in , ,

Tahniah! Calift Gold Terima Anugerah The Brand Laureate Kategori World Halal Bestbrand 2022

Tahniah kami ucapkan buat pengusaha produk Calift Gold Puan Nor Nabiha Nadia Ismail dan suaminya, Mohd Azizul Mohd Desa yang telah menerima anugerah The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2022, pada 24 Februari lalu di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur!

Dari kerjaya yang stabil sebagai seorang peguam, pengusaha produk Calift Gold, Puan Nor Nabiha Nadia Ismail telah mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan kini menjadi usahawan yang berjaya. 

Beliau yang menyokong minat suaminya Mohd Azizul Mohd Desa, dalam bidang perniagaan mengusahakan perniagaan ini sejak 2016. 

Anak kelahiran Johor itu kini boleh menarik nafas lega setelah berjaya mendapatkan untung purata sebanyak 5 juta ringgit tahun lalu mahu meningkatkan keuntungan jualan kepada 15 juta bagi tahun ini. 

Nadia dan Azizul yang menerima award The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2022, pada 24 Feb di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur merasakan berbaloi pengiktirafan itu dengan penat lelah serta usaha yang diberikan selama ini. 

Produk keluaran 100% bumiputera itu berasaskan susu kambing bagi memberi manfaat serta membantu pengguna yang mengalami sakit sendi serta lutut. 

Ia merupakan satu-satunya produk keluaran syarikatnya Calift Group Sdn Bhd dan menambah alat sokongan lutut sebagai tambahan produk jualan. 

Pengguna yang takut dengan produk berasaskan ubat-ubatan & bahan kimia, kini boleh memilih Calift Gold kerana ia di formulasikan 100% daripada bahan semulajadi seperti: 

Buah Delima 

  • Melawan radiakal bebas
  • Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer
  • Menjaga Sistem Penghadaman 

Madu Asli 

  • Mengurangkan keroskan sel di dalam otak
  • Boleh membantu anda untuk tidur
  • Mengurangkan risiko sesetengah kanser dan masalah jantung

Daun Stevia 

  1. Menstabilkan tahap gula dalam darah
  2. Menyekat pembangunan dan pembiakan organisma berjangkit
  3. Membantu Pencernaan Dan Melegakan Pedih Ulu Hati 
  4. Mencegah Perkembangan Penyakit Kronik Kurma 
  5. Memberikan sumber tenaga
  6. Mencegah sembelit dan mengawal kadar gula dalam darah

Gam Arabika 

  • Menguatkan sistem imuniti
  • Mengurangkan kolestrol dalam darah
  • Mempertingkatkan penapisan buah pinggang

Produk Calift Gold telah memasuki pasaran Singapura sejak 2019 dan mahu melahirkan lebih ramai jutawan dengan perniagaan ini. 

Pengalaman Azizul dalam pengeluaran makanan digunakan sebaiknya bagi melahirkan produk berasaskan susu kambing ini. 

Mengakui berdepan cabaran berdasarkan cabang ilmu yang tidak sama serta kurang pengalaman dalam bidang perniagaan memandangkan puan Nadia merupakan bekas peguam Jenayah serta pernah memiliki Firmanya sendiri manakala Azizul merupakan Pengurus di sebuah syarikat di Singapura. 

Namun cabaran itu di atasi sebaiknya menerusi bimbingan mentor dan kursus perniagaan yang di ambil mereka. 

Mengakui pandemic covid 19 telkah meletakkan jurang ekonomi yang mencabar, Nadia mahu lebih ramai yang terkesan untuk mendapatkan pendapatan tambahan menerusi program kongsi rezeki Usahawan Calift. 

Beliau turut mensasarkan 30 ribu individu dapat dibantu pada tahun ini. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021

Nekad Gadai Emas Di Gull Jewellery, Kisah Pengorbanan Wanita Ini Untuk Suami Cukup Mulia