in

Senarai Penyanyi & Persembahan di Konsert Twin Towers @Live 2014

Seperti menjadi kebiasaan, setiap tahun ketika mana Malaysia menganjutkan perlumbaan Formula One Grand Prix Malaysia, pastinya PETRONAS tak akan ketinggalan menghangatkan lagi acara ini dengan persembahan konsert terutamanya, Konsert Twin Towers @Live 2014 yang akan bergema di Plaza PETRONAS, KLCC, Kuala Lumpur selama dua hari iaitu 28 dan 29 Mac 2014. Seingat Budiey, ini masuk tahun ketiga penganjuran konsert yang menghimpunkan ramai penyanyi dari antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Yang penting, konsert ini PERCUMA dan terbuka kepada orang awam.

Konsert Twin Towers @Live 2014

Ramai pembaca yang bertanyakan kepada Budiey samada konsert ini dibatalkan atau tidak berikutan peristiwa kehilangan pesawat MH370 dan juga insiden sadis berlaku di Konsert Future Music Festival Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan enam remaja maut akibat pengunaan dadah yang berlebihan ketika menyaksikan mengundang pelbagai persepsi tentang pengunjung konsert. Jawapannya, Konsert Twin Towers @Live 2014 tidak dibatalkan dan masih diteruskan dan akan berlangsung juga.

Tak kurang ada yang bertanya, line up dan barisan penghibur untuk konsert ini. Apa yang boleh Budiey kasi tahu, pada 28 Mac ini, hari Jumaat, Konsert Twin Towers @Live 2014 menampilkan artis seperti Christina Aguilera, Craig David, Rick Astley.

Manakala pada 29 Mac, hari Sabtu ni, artis K-Pop dari Korea iaitu Rain akan mengegarkan Plaza PETRONAS, KLCC. Tidak ketinggalan pastinya ada penghibur tempatan yang akan turut memeriahkan konsert ini. Antaranya, Joe Flizzow, Altimet, SonaOne, Ila Damia, DJ Biggie, Oh Chentaku dan DJ Irama.

Selain persembahan, konsert ini juga akan meraikan Earth Hour di mana menyaksikan semua lampu dipadamkan menjelang jam 8.30 malam. Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang, Datuk Razlan menasihatkan pengunjung konsert agar menjauhkan diri daripada penyalahgunaan dadah. Disebalik program menarik yang bakal disajikan kepada peminat, SIC turut sensitif terhadap misteri kehilangan pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370..

“Saya nak sentuh mengenai perangai pengunjung konsert agar jangan keterlaluan. Berhibur tanpa penggunaan benda-benda negatif seperti dadah, alkohol dan sebagainya. Kita akan membuat satu kolaborasi dengan agensi anti dadah untuk memberi peringatan kepada semua pengunjung konsert supaya jauhilah diri daripada dadah yang sangat berbahaya dan sebagainya. Kita juga perlu sentitif terhadap insiden ini. Kita perlu tahu perkembangan harian dan kita tidak tahu tribute apa yang perlu dibuat. Kita tidak mahu membuat tribute yang salah.”

Perlumbaan Formula One Grand Prix Malaysia pada 28 hingga 30 Mac ini bakal menjanjikan pengalaman istimewa buat semua peminat sukan permotoran dunia. Razlan turut menjelaskan, peminat F1 bukan sahaja akan menikmati kehangatan perlumbaan tetapi juga pelbagai acara menarik yang dirancang sepanjang minggu termasuk konsert Twin Tower @Live 2014.

Semalam, Budiey dijemput oleh PETRONAS untuk menghadiri dan menyaksikan PETRONAS Demo Run 2014 yang diadakan di sekitar jalan di hadapan Menara Berkembar KLCC. Memang seronok tengok demo run kali ini dan Budiey kira, ianya lebih baik, lebih meriah dan lebih gempak dari tahun lepas. Pastinya tak ketinggalan untuk menampilkan pelumba F1 iaitu Lewis Hamilton dan juga Nico Roseberg. Syabas buat PETRONAS! Nantikan entry khas Budiey berkenaan dengan PETRONAS Demo Run 2014.

Konsert Twin Towers @Live 2014Konsert Twin Towers @Live 2014

Christina Aguilera

RAIN Bakal Perform di Twin Towers Live 2014

Craig David Bakal Perform di Twin Towers @live 2014

Twin Towers Alive

Konsert Twin Towers @Live 2014

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Fizz Fairuz Bakal Nikah Almy Nadia 26 April Ini

Amy Search Derma 240 Buah Buku