in ,

LoveLove

Tentang Drama CINTA ITU FAIRY TALE Lakonan Eyka Farhana

‘Cinta Itu Fairy Tale’ Edisi Drama Terbaharu Iflix Akan Ditayangkan Eksklusif Dan Percuma Bermula 21 Mei

Mengangkat genre drama romantik komedi, pengarah Tam Suhaimi menyatukan pelakon tempatan dan antarabangsa seperti Eyka Farhana, Afifah Nasir, Harris Baba, dan Ikhsan Saleh dalam sebuah kisah cinta millennial. Sempena Syawal tahun ini, iflix sukacitanya membawakan sebuah drama komedi romantik berjudul Cinta Itu Fairy Tale secara EKSKLUSIF dan PERCUMA bermula 21 Mei di iflix.com. 

Drama 13 episod ini, mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya.

Poster Cinta Itu Fairy Tale (Official)

Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut. 

Istimewa untuk para peminat drama Melayu drama siri Cinta Itu Fairy Tale arahan pengarah popular, Tam Suhaimi, dibarisi oleh pelakon muda yang dikenali ramai seperti  Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh (Pelakon Indonesia), Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura dan ramai lagi. Ternyata, barisan pelakon mantap ini mampu memberikan impak positif yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Mengikut kajian, statistik pengguna sosial media berumur 18 hingga 34 tahun adalah lebih tiga kali ganda memilih platform pentsriman video setiap minggu. Peratusan yang dicatatkan untuk penstriman video adalah tertumpu kepada kandungan hiburan TV, drama dan filem yang mencatatkan 23 peratus secara global. Sekaligus menunjukkan, medium penstriman merupakan sesuatu yang trending pada masa kini dan menjadi platform pilihan masyarakat untuk menonton drama mahupun filem.  

Amy Mastura juga turut terlibat menjayakan drama CIFT

Menurut Shoba Devi, selaku Ketua Kandungan iflix Malaysia, “Selaku platform penstriman tidak berbayar, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menyusun strategi kandungan tempatan yang lebih menarik dan trendy untuk menarik minat para penonton. Dalam usaha bagi menjayakan objektif untuk memperbanyakkan lagi pengisian hiburan tempatan, kami turut menyajikan hiburan yang lebih seimbang dan sesuai buat santapan seisi keluarga. Bermula 21 Mei, peminat setia drama Melayu boleh tersenyum puas kerana iflix akan memeriahkan Syawal anda dengan membawakan sebuah drama percintaan berunsur komedi romantik iaitu Cinta Itu Fairy Tale. Berkonsepkan kisah drama cinta millennial, para peminat boleh menonton dan menghayati watak – watak yang dibawakan oleh pelakon kegemaran mereka secara percuma. Pertama kali bekerjasama dengan pengarah ternama Tam Suhaimi, pihak iflix berharap agar drama Cinta Itu Fairy Tale dapat menjadi sebuah kisah drama cinta millennial yang berjaya menambat hati penonton secara tidak langsung memantapkan lagi kualiti drama di Malaysia. 

CIFT 8

Pengarah drama Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi turut berkata, “Saya adalah peminat tegar genre romantik komedi seperti filem Clueless, My Best Friend’s Wedding, 30 Hari Mencari Cinta dan Pisau Cukur. ‘Cinta Itu Fairy Tale’ adalah sebuah kisah percintaan era moden (A modern twist to a fairy tale) dengan menampilkan elemen percintaan, komedi dan kekeluargaan. Selain menampilkan barisan pelakon dari dalam dan luar negara, penceritaan yang moden, santai dan mudah diikuti adalah faktor yang menonjolkan keunikan drama ini. Jika sebelum ini karya saya menerima respon yang positif menerusi platform TV, saya mengorak langkah dengan melancarkan Cinta Itu Fairy Tale secara eksklusif dan percuma di iflix. Saya juga berharap, agar drama ini dapat memenuhi citarasa penonton. Sempena sambutan Syawal, saya dan iflix ingin menjemput para penggemar drama Melayu untuk beraya sambil berhibur dengan menyaksikan Cinta Itu Fairy Tale secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix bermula 21 Mei 2020”

Haris Baba memegang watak sebagai Zach

Kata pelakon utama Cinta Itu Fairy Tale, Eyka Farhana pula, “Selebriti mahupun instafamous, sering menjadi tumpuan nitizen di laman sosial. Tidak dapat dinafikan, golongan ini juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan. Dalam Cinta Itu Fairy Tale, saya memainkan peranan sebagai Nina Suraya yang juga seorang ‘instafamous’. Nina mendapat kecaman hebat daripada para nitizen mengenai hubungan percintaannya yang gagal diselamatkan. Gadis bernama Nina ini mengalami tekanan perasaan kerana rata-rata nitizen tidak menyebelahinya, sebaliknya menghukum dan membuatkan beliau membawa dirinya ke sebuah percutian untuk mencari ketenangan diri. 

Secara peribadi, drama ini bukan sekadar drama kisah cinta romantik komedi semata- mata, malah mengandungi pelbagai unsur positif yang cuba disampaikan kepada masyarakat. Antaranya unsur positif yang ada pada Nina adalah beliau seorang yang kuat semangat dan tidak mudah putus asa jika gagal dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh, Nina sentiasa sabar dalam mencari pasangan hidup dan tekad meneruskan cita-citanya untuk menjadi seorang penulis yang . Saya amat berterima kasih kepada pengarah drama Cinta Itu Fairy Tale, Tam Suhaimi kerana memberi peluang dan sepenuh kepercayaan kepada saya untuk memikul watak ini dan bersama pelakon-pelakon hebat yang lain. Sebagai buah tangan baharu kepada peminat juga, saya berharap agar drama ini akan dapat memeriahkan raya anda nanti”

Saksikan drama siri Cinta Itu Fairy Tale yang mengetengahkan watak utama Eyka Farhana (Nina Suraya), Afifah Nasir (Niesa), Harris Baba (Zach), Ikhsan Saleh (Adam) secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix pada 21 Mei 2020. 

What do you think?

85 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Program Menarik Sempena Aidilfitri 2020 di TV9 & TV3

Genap 2 Tahun Rumah Diserbu Polis, Anak Dedah Najib Pernah Hilang Dalam Rumah Sendiri