in , ,

Fizz Fairuz Bakal Nikah Almy Nadia 26 April Ini

Diam tak diam, setelah macam-macam cabaran yang ditempuhi, pelakon Fizz Fairuz telah pun memberitahu media yang dia akan bernikah dengan kekasihnya, Almy Nadia pada 26 April 2014 depan di Balik Pulau, Pulau Pinang. Ini bermakna majlis nikah Fizz Fairuz dan Almy Nadia dah tak sampai sebulan je la lagi.  Tarikh 26 April dipilih sempena hari jadi Almy Nadia yang jatuh pada 27 April.

fizz-fairuz

Majlis akad nikah akan diadakan di rumah keluarga Almy Nadia di Balik Pulau, Pulau Pinang manakala majlis persandingan pada 31 Mei di Hotel Vistana, Pulau Pinang. Sementara itu, majlis persandingan sebelah Fizz Fairuz pula akan diadakan pada 7 Jun di Dataran Raub, Raub, Pahang.

Fizz Fairuz bakal menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, selain RM20,000 sebagai wang hantaran pada majlis akad nikah itu nanti.

Menurut Fizz, dia dan Almy Nadia dah sembilan tahun berkenalan dan beliau yakin ini adalah jodoh yang ditentukan oleh Allah. Bagi Fizz, Almy Nadia adalah seorang wanita yang tabah dab banyak bersabar sepanjang perhubungan.

Sama-sama kita doakan semoga segala yang dirancang oleh Fizz dan Almy ini dipermudahkan dan majlis ini akan berjalan lancar. Amin.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sharifah Sakinah Jawab Isu Tayang Perut Six Pack di Instagram

Senarai Penyanyi & Persembahan di Konsert Twin Towers @Live 2014