in , , ,

Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30 FFM30

Sekalung tahniah Budiey ucapkan kepada semua pemenang di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) yang berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Festival Filem Malaysia Ke-30 telah memilih untuk menobatkan filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA sebagai filem terbaik. Filem ini memaparkan beberapa isu besar seperti masalah rasuah, pendatang asing yang merupakan masalah utama dalam negara ketika ini. Ia bukan sahaja membabitkan anggota berpangkat rendah sahaja tetapi ia juga melibatkan pegawai atasan sehingga membuatkan gejala ini sukar dibendung.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Mengangkat tema ‘Inspirasi Sinemaku’, Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) bakal mempertandingkan 24 kategori termasuk tiga anugerah khas. Sebanyak 42 karya yang bertanding, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia, 8 naskhah Mandarin, 7 Tamil dan 2 lagi Kantonis.

Festival Filem Malaysia 30 disiarkan secara langsung dari Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Mac 2019 (Sabtu) bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Diacarakan oleh Adibah Noor dan Nabil Ahmad. Diserikan dengan persembahan artis seperti Dato Jamal Abdillah, Dato Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Sophia Liana, Zizi Kirana, Syamel, Datin Alyah, Billy Zulkarnain dan Dato Afdlin Shauki. 

Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan malam tadi:

Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30

Filem Terbaik: One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

Pengarah Terbaik: Namron (One Two Jaga) 

Pelakon Lelaki Terbaik: Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

Pelakon Wanita Terbaik: Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Hasnul Rahmat (Polis Evo 2) 

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Nabila Huda (Makrifat Cinta)

Pengarah Harapan: Quek Shio Chuan (Guang) 

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)

Pelakon Wanita Harapan: Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil) 

Pelakon Lelaki Harapan: Kyo Chen (Guang)

Lakon Layar Terbaik: Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga) 

Sinematografi Terbaik: Yeong Tuck Wei (Guang)

Cerita Asal Terbaik: Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga) 

Kostum & Busana Terbaik: Andy Sulaiman (Dukun) 

Penataan Bunyi Terbaik: Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

Penataan Seni Terbaik: Chan Hsien Yu (Guang)

Kesan Khas Terbaik: Pixelpost (Dukun)

Penyunting Terbaik: Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)

Skor Muzik Asal Terbaik: Nick Davis (Two Sisters) 

Poster Terbaik: Jazzy Pictures (One Two Jaga)

Lagu Tema Terbaik: Atma Jiwa, Monoloque (Busker)

Anugerah Khas Juri 1: Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd) 

Anugerah Khas Juri 2: Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3: Busker (Astro Shaw Sdn Bhd) 

Filem Box Office: Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd) – RM37,797,423

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman: AR Badul

Anugerah Penggiat Belakang Tabir: Habsah Hassan

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30
Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Filem Yang Bertanding di Festival Filem Malaysia Ke-30

TAHNIAH! Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30