in ,

Amy Search Derma 240 Buah Buku

Pada 23 Februari lalu, penyanyi lagenda rock tanah air, Amy Search dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Projek Amal Selangor dan Kuala Lumpur hari ini menyumbangkan 240 buah buku kepada Perpustakaan Kampung Bukit Mat Inson di Pendang, Kedah.

Amy Search

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata program itu merupakan satu daripada cara untuk berbakti semula kepada masyarakat yang banyak menyokong kerjayanya sejak bergelar artis pada tahun 1980-an.

“Sudah 30 tahun saya berada dalam industri muzik, dengan program seumpama ini, dapatlah saya menyumbang semula kepada mereka yang memerlukan bantuan. Saya dapat tahu kampung ini memerlukan bahan bacaan untuk diletakkan di perpustakaan baharu mereka, jadi sebab itulah kami menyumbangkan buku ini,” – Amy Search.

“Pihak penganjur membuat beberapa tinjauan di kawasan luar bandar dan mendapati kampung ini memerlukan bahan bacaan untuk diletakkan di perpustakaan yang baru sahaja disiapkan pada Februari lalu.”

Sumbangan itu juga merupakan satu daripada program yang dijalankan sempena siri jelajah ‘Amy Search Jelajah Pendang Bersama Komuniti’ yang dijalankan selama dua hari bermula hari ini. – Bernama

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penyanyi & Persembahan di Konsert Twin Towers @Live 2014

Jamie Foxx Bakal Buat Persembahan di Laureus World Sports Awards