in ,

‘Kekasih Bukan Abang Uniform’ – Zara Zya

Aktres, Zara Zya menafikan kekasihnya bertugas dalam badan beruniform seperti yang tersebar, sebaliknya hanya lelaki biasa.

Pelakon yang mencetuskan fenomena menerusi drama bersiri, Love You Mr Arrogant dan Pia berkata, dia belum bersedia mendedahkan identiti kekasihnya. Bagaimanapun, katanya, kekasihnya tidak lokek berkongsi idea dan nasihat untuk terus memantapkan perniagaan makanan diusahakan.

“Si dia bukan kalangan petugas keselamatan atau badan beruniform seperti yang didakwa. Siapakah gerangannya, biarlah dirahsiakan dahulu. Si dia banyak membantu dan berkongsi idea berbekalkan pengalaman dimilikinya yang turut aktif dalam kerja amal.

“Saya sangat selesa dengannya. Namun, masih terlalu awal untuk berkongsi lebih jauh mengenai hubungan kami,”

– Zara Zya

Zara atau nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin membuat pengakuan terbuka di laman Instagram (IG) memaklumkan sudah bertemu insan istimewa, April lalu.

“Walaupun bidang berbeza, pelbagai watak yang saya lakonkan, biarpun pelbagai hero yang pernah bergandingan dengan saya, namun awak antara yang teratas di hati saya. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Saya sangat bahagia sekarang,”

– Zara Zya

Zara berkata, minat memasak mendorongnya mengusahakan perniagaan makanan, Zara Zya Cooks, sejak beberapa bulan lalu.

Lebih istimewa, juadah berbuka puasa yang disediakan berpaksi amal untuk disalurkan kepada tabung #zaraprihatin. Tanpa disangka, minatnya turut dikongsi bersama cinta hati yang dikenali, sejak tiga bulan lalu.

“Segala-galanya berlaku dengan pantas. Kami kenal sebagai rakan sekerja dan seterusnya, berputik rasa cinta.

“Dia menyokong usaha yang saya lakukan termasuk minat memasak.

“Alhamdulillah, saya mendapat maklum balas positif menyediakan juadah berbuka puasa bersama pasukan kerja. Apa yang penting, membeli sambil beramal,”

– Zara Zya

Bagi mereka yang mahu membeli juadah berbuka puasa sambil beramal boleh ke IG @zarazyacooks atau layari www.zarazyacooks.com

Sumber: BH Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Bangga Bila Wajah Yuna Sekali Lagi Terpampang di Billboard New York

Senarai Program Menarik Sempena Aidilfitri 2020 di TV9 & TV3