in

Senarai Program Khas Semarakkan Hari Kebangsaan 2015 di TVi

Bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan pelbagai program yang menarik ‘sesuai’ untuk tontonan seisi keluarga terutama dalam menyuntik semangat kecintaan terhadap Negara.

Lapan program disiarkan menerusi saluran TVi. Uji kecerdasan dan pengetahuan anda dalam program berbentuk kuiz yang menguji kebijaksanaan para peserta dalam bidang sejarah bertajuk “Kuiz : Anda Fikir Anda Bijak” mulai 13 hingga 30 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 11.30 pagi. Terbahagi kepada tiga segmen iaitu Segmen Fakta atau Auta?, Segmen Aneka Sejarah dan Segmen Jangan Salah, program ini menampilkan pengacara Izzue Islam.

Saksikan kisah mengenai Rini, seorang gadis cantik menjadi rebutan pemuda kampung yang sedang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 12.00 tengah hari lakonan Marsha Milan Londoh, Alex Alexander, Eddy Wilton, P. Dik Ganai dan R’yot Ujin bertajuk “Pidik Merdeka”. 13 episod drama ini berkembang dengan situasi Rini hanya menyukai Pidik. Hubungan Rini dan Pidik tidak direstui bapa Rini serta pemuda kampung yang mencemburui hubungan mereka. Dalam masa sama, Pidik yang berbeza pendapat dengan bapanya Merdeka, mengenai perancangan masa depan telah berhijrah ke bandar bagi membuktikan pendiriannya.

Tiga telemovie disiarkan tiga hari berturut-turut pukul 12.00 tengah hari iaitu ‘Abangku Patriot’ (29 Ogos), Manuskrip 1 Juta (30 Ogos) dan 50 : 50 (31 Ogos).

Menyelitkan plot kisah mengenang pengorbanan antara pejuang yang ‘gugur’ semasa bertugas di Lahad Datu, “Abangku Patriot” mengisahkan keputusan Zaimi untuk menyertai tentera mendapat tentangan keluarga, apatahlagi adiknya Zaharin turut menyalahkan Zaimi atas kematian ibu bapa mereka. Namun Zaimi tetap meneruskan cita-cita untuk menjadi askar komando, namun Zaimi terkorban semasa pertempuran dengan penceroboh di Lahad Datu, Sabah. Kematian Zaimi telah menyedarkan Zaharin betapa pentingnya tugas tentera dalam menjaga keamanan negara. Lakonan Talha Amir Harith, Hafizul Kamal, Mardiana Alwi, Esma Danial, Leeza Zain dan Mah Wai Kit.

“Manuskrip 1 Juta” pula membawakan kisah Najib, Siva dan Danny telah diberi tugasan oleh pensyarah mereka untuk membuat penyelidikan berkaitan pengarang novel bernama Akhsan Abdullah. Setelah gagal menemui novel hasil tulisan Akhsan, mereka akhirnya bertemu terus dengan keluarga beliau. Ketika membuat penyelidikan mereka menemui manuskrip yang menceritakan satu kisah yang berlaku ketika Perang Dunia ke-2. Kisah itu berakhir apabila perang tamat, namun kesannya turut dirasai mereka yang terlibat dengan penyelidikan tersebut. Ia menampilkan pelakon Jalaluddin Hassan, Ann Abdullah, Shamnas, Sathis Rao, Leo K.K dan Ikwan Khairuddin.

Sambutan 31 Ogos disambut dengan drama “50 : 50” lakonan Seniwati Latifah Omar, Datuk Aziz Sattar, Ramli Hassan, Johan Asa’ari dan Dira Abu Bakar, kisah mengenai seorang askar bernama Ismail yang ditembak dan koma serta dimasukkan ke hospital pada zaman sebelum kemerdekaan. Setelah 50 tahun negara mengecapi kemerdekaan, barulah Ismail tersedar dari koma dan terkejut dengan perubahan dan pembangunan yang berlaku. Dalam masa sama Ismail terkenangkan kembali tunangnya, Azizah dan berhasrat untuk mencarinya.

Dokumentari khas sempena kemerdekaan, “Garis Waktu” disiarkan mulai 31 Ogos hingga 16 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 2.30 petang pula memaparkan usaha-usaha yang dilakukan bagi menjejak kembali hasil tinggalan sejarah yang berlaku semasa era zaman peperangan seperti kubu tinggalan tentera British seawal tahun 1939 sebagai persiapan menghadapi serangan Jepun, kem-kem tahanan perang serta pelbagai ekspedisi dalam mencari semula bangkai pelbagai pesawat perang yang terhempas di kawasan hutan belantara di seluruh negara.

Sebuah rancangan realiti TV yang memberi cabaran fizikal dan mental kepada peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS di samping memupuk semangat patriotik kepada peserta yang bertanding bertajuk “Realiti TV : Uni Challenge 1957”. Melibatkan para peserta terdiri daripada penuntut ALAM, KPJUC, Kolej MAHSA, MUST, Politeknik Melaka, UMS, UNITEN dan UPM, program 13 episod dihoskan oleh Erin Malek ini disiarkan mulai 31 Ogos hingga 16 September depan, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang.

Mulai 1 hingga 6 September depan, setiap Selasa hingga Ahad, pukul 11.30 pagi, saksikan 6 episod “Doku Drama: Senoi Praaq : Menjejak Beret Merah”. Ia mengisahkan keberanian dan kepahlawanan orang asli iaitu rejimen Senoi Praaq yang juga digelar Beret Merah dalam perjuangan menentang komunis. Juga menyertakan temubual bersama individu penting yang pernah berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan (Senoi Praaq) dalam menawan serta menewaskan musuh Negara yang cukup digeruni ketika itu.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

nadiya nisaa

Selebriti Popular Jayakan Aktif 5 Bintang

OPPO MALAYSIA Turunkan Harga Telefon Pintar R1x