lesu Tanpa Guru, Krisis Keluarga, Agama Atas Talian, Lima Rukun, Kita Jaga Kita.

PROGRAM BUAL BICARA TERBAIK SYAWAL TV3

PROGRAM                   : Borak Kopitiam Raya 2020

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 8.00 pagi – 9.30 pagi

ARTIS                          : Dayah Bakar, Fiona Cheong, Zack Merican, Adzriefaiz Adzlan

SINOPSIS

(BM) Rancangan bual bicara dengan perbincangan dan topik gaya hidup yang berkaitan dengan Hari Raya dengan penampilan istimewa daripada selebriti dan live band di studio

(ENG) Vibrant live talkshow with Raya related discussions and lifestyle topics, featuring celebrity guests and live bands at the studio.

PROGRAM                   : Malaysia Hari Ini Raya 2020

TARIKH SIARAN          : Isnin & Selasa, 25 & 26 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 8.00 pagi – 9.30 pagi

ARTIS                          : Ally Iskandar, Hanif Miswan, Fedtri Yahya, Sofea, Anim Ezati, Fariha Onn

SINOPSIS

(BM) Program bual bicara yang berkongsi topik semasa berkaitan dengan Hari Raya. 

(ENG) A live talkshow with Raya related topics on social interests, societies, current issues and live performances.

PROGRAM                   : Wanita Hari Ini Raya 2020

TARIKH SIARAN          : Isnin & Selasa, 25 & 26 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 12.00 tengah hari – 1.00 petang

ARTIS                          : Fiza Sabjahan, Hazrena Kassim, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad, Sugeeta, 
                                    Hawa Rizwana & Fatin Hamimah

SINOPSIS

(BM) Wanita Hari Ini meraikan hari raya dengan seorang gadis berusia 7 tahun yang bertindak sebagai mata dan panduan kepada kedua-dua orang tuanya yang cacat penglihatan. Episod khas ini juga akan menghimpunkan personaliti WHI yang lama dan baharu untuk sama-sama menyambut Hari Raya bersama keluarga WHI. 

Dalam episod kedua WHI Raya, hos WHI menyambut hari raya dengan mereka yang kurang bernasib baik yang terkesan dengan pandemik global seperti orang lain, malah mereka juga kehilangan tempat tinggal dan ada yang di tinggalkan oleh keluarga mereka. Hos rancangan juga akan bertemu dengan beberapa petugas barisan hadapan negara yang berkorban menyambut Aidilfitri dengan orang tersayang untuk memastikan keselamatan negara.

(ENG) Wanita Hari Ini celebrates raya with a 7-year old girl whom both her disabled parents (blind) describe as their “light & guide”. This special episode will also feature seasoned & new personalities coming together to celebrate Hari Raya with this special family.

In the second episode of WHI Raya, the hosts celebrate raya with the less fortunate who not only face the global pandemic like the rest of us, but are also homeless and some abandoned by their families. The hosts also meet up with some of the nation’s frontliners who sacrifice celebrating Aidilfitri with their loved ones to ensure the safety of the country.

PROGRAM MAJALAH TERBAIK SYAWAL TV3

PROGRAM                   : 999 Khas Raya

TARIKH SIARAN          : Selasa, 26 Mei 2020 (9.00 malam – 10.00 malam)

                                      Khamis, 28 Mei 2020 (4.00 petang – 5 petang)

ARTIS                          : Sofea Nur Solehha Tun

SINOPSIS

(BM)  Dalam episod khas 1 jam, dua episod ini, 999 Raya akan mengupas dan berkongsi kisah-kisah berkaitan Ops Raya ketika PKPB. Dalam episod kedua pula, liputan khas 999 akan berkisarkan kematian seorang anggota PDRM, penglibatan ATDM, serta kes-kes jenayah ketika musim PKP.

(ENG) In this 1-hour, 2 episodes 999 Khas Raya, exclusive local stories that are Ops Raya during the MCO period. In the second episode, 999 angle will be skewed to the death of a PDRM official, the ATDM involvement, and crimes during the MCO.

PROGRAM                   : Majalah 3 Raya

TARIKH SIARAN          : Isnin, 25 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 9 malam – 11.00 malam

ARTIS                          : Sofea Nur Solehha Tun

SINOPSIS

(BM) Dalam Majalah 3 istimewa Raya 2 jam ini, ikuti 6 eksklusif yang berkaitan dengan wabak Covid-19 iaitu Raya Bersama Frontliners, Raya Bekas Pesakit, Raya Aida (wanita yang kehilangan 5 anggota keluarganya kerana Covid-19, Polis & Pasukan Keselamatan, Mak Cik Kiah serta ‘the unsung heroes’ seperti pekerja trak sampah, pembersih dan yang lain-lain.

(ENG) In this 2-hour special Majalah 3 Raya, 6 exclusive local stories Covid-19 related will be told covering about (Raya Bersama Frontliners, Raya Bekas Pesakit, Raya Aida (the lady who lost 5 family members to Covid-19, Police & Security Forces, Mak Cik Kiah and the unsung heroes such as garbage truck workers, cleaners and etc.

