in , ,

HONOR Umum Watch GS 3 & Earbuds 3 Pro Yang Boleh Pantau Kesihatan

Selain daripada siri Magic4 yang dilancarkan, HONOR turut mengumumkan dua buah peranti boleh pakai (wearable device), iaitu Watch GS 3 dan Earbuds 3 Pro.

Peranti-boleh-pakai Honor yang terkini telah diperkenalkan secara rasmi, sebentar tadi. Dikenali sebagai Honor Watch GS 3, jam tangan pintar ini hadir dengan pilihan bahan binaan yang baik dan kemasan tampak eksklusif serta cukup mewah.

Honor Watch GS 3 mempunyai rekaan jam tangan bermuka bulat bersama dua butang fizikal yang terbina pada sisi muka jam.

Kedua-dua peranti itu dipakai pada anggota berbeza pada tubuh manusia tetapi ia berkongsi satu tujuan yang sama di mana boleh dijadikan peranti untuk memantau kesihatan.

Watch GS 3 merupakan jam tangan pintar yang menampilkan rekaan persis jam tangan biasa yang sering dipakai. Dengan berat 44g, ia hadir dengan binaan keluli tahan karat 316L.

HONOR-Watch-GS

Paparannya adalah seluas 1.43 inci AMOLED dengan kecerahan 1000 nits dan menawarkan lebih daripada 100 mod sukan termasuk sokongan dwi-frekuensi GNSS (Global Navigation Satellite System).

Tumpuan utama adalah modul sensor 8-saluran PPG (Photoplethysmography) yang baharu. Melaluinya, ia akan memberikan isyarat optikal yang lebih tepat dan jitu. Selain itu, turut mempunyai enjin pemantauan degupan jantung AI.

HONOR-Watch-GS

Didatangkan dengan tiga pilihan warna – Midnight Black, Ocean Blue dan Classic Gold. Ia dijual pada tanda harga bermula €229 (~RM1077).

Earbuds 3 Pro pula, namanya sudah cukup memberikan gambaran bahawa ia sudah semestinya sebuah fon telinga tanpa wayar TWS.

HONOR-Watch-GS

Meskipun ia hanyalah TWS tetapi ia hadir dengan satu fungsi menarik berbanding pesaingnya lain, iaitu ciri memantau suhu badan.

Turut dilengkapi pemacu sebesar 11mm, sokongan AdaptiveANC, sambungan dua peranti dan mampu menawarkan 2 jam main balik muzik dengan hanya 5 minit cas.

TWS ini dijual pada harga €199 (~RM936). Namun, seperti biasa, kita hanya perlu menunggu pengumuman rasmi HONOR Malaysia akan kehadirannya buat pasaran tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Psst, Something Super is Coming!

Senarai Penuh Pemenang JOOX Top Music Awards Malaysia Year End 2021