in , , ,

TAHNIAH! Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Tahniah buat filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA yang telah menang besar dengan membolot enam trofi kemenangan di Festival Filem Malaysia Ke-30. Sesuatu yang diluar jangkaan? Mungkin artikel ini membuka mata anda tentang kelebihan filem ini berbanding filem lain.

Siapa sangka, filem yang tidak laris di pawagam, CROSSROADS: ONE TWO JAGA dinobat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Sedikit trivia, filem ini pernah mencetuskan isu hangat di sosial media gara-gara tidak mendapat sambutan di pawagam membuatkan Namrom sengaja buat provokasi sebab sangat kecewa lalu mengumumkan lebih baik buat filem lucah.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30
PENERBIT Filem One Two Jaga Bront Palarae (empat, kiri) bersama Pengarah Filem One Two Jaga Namron (tiga, kiri) bergambar kenangan selepas memenangi Kategori Filem Terbaik pada Majlis Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam ini.Anugerah disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Sekarang, dengan kejayaan ini membuktikan filem yang tak laku di pawagam tidak semestinya tidak bermutu. Pilihan juri profesional tidak sama dengan pilihan penonton Malaysia.

Ramai yang tak tahu, CROSSROADS: ONE TWO JAGA menjadi filem tempatan pertama yang diberikan kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang memaparkan sisi gelap pasukan penguatkuasa iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Saksikan Trailer FIlem CROSSROADS: ONE TWO JAGA

Isu Hangat Filem ONE TWO JAGA

Selain pengiktirafan tertinggi terbabit, karya terbitan Pixel Play Entertainment arahan Namron itu turut mencipta kegemilangan dengan membawa pulang lima lagi anugerah lain. Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA dibintangi pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Iedil Putra, Chew Kin Wah serta bintang Indonesia, Ario Bayu dan Asmara Abigail dan ramai lagi.

Filem ini meneroka sisi gelap berkaitan rasuah, korupsi dan jenayah serta konflik kemanusiaan sejagat yang menghantui masyarakat.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Semasa filem ini berada di pawagam, Namron menyuarakan kekecewaannya kerana filem itu tidak mendapat sambutan seperti mana yang disuarakan oleh netizen sebelum yang kononnya tidak sabar untuk menonton filem tersebut.

Namron meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter apabila melihat kedudukan carta filem One Two Jaga kurang mendapat sambutan hangat.

Malah seolah berang dan menyuarakan keinginannya untuk membuat filem lucah selepas ini yang baginya akan mendapat sambutan.

Bintang utamanya, Rosdeen Suboh, diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Namron sendiri berjaya menjulang trofi Pengarah Terbaik.

Filem itu juga memenangi kategori Lakon Layar Terbaik, Cerita Asal Terbaik dan Poster Terbaik.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Rasa-rasanya, berbaloilah penerbit Bront Palarae turun-naik panjat tangga Balai Polis Bukit Aman untuk mendapatkan kelulusan filem ini, kan?

Kisah Yang ‘Rare’ & Taboo

Bercerita lanjut tentang mesej dan intipati filem ini, subjek gejala rasuah dalam kalangan anggota penguat kuasa yang diangkat dalam filem kontroversi itu bukan dibuat untuk mencalar imej mana-mana pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambah Namron, filem itu juga bukan dihasilkan kerana ingin mengajar masyarakat membenci pihak penguat kuasa, sebaliknya ingin memberi pengajaran dalam memerangi rasuah.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Filem ini dianggap sebuah naskhah yang cukup sensitif dan membincangkan isu yang taboo di kalangan masyarakat. Tak hairan jika ada pihak yang mahu memboikot filem ini. Namun, pengarah bijak menggarap naskhah ini supaya tidak nampak seperti memperlekeh atau menuding jari yang polis ini bermasalah, sebaliknya memaparkan realiti yang berlaku dalam pasukan paling berkuasa di negara ini yang mana terdapat segelintir anggota polis korup.

Filem ini memaparkan beberapa isu besar seperti masalah rasuah, pendatang asing yang merupakan masalah utama dalam negara ketika ini. Ia bukan sahaja membabitkan anggota berpangkat rendah sahaja tetapi ia juga melibatkan pegawai atasan sehingga membuatkan gejala ini sukar dibendung.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Jalan cerita yang ditampilkan mudah difahami iaitu berkisarkan tentang tiga watak utama iaitu dua anggota polis iaitu Hussein (Zahiril Adzim), Hassan (Rosdeen Suboh) dan Sugiman (Ario Bayu).

Hussein seorang anggota baru yang ditugaskan bersama seorang anggota senior bernama Hassan yang mana Hussein tidak gemar dengan seniornya yang mengambil rasuah. Sugiman pula pekerja tanpa izin (PATI) dari Indonesia yang berusaha mencari jalan untuk menghantar adiknya Sumiati pulang ke Indonesia.

Bagi saya, filem ini sangat ‘rare’. Mungkin sebab itu juri memilih filem ini sebagai filem terbaik selain intipatinya berjaya menjadikan naskah ini lengkap dan sampai ke hati pihak yang ‘siapa makan cili dia terasa pedas’.
Tidak hairanlah filem ini ditayangkan di banyak festival filem antarabangsa walaupun belum ditayangkan di negara sendiri.

Tonton di Netflix Untuk Kepuasan!

Kepada yang belum menonton, filem ini berada di saluran Netflix. Jika korang tengok betul-betul, pada pengamatan Budiey, Amerul Affendi sebagai Adi dalam filem ini layak untuk menang Pelakon Pembantu Terbaik Lelaki. Pembawakan karakter selalu on point dan berjaya untuk nampak real di layar.

Filem terbitan Pixel Play Entertainment dan Jazzy Pictures itu telah mencipta kejayaan membanggakan negara apabila berjaya tercalon di Festival Filem Asia ke-17 di New York 2018 (NYAFF). 

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Filem itu dicalonkan dalam kategori Filem Cereka Terbaik bersama enam lagi karya dari Asia iaitu “Blood of Wolves” (Jepun), “Liverleaf” (Jepun), “The Looming Storm” (China), “Men on the Dragon” (Hong Kong), “Microhabitat” (Korea Selatan) dan “Respeto” (Filipina). 

Filem ini pernah menjalani siri jelajah di Festival Filem