DRAMA BERSIRI TERBAIK SYAWAL TV3

PROGRAM                   : (Mini Siri) Runi & Solah

TARIKH SIARAN          : Isnin – Khamis, 25 – 28 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 12.00 tengah hari – 1.00 petang

ARTIS                          : Zareef Yusof, Nik Adam Mika, Duerra Mitilda & Indah Emeerlda

SINOPSIS

(BM) Runi & Solah menceritakan tentang Runi, seorang kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara dan baru pulang ke Malaysia bersama ibu bapanya. Dia rasa ketinggalan kerana dia tidak pernah mendapat pendidikan agama Islam yang baik sebelum ini. Oleh itu, ayahnya, Rahmat, memutuskan untuk mendaftarkannya mengikuti kelas ‘fardhu ain’. Kemudian, dia menjadi rapat dengan rakan baharu, Solah, Suraya dan Nisa.

(ENG) Runi & Solah tells a story about Runi, a kid who was born abroad and just moved back to Malaysia with his parents. He feels left out as he never received a proper Islamic education before, hence, his father, Rahmat, decides to register him to join a ‘fardhu ain’ class. Then, he becomes close with new friends, Solah, Suraya and Nisa.

PROGRAM                   : (Mini Siri) Aku Tak Raya

TARIKH SIARAN          : Isnin – Rabu, 25 – 27 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 11.00 malam- 12.00 tengah malam

ARTIS                          : Sufian Suhaimi, Azhan Rani & Amyza Aznan

SINOPSIS

(BM) Drama muzikal ini mengisahkan tentang Mazlan yang terpaksa bekerja pada hari pertama Raya. Ini adalah kali pertama dia tidak dapat menyambut Raya bersama keluarganya. Banyak kejadian lucu berlaku ketika dia sibuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Ibu bapanya kemudian datang ke tempat kerjanya untuk mengejutkannya dengan pelbagai hidangan Raya.

(ENG) This musical drama tells the tale of Mazlan who had to work during the first day of Raya. It was his first time where he could not celebrate Raya with his family. A lot of funny incidents happened while he was working. But his parents then came to his work place to surprise him with all the Raya delicacies.

PROGRAM                   : Samarinda: Nur 2

TARIKH SIARAN          : Isnin – Khamis, 26 Mei – 18 Jun  2020

WAKTU SIARAN          : 10.00 malam- 11.00 malam

ARTIS                          : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Azhan Rani

SINOPSIS

(BM) Nur 2 diteruskan dengan Adam berdakwah di jalanan dan usahanya disokong sepenuhnya oleh Nur. Bagaimanapun, Adam telah menarik perhatian seorang wanita bernama Juita yang juga kawan rapat Nur sebelum dia berkahwin dengan Adam. Dengki dengan kecantikan Nur dan kehidupan baharunya dengan Adam, Juita tekad untuk merampas segala-galanya dari Nur.

(ENG) Nur 2 continues with Adam preaching in the streets and his effort being fully supported by Nur. However, he has attracted the attention of a woman named Juita who was Nur’s close friend before she married Adam. Envious of Nur’s beauty and her new life with Adam, Juita is adamant to take everything away from Nur.

TELEFILEM TERBAIK SYAWAL TV3

PROGRAM                   : Tiada Galang Ganti

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 10.00 pagi

ARTIS                          : Raja Atiq, Muntazar Ghufran & Puteri Adrianna

SINOPSIS

(BM) Alif selalu mengeluh setiap kali ibu bapanya hanya dapat menyediakan telur goreng sebagai hidangan mereka. Dia seolah-olah tidak memahami bahawa mereka menjalani kehidupan yang susah dan hanya itu yang ibu bapanya mampu. Malangnya, ibu bapanya meninggal dalam kemalangan dan Alif harus menjaga adik-adiknya. Mereka selalu mengeluh kerana hanya dapat memakan telur goreng. Barulah dia tahu bagaimana perasaan orang tuanya dan berharap dia dapat mengulangi masa untuk meminta keampunan.

(ENG) Alif is always complaining everytime his parents only managed to serve fried egg as their dish. He doesn’t seem to understand that they live a hard life and that is all his parents can afford. But things take a turn when his parents died in an accident and Alif has to take care of his younger siblings. They always complain about eating fried egg. Now he knows how his parents felt and wishes he could turn back time to seek for forgiveness.

PROGRAM                   : Saka Viral

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 4.00 petang

ARTIS                          : Azlee Khairi & Elvina Mohamad

SINOPSIS

(BM) Drama komedi seram mengisahkan Mael yang taksub dengan media sosial telah dibuang kerja apabila dia telah memuat naik maklumat sulit syarikatnya di laman sesawang secara tidak sengaja. Namun, hidupnya berubah selepas dia bertemu dengan Nani yang juga seorang yang ketagihan dengan media sosial. Perkara pelik mula berlaku dalam hidup Mael. Siapakah Nani yang sebenar? 

(ENG) This horror comedy drama tells the story of Mael, a social media freak who just got sacked as he had mistakenly uploaded a company’s secret information. However, his life changes when he met Nani who is also a social media junkie. Strange things start happening to Mael. Who is Nani, really?

PROGRAM                   : Baju Raya Eksklusif

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 12.30 pagi

ARTIS                          : Scha Alyahya, Lia Natalia, Didie Alias & Fazlina Ahmad Daud

SINOPSIS

(BM) Shunurin dengan Hazwani, dua saudara yang teruja mendapat peluang bisnes baju raya eksklusif dengan harga begitu murah dari Ramlah. Selepas percubaan pertama berjaya, mereka berdepan masalah apabila Ramlah hilang bersama deposit. Hazwani ditangkap kerana menyerang semasa berurusan dengan Ramlah yang terlibat sindiket rompakan gudang pakaian dari butik berjenama.

(ENG) Shunurin and Hazwani are cousins. This year, they plan to sell exclusive Raya clothing online. They then met Ramlah who introduces herself as a popular boutique agent. Hearing Ramlah’s proposal, Shunurin and Hazwani got really excited about their new venture and used up all their savings as capital. They had an amazing start but things went south towards the end of Ramadan when Ramlah ran away with their money.

PROGRAM                   : Kisah Hidupku

TARIKH SIARAN          : Isnin, 25 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 10.00 pagi

ARTIS                          : Khayrisyah Kemal, Nadiya Nisaa, Datuk Fizz Fairuz & Ameerul Asyraf

SINOPSIS

(BM) Ain mula memberontak selepas ibu bapanya bercerai. Keadaan menjadi lebih teruk selepas ibunya berkahwin lagi. Ain mula rapat dengan Farah yang sangat popular dalam kalangan rakan sekolahnya. Farah berasal dari keluarga yang kaya.  Oleh kerana ibu Ain tidak mampu memberi apa yang Ain inginkan, Ain mula bekerja secara sambilan. Dengan wang gaji yang diperoleh, Ain dapat membeli pakaian yang cantik. Penampilan baharu Ain telah menarik perhatian, Rudy yang ingin mengambil kesempatan atasnya. 

(ENG) Ain became rebellious ever since her parents divorced. To make it worse, her mom remarried. She then became close to Farah, her popular schoolmate who comes from a rich family. Because Ain’s mom couldn’t give her what she wants, she works part-time. With her salary, she’s able to buy nice expensive clothes. Her new personality attracts Rudy, a bad boy who wants to take advantage of Ain.

PROGRAM                   : Hantu Penunjuk Jalan

TARIKH SIARAN          : Isnin, 25 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 4.00 petang

ARTIS                          : Izzue Islam & Bella Dally

SINOPSIS

(BM) Kampung Naga Kapitan dikenali sebagai sebuah kampung yang misteri kerana ia hanya dapat dikesan dengan alat pengesan lokasi Antoo GPS. Tidak pernah ada orang yang terselamat setelah masuk ke kampung itu. Lin, seorang social media influencer yang popular bercadang untuk membuat ulasan tentang kampung tersebut. Di situ, Lin telah bertemu dengan seorang pemandu e-hailing, Jay yang telah sesat jalan selepas menghantar penumpangnya. Dalam usaha untuk meninggalkan kawasan kampung itu, cinta mula berputik antara Lin dan Jay. 

(ENG) Kampung Naga Kapitan is known as a mysterious village as it can only be found via Antoo GPS navigation and no one has ever made it out alive. Lin, a well known social media influencer plans to do a product review at the said place. There, she met Jay, a e-hailing driver who got lost after dropping off a passenger. As they try to find their way out, they developed feelings for each other.

PROGRAM                   : Validasi

TARIKH SIARAN          : Selasa, 26 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 10.00 pagi

ARTIS                          : Shiha Zikir, Farah Nabilah & Aiman Tino

SINOPSIS

(BM) Nina dan Muna selalu bertengkar di media sosial untuk melihat siapa yang mempunyai pengikut yang lebih tinggi dan siapa yang mengumpul ‘like’ yang lebih banyak. Persaingan mereka bertukar menjadi buruk apabila sikap buruk Nina dan Muna mula terbongkar. 

(ENG) Nina and Muna are always going against each other on the social media to see who gain more followers and get more likes. In the end, this war between them only revealed the ugly side of their character.

PROGRAM                   : Ara

TARIKH SIARAN          : Selasa, 26 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 4.00 petang

ARTIS                          : Mimi Lana, Hafidz Roshdi & Adam Lee

SINOPSIS

(BM) Ara mahu berubah ke arah baik walaupun orang ramai skeptikal tentang kebaikan yang ditunjukkan olehnya. Adakah Ara akan terus dengan niatnya atau dia akan berputus asa dan kembali dengan gaya hidup asalnya? 

(ENG) Ara is determined to change her ways but people seem to be sceptical of her kindness. Will she stay strong-willed or give up and go back to her old ways?

PROGRAM                   : One Last Raya Bersama

TARIKH SIARAN          : Rabu, 27 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 10.00 pagi

ARTIS                          : Ben Amir, Aishah Azman & Amelia Henderson

SINOPSIS

(BM) Qistina dan Lais dilihat sebagai pasangan suami isteri contoh. Mereka telah berkahwin selama 3 tahun. Namun, hakikatnya mereka sedang menjalani prosedur untuk bercerai tapi mereka menangguhkan penceraian disebabkan Hari Raya bakal menjelang tidak lama lagi. Qistina mula berubah fikiran selepas menyambut bulan Ramadan dengan Lais. Dia tidak mahu Hari Raya akan datang merupakan Hari Raya terakhir mereka sebagai suami dan isteri.

(ENG) Qistina and Lais who have been married for three years seemed like the perfect couple. But the truth is they’re on the process of getting divorced but decided to put a hold on the proceedings as Raya is just around the corner. However, Qistina had a change of heart after spending the Ramadan with Lais and is now determined to not make this Raya as their last one as husband and wife.

PROGRAM                   : Rinding

TARIKH SIARAN          : Rabu, 27 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 4.00 petang

ARTIS                          : Ungku Ismail & Risteena Munim

SINOPSIS

(BM) Yana ialah seorang pensyarah yang mempunyai imsonia. Dia dapat tidur malam selepas selepas menonton video ASMRYana ingin tahu siapakah gadis yang ditonton dalam video tersebut. Secara kebetulan, gadis tersebut ialah pelajar yang dilaporkan hilang secara tiba-tiba. Yana mula menyiasat apakah sebenarnya sudah berlaku kepada gadis tersebut. 

(ENG) Yana, a lecturer has trouble sleeping but after watching a ASMR video, she finally gets to sleep. However, she then starts getting curious about the girl in the ASMR video. Apparently, she is a student who went missing all of a sudden. She is now in the midst of trying to find out what happened to her.

PROGRAM                   : Mingki

TARIKH SIARAN          : Khamis, 28 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 10.00 pagi

ARTIS                          : Fauziah Nawi, Zamarul Hisham, Farahdhiya, Fahrin Ahmad & Norlia Ghani

SINOPSIS

(BM) Nek Mah tinggal bersendirian selepas anak perempuannya, Maznah berkahwin. Dia hanya ditemani oleh seekor kucing yang diberikan nama ‘Mingki’. Selepas Mingki mati, Nek Mah mula menjadi depresi. 

(ENG) Nek Mah lives on her own right after her daughter, Maznah got married. Her only companion is her cat, Mingki. So, when Mingki passed away Nek Mah became depressed.

PROGRAM                   : Hantu Don

TARIKH SIARAN          : Jumaat, 29 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 11.00 pagi

ARTIS                          : Kamal Adli, Issey Fazlisham & Uqasha Senrose

SINOPSIS

(BM) Kampung Sungai Bil mula kecoh apabila ada penduduk kampung yang mendakwa diganggu oleh Hantu  Don. Perniagaan burger Abu kian merosot setelah tular tentang kisah hantu Don. Abu yang tidak berpuas hati cuba memberanikan diri untuk mencari hantu Don. Namun apabila melihat dengan jelas rupa paras hantu Don, Abu menjadi takut dan secara tidak sengaja dia terlanggar Hantu Don dengan motornya. 

(ENG) Kampung Sungai Bil went chaotic when some of the villagers came across a ghost they call Hantu Don. They are afraid to go out at night now. Due to this, Abu’s burger stall business starts declining as no one buys his burger anymore. Abu wishes to “confront” Hantu Don.

PROGRAM                   : Syawal Untuk Semah

TARIKH SIARAN          : Jumaat, 29 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 1.30 petang

ARTIS                          : Norlia Ghani, Fauziah Nawi, Fahrin Ahmad, Nabila Huda & Syazuwan Hassan

SINOPSIS

(BM) Sikap Semah yang terlalu memanjakan Aidil membuatkannya makin lupa daratan apabila usianya semakin meningkat dewasa. Semah sanggup menjual tanah pusaka untuk menampung perniagaan Aidil namun dihalang oleh ibu saudaranya, Mak Timah. Aidil sakit hati dengan Mak Timah yang dianggap cuba mengawal hidup mereka. Aidil tekad mengajak ibunya tinggal dengannya di bandar dan menghasut ibunya dengan mengatakan bahawa Mak Timah tidak ikhlas untuk membantu mereka selama ini. Hubungan Mak Timah dengan Semah yang sebelum ini sangat rapat menjadi kian renggang sejak daripada kejadian itu. 

(ENG) This tear-jerker is about a mother, Semah who pampers her son, Aidil too much. He grew up to be selfish and ignorant. When Aidil needed some cash for his business, Semah was even willing to sell her inherited land but her sister, Timah stopped her from doing so. Seeing this, Aidil plans to separate the two close sisters.

PROGRAM                   : Cerekarama : Wan Peah Balik Beraya

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 30 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam

ARTIS                          : Zee Zainal, Acap, Bell Ngasri, Normah Damanhuri, Janna Nick, Sheila Rusly & 
                                     Sherry Al-Hadad

SINOPSIS

(BM) Wan Peah mula menghidu rancangan jahat Malika dan ia telah memaksa Wan Peah pulang ke Kampung Kuala Pari Hilir. Namun, niat Wan Peah yang mahu menolong penduduk kampung daripada dianiaya Malika itu telah disalah erti oleh Yeh, Li dan Ghani. Selepas Wan Peah berjaya membongkar muslihat Malika, mereka sedar akan kesilapan diri dan meminta maaf daripada Wan Peah. Segalanya pulih kepada keadaan asal selepas Wan Peah berjaya mengusir Malika dari kampung itu. 

(ENG) Wan Peah could sense Malika’s evil plan, forcing her to come back to Kampung Kuala Pari Hilir. Her intention to save the villagers from Malika was misunderstood by Yeh, Li and Ghani. However, everyone apologized to Wan Peah once they realized their mistake. Everything became the way it was after Wan Peah drove Malika away.

PROGRAM                   : Cerekarama : Wish List Raya

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 6 Jun  2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam

ARTIS                          : Mimi Lana & Donna Muslim

SINOPSIS

(BM) Aiman akan cuba memenuhi permintaan ibu bapanya pada setiap Hari Raya yang tiba. Tahun ini, Aiman merancang untuk menghantar ibu bapanya untuk umrah di Syawal nanti. Ibu bapa Aiman sudah berkongsi berita baik tersebut dengan seluruh kampung. Keadaan bertukar menjadi rumit apabila Aiman masih gagal mendapatkan agensi pelancongan untuk menguruskan umrah tersebut. 

(ENG) Every Raya, Aiman will try to fulfil his parents’ wishes. This year, Aiman plans to send his parents for umrah during Syawal. But before anything, his parents have told the whole village about it. To make things complicated, Aiman is having a hard time looking for a travel agency for the umrah.

PROGRAM                   : Cereka Ahad: Mak Tak Bagi Balik

TARIKH SIARAN          : Ahad, 7 Jun  2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam

ARTIS                          : Vanidah Imran, Khir Rahman & Nurul Fateha

SINOPSIS

(BM) Rohani berkahwin dengan Hisham tanpa restu daripada ibunya. Dia juga dihalau oleh keluarganya. Sejak itu, Rohani menoreh getah untuk menampung kehidupannya. Rohani dan Hisham dikurniakan dengan tiga orang anak. Anak sulung mereka, Rosnah sambung belajar di sebuah sekolah berasrama penuh. Rohani berpesan kepada Rosnah tak perlu balik untuk berpuasa di bulan Ramadan supaya mereka dapat jimat duit untuk balik beraya nanti. Rakan sebilik Rosnah, Mahayu kasihan melihat keadaan Rosnah. Mahayu telah mengajak Rosnah untuk sama-sama pulang ke rumahnya di hujung minggu itu. Apabila ibu bapa Mahayu menghantar Rosnah balik ke rumah, mereka terkejut kerana Rohani ialah kawan lama mereka yang sudah lama tidak saling berhubung. 

(ENG) Rohani married Hisham without her mother’s blessing and because of that, she was casted out from her family. Ever since then, she struggles to make ends meet as a rubber tapper. Rohani and HIsham are blessed with three children.

Their eldest daughter, Rosnah got into boarding school. When Ramadan comes, Rohani told her daughter not to come home as they could save the money for Raya. Mahayu, Rosnah’s roommate pities her and invites Rosnah to her home for the weekend. When Mahayu’s parents send Rosnah back, they were surprised to see Rohani as they are long lost friends.

PROGRAM                   : Cerekarama: Syawal Mencari Cinta

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 13 Jun  2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam

ARTIS                          : Iedil Putra, Nadiya Nisaa, Ungku Hariz & Daiyan Trisha

SINOPSIS

(BM) Di pagi hari raya pertama, Syawal telah berjumpa dengan seorang gadis dan terus terpikat dengan kejelitaannya. Syawal yakin bahawa dia ialah pasangan hidupnya yang dicari-cari walaupun dia tidak tahu apa-apa langsung tentang gadis tersebut. Demi menjejaki gadis tersebut, Syawal merancang untuk mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran. Syawal tidak menjangka bahawa tindakannya bakal mengundang masalah yang menjadi sesalannya.

(ENG) On the first morning of Hari Raya, Syawal meets a girl and is instantly attracted by her beauty. Syawal is convinced that she is his soulmate even though he doesn’t even know her. Determined to track her down but with no leads to follow, Syawal decides to throw a massive open house. He invites as many people as he can, hoping that she would be one of them. However, what he finds out at the event will leave him regretting every decision he made ever since he first saw her.

PROGRAM                   : Cereka Ahad: Terhentinya Doa

TARIKH SIARAN          : Ahad, 14 Jun  2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam

ARTIS                          : Saharul Ridzwan, Niena Baharun, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Azri 
                                      Iskandar, Ozlynn & Raja Hakim DFKL

SINOPSIS

(BM) Wafie bergegas pulang ke kampung untuk menemui neneknya sejurus dia pulang dari luar negara. Nek Wa telah dijangkiti dengan virus chikungunya dan kini terlantar atas katil. Anak-anak Nek Wa iaitu Razali dan Rozi  sedang bertengkar siapakah yang patut menjaga Nek Wa. 

(ENG) Upon his return from overseas, Wafie was asked to go straight to his grandmother’s house at the village. Apparently, Nek Wa has been infected with chikungunya virus. She is now bedridden. The conflict arises when Nek Wa’s children, Razali and Rozi fight over who should take care of Nek Wa.

PROGRAM                   : Cerekarama: Dendam Kasih Ayah

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 20 Jun  2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 malam

ARTIS                          : Izzy Reef, Daniel El Arash, Arash Mohd & Watie Sadali

SINOPSIS

(BM) Bapa Amin telah meninggalkan Amin dan ibunya ketika dia masih kecil. Sejak itu, Amin dan ibunya hidup dalam susah terutamannya Amin yang terkesan kerana membesar tanpa kasih sayang daripada bapanya. Kini, dia mula menjejaki bapanya. 

(ENG) Amin’s father walked out on him and his mother when he was young. They live a hard life especially Amin as he didn’t have a father figure as he was growing up. Feeling resentful, he longs to find his estranged father.

FILEM TERBAIK SYAWAL

PROGRAM                   : Panggung Sabtu: Don

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 23 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 2.00 Petang

ARTIS                          : Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra, Kareena Kapoor, Arjun Rampal

SINOPSIS

(BM) Memiliki wajah yang serupa dengan ketua penjenayah yang bernama Don, Vijay diupah oleh DCP D’Silva untuk menyelongkar rahsia Don. Namun, setelah Don meninggal, masalah Vijay bermula apabila hendak mendedahkan identity sebenarnya.

(ENG) Vijay, a lookalike of criminal kingpin Don, is hired by DCP D’Silva in order to find Don’s secrets. But after D’Silva dies, Vijay struggles to reveal his real identity.

PROGRAM                   : J Revolusi

TARIKH SIARAN          : Sunday, 24 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 2.00 Petang

ARTIS                          : Zul Ariffin, Nur Fazura

SINOPSIS

(BM) Mengisahkan tentang Jay Zulkarnain  yang merupakan seorang ketua pegawai Unit Tindakan Khas (UTK). Pasukannya begitu digeruni penjenayah kerana kepakaran mereka berdepan dengan musuh. Konflik bermula apabila kakak Jay, Dian  yang juga seorang ejen ditangkap oleh pengganas misteri dikenali sebagai Andra. Andra merupakan ketua dalam satu kumpulan pengganas yang telah menghasilkan satu virus dinamakan Ultra Virus. Jay ditugaskan dalam memberkas kumpulan Andra bagi mengelakkan penularan virus tersebut. Walau bagaimana pun, Dian telah dijadikan tebusan oleh Andra sebagai pertukaran dengan Ultra Virus yang telah dirampas oleh UTK.

(ENG) Jay Zulkarnain is an assault leader for the UTK (Unit Tindakan Khas), and he and his squad of operatives are every terrorist’s worst nightmare. However, a mysterious terrorist has framed Jay for the murder of one of his squad members, and has also captured his sister Dian, who is an undercover agent. To save her sister, Jay must race against time to unravel the secret and reason as to why this terrorist is trying to destroy him.

PROGRAM                   : Ejen Ali The Movie

TARIKH SIARAN          : Sunday, 24 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 9.00 Malam

ARTIS                          : Animasi

SINOPSIS

(BM) Ejen Ali menjalankan peranannya sebagai perisik MATA dan satu-satunya pemilik  IRIS sekarang. Tanpa diketahui oleh Ali, MATA sedang mengembangkan IRIS versi baru yang lebih baik, IRIS Neo. Ketika IRIS Neo mula digunakan oleh semua ejen, Ali mula mempersoalkan kedudukannya di MATA. Dia didatangi oleh seseorang yang misteri bernama Niki yang mendakwa mengenali arwah ibunya. Mempertaruhkan kesetiaannya kepada MATA, Ejen Ali memulakan penyiasatan mendebarkan bagi membongkar segala misteri.

(ENG) Ejen Ali is embracing his role as a MATA spy and the only master of IRIS now. But unknown to Ali, MATA is developing a new improved version of IRIS, the IRIS Neo. When IRIS Neo starts being used for all agents, Ali begins to question his position in MATA. He is approached by a mysterious person named Niki who claims to know about his late mother. Risking his loyalty to MATA, Ejen Ali will now embark on a thrilling chase to unravel those mysterious links.

PROGRAM                   : Hantu Nan Sempit

TARIKH SIARAN          : Isnin, 25 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 2.00 petang

ARTIS                          : Hazama, Soffi Jikan, Khir Rahman, Erin Malek

SINOPSIS

(BM) Mengisahkan tentang seorang mekanik bernama Ady yang bekerja di sebuah bengkel yang tidak laku, semasa dia sedang membaik pulih sebuah motosikal yang mengalami kemalangan secara tiba-tiba motosikal tersebut seolah-olah mempunyai rohnya sendiri. Ia bermula apabila motosikal yang ditimpa kemalangan tersebut datang ke bengkel dan pemilik bengkel itu, Ribut, menegaskan Ady membaiki motosikal tersebut sebaik yang boleh. Ribut mengalami masalah kekurangan pelanggan di bengkelnya dan membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat bomoh atas nasihat rakannya, Suraya.

(ENG) Tells the story of a mechanic named Ady who works in a shop that does not sell well, while he was repairing a motorcycle that encountered an accident, all of a sudden the bike seems to have its own spirit. It started when the motorcycle that encountered the accident came to the workshop and the owner of the workshop, Ribut, insisted that Ady repaired the motorcycle as best as he could. Storm encountered a shortage of customers at his workshop and decided to seek the help of a shaman as suggested by his friend, Suraya.

PROGRAM                   : Jangan Pandang-Pandang

TARIKH SIARAN          : Selasa, 26 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 2.00 petang

ARTIS                          : Zizan Razak, Nas-T, Sara Ali, Miera Leyana

SINOPSIS

(BM) Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekad mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika.

(ENG) Four college students majoring in Social and Human Sciences – Ajis, Ben, Yaya and Diana were assigned to do a task of collecting information and data on artifacts at Gua Bewah. Yaya just found out that Ajis cheated and was close to wanting to break up their relationship but in order to finish the task, Yaya agreed to make peace for a while.

PROGRAM                   : Hantu Bonceng

TARIKH SIARAN          : Rabu, 27 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 2.00 petang

ARTIS                          : Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz,

SINOPSIS

(BM) Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba motor Drag secara haram. Satu hari selepas memenangi satu perlumbaan, Amran telah dihadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

(ENG) A story about Amran, a Delivery boy who loves to race Drag motors illegally. One day after winning a race, Amran was awarded a Bohsia named Maya as a race winner. Unfortunately, when Amran was about to ride out of the port with the Bohsia, they got into an accident and she died at the scene.

PROGRAM                   : The Jungle Book (2016)

TARIKH SIARAN          : Khamis, 28 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 2.00 petang

ARTIS                          : Neel Sethi, Idris Elba, Ben Kingsley, BIll Murray

SINOPSIS

(BM) Dibesarkan oleh keluarga serigala sejak lahir, kini Mowgli terpaksa meninggalkan satu-satunya rumah yang pernah dikenalinya kerana harimau yang digeruni, Shere Khan mengecam dengan ngaumannya yang kuat. Dibantu oleh harimau kumbang yang serius dan beruang yang bersemangat, budak lelaki itu bertemu dengan pelbagai haiwan hutan, termasuk ular sawa licik dan kera yang bermulut manis. Sepanjang perjalanan, Mowgli mempelajari pengalaman hidup yang berharga dalam penemuan dirinya yang epik membawa kepada keseronokan dan pengembaraan.

(ENG) Raised by a family of wolves since birth, Mowgli must leave the only home he’s ever known when the fearsome tiger Shere Khan unleashes his mighty roar. Guided by a no-nonsense panther and a free-spirited bear, the young boy meets an array of jungle animals, including a slithery python and a smooth-talking ape. Along the way, Mowgli learns valuable life lessons as his epic journey of self-discovery leads to fun and adventure.

PROGRAM                   : Armour of God

TARIKH SIARAN          : Jumaat, 29 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 10 malam

ARTIS                          : Jackie Chan, Alan Tam, Lola Forner, Rosamund Kwan

SINOPSIS

(BM) Jackie, atau “Asian Hawk”, adalah seorang bekas pemuzik yang menjadi pengembara dan pencari harta karun. Setelah berjaya mencuri pedang dari suku Afrika, dia melelong senjata tersebut dan May Bannon, anak perempuan Count Bannon yang cantik berjaya memiliki pedang tersebut. Dia berjumpa dengan bekas rakan sekumpulannya Alan semula. Alan meminta pertolongannya kerana kekasihnya Lorelei telah diculik oleh kultus agama yang jahat sebagai alat untuk memperoleh servis Jackie.

(ENG) Jackie, a.k.a. “Asian Hawk”, is a former musician who becomes an adventurer and treasure hunter. After successfully stealing a sword from an African tribe, he has the weapon auctioned before it is won by May Bannon, the beautiful daughter of Count Bannon. He is reunited with his former bandmate Alan, who seeks his help as his girlfriend Lorelei has been kidnapped by an evil religious cult as a means of acquiring Jackie’s services.

PROGRAM                   : Panggung Sabtu: RA One

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 30 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 2.00 petang

ARTIS                          : Shah Rukh Khan, Kareena Kapoor, Armaan Verma

SINOPSIS

(BM) Kehidupan seorang pencipta permainan video menjadi kucar kacir apabila alat merubah bentuk ciptaan mayanya yang tidak boleh dihancurkan hidup secara tiba-tiba. 

(ENG) A video game developer’s world spirals out of control when his shapeshifting indestructible virtual creation comes to life.

PROGRAM                   : Captain America: Civil War

TARIKH SIARAN          : Jumaat, 5 Jun 2020

WAKTU SIARAN          : 10 .00 malam

ARTIS                          : Chris Evans, Robert Downey Jr, Jeremy Renner, Scarlett Johansson

SINOPSIS

(BM) Tekanan politik meningkat apabila sistem akauntabiliti perlu diaplikasi akibat dari tindakan Avengers yang telah menyebabkan kerosakan sistem. Status quo baru telah memecah belahkan anggota pasukan.

(ENG) Political pressure mounts to install a system of accountability when the actions of the Avengers lead to collateral damage. The new status quo deeply divides members of the team. 

TELEFILEM TERBAIK SYAWAL TV9

PROGRAM                   :Bahulu Untuk Opah

TARIKH SIARAN          : Sabtu, 23 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 8.30 – 10.30 malam

ARTIS                          : Remy Ishak, Ruminah Sidek & Saharul Ridzwan

SINOPSIS

(BM) Badrul, seorang bekas banduan kembali ke kampung untuk menjaga opahnya, Halimah. Badrul telah dipenjarakan selama 2 tahun kerana mencuri. Walaupun sering dicaci, dia nekad untuk menyara hidup opahnya yang mempunyai sakit nyanyuk atau Alzheimer. Dia susah mencari kerja kerana seorang bekas banduan. Badrul teringat masakan kegemaran Opahnya, dan terjumpa resepi Opah. Sejak itu, dia giat membuat bahulu dan berniaga di kampungnya. Ia mendapat sambutan yang baik namun sesuatu yang tidak dijangkakan bakal tiba.

(ENG) Badrul, an ex convict came home to look after her grandmother, Halimah. Badrul was prisoned for two years for thievery. Even though mocked, he is determined to support his grandmother who has Alzheimer. He is unable to find work as an ex con. Badrul found his grandmother’s recipe and since then made bahulu to be sold.

PROGRAM                   :Taubatku

TARIKH SIARAN          : Ahad, 24 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 8.30 – 10.30 malam

ARTIS                          : Syafiq Kyle, Azar Azmi & Syed Ali Murtadha

SINOPSIS

(BM) Ismail dan Maisarah merupakan pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama 5

tahun tapi masih belum dikurniakan rezeki seorang anak. Mereka berniaga sate dan hidup bahagia.

Akhirnya, Maisarah disahkan mengandung dan melahirkan Yusuf. Kehidupan bahagia mereka hanya

sementara apabila mereka terlibat dalam kemalangan dan Yusuf disahkan lumpuh seumur hidup. Tidak

lama selepas itu, Maisarah pula terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Dunia Ismail terus

berubah, dia penat bekerja dan menjaga Yusuf sehinggakan kebajikan Yusuf mula terabai.

(ENG) Ismail and Maisarah are married for 5 years yet has not been blessed with a child. They sell

satay and live happily. Maisarah was confirmed pregnant and gave birth to Yusuf. Their merriment was

temporary. They met an accident and Yusuf was paralyzed for life. Not long after that, Maisarah died in

a tragic accident. Ismail’s life took a turn, and Yusuf was neglected.

.

PROGRAM                   : Vlog Laura 

TARIKH SIARAN          : Isnin, 25 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 8.30 – 10.30 malam

ARTIS                          : Alyssa Dezek, Naim Daniel, Zamarul Hisham, Anzalna Nasir & Mia Nasir

SINOPSIS

(BM) Laura anak tunggal pasangan Kamal dan Ainon. Ainon merupakan isteri kedua Kamal. Pada raya tahun ini, giliran Kamal beraya dengan Munirah. Ramadan itu, Laura berpakat dengan Fahmi iaitu anak sulung Munirah untuk merealisasikan impian Laura beraya bersama-sama. Laura akan mencatat aktiviti Ramadannya dan angan-angan untuk beraya bersama.

(ENG) Laura is Kamal and Ainon’s only child. Ainon is Kamal’s second wife. This Raya, Kamal has to be with Munirah. During Ramadan, Laura and Fahmi (Munirah’s oldest son) want to make Laura’s dream a reality – to jot down all her Ramadan activities and to celebrate Raya together.

PROGRAM                   : Cruise Cinta Lebaran

TARIKH SIARAN          : Selasa, 26 Mei  2020

WAKTU SIARAN          : 8.30 – 10.30 malam

ARTIS                          : Aiman Hakim & Hannah Delisha

SINOPSIS

(BM) Aida Maria putus cinta dan membawa dirinya bercuti menaiki sebuah kapal mewah pada bulan Ramadan. Di cruise, dia berkenalan dengan Maizal Hairi, mereka banyak meluangkan masa bersama. Maizal yang memujuk Aida untuk pulang beraya bersama keluarga. Setibanya Aida pulang ke rumahnya, hadirnya Maizal datang untuk beraya dan rupa-rupanya itu perancangan neneknya yang ingin Maizal berkenalan dengan Aida.

(ENG) Aida Maria broke up and took herself on a cruise during Ramadhan. There, she met Maizal

Hairi and they spent a lot of time together. Maizal comforted Aida to go home and celebrate raya with

the family. When Aida finally went home, Maizal came along and it was actually her grandmother’s plan

to match the two.

PROGRAM                   : Huru Hara Raya

TARIKH SIARAN          : Rabu, 27 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 8.30 – 10.30malam

ARTIS                          : Kamal Adli, Zara Zya, Shamsul Ghau Ghau, Zarina Zainuddin, Kazar Saisi, Fadilah Mansor, Hilal Azman & Kartina Aziz

SINOPSIS

(BM) Telefilem ini mengisahkan gelagat lucu sebuah keluarga di Pulau Pinang. Puan Mona dan Encik Rashid mempunyai bisnes sendiri. Puan Mona menjual biskut raya manakala Encik Rashid menjual baju tradisional atas talian. Pada masa yang sama, mereka berdua sedang sibuk membuat persiapan untuk perkahwinan anak mereka, Faizal. Huru hara bermula apabila mereka tidak dapat menentukan apa yang perlu diutamakan termasuk bertemu dengan bakal mertua yang garang. Namun, Faizal dapat mengatasi segala rintangan dan selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Ayu pada Hari Raya keempat.

(ENG) A story of a northern family in Penang. Puan Mona and Encik Rashid are both doing a business. Puan Mona has her own business selling Raya cookies while Encik Rashid sells online traditional wears. In the same time, they are planning for their only child, Faizal’s wedding. Chaos happens when they don’t know which one to prioritize first. Also to meet Ayu’s fierce father. After all the obstacles, Faizal managed to tie the knot with Ayu on the 4 th Day of Raya.

PROGRAM                   : Raya Kami

TARIKH SIARAN          : Khamis, 28 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 8.30 – 10.30 malam

ARTIS                          : Fattah Amin & Elfaeza Ul Haq

SINOPSIS

(BM) Zaidi dan Rahmah akan menunaikan Umrah dalam bulan Ramadan tahun ini. Masalah demi masalah tiba apabila tiada siapa akan menjaga anak-anak mereka. Hanya adik Rahmah, Rayyan sahaja yang sanggup menjaga mereka. Namun, anak-anak mereka tidak menyukai Rayyan kerana sikap tegas Rayyan.

(ENG) Zaidi and Rahmah are performing umrah in the month of Ramadan this year. Problem arises when they have no one to take care of their children. The only person willing to look after the kids is Rayyan, Rahmah’s brother. However, the kids aren’t too fond of Rayyan because he is strict.

PROGRAM                   : Esok Untuk Kita

TARIKH SIARAN          : Jumaat, 29 Mei 2020

WAKTU SIARAN          : 8.30 – 10.30 malam

ARTIS                          : Beto Kusyairy, Sara Ali & Uqasha Senrose

SINOPSIS

(BM) Hisyam dan Zulia telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun dan dikurniakan seorang anak. Tetapi kebahagiaan mereka terjejas apabila Zulia menghidap kanser. Kerunsingan Hisyam bertambah apabila permintaan terakhir Zulia adalah ingin Hisyam mengahwini rakan karibnya, Khalisya.

(ENG) Hisyam and Zulia have been happily married for 7 years and are blessed with a child. But things take a turn when Zulia is diagnosed with cancer and her last dying wish is to have Hisyam marry her bestfriend, Khalisya.

What do you think?

84 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

‘Kekasih Bukan Abang Uniform’ – Zara Zya

Tentang Drama CINTA ITU FAIRY TALE Lakonan Eyka Farhana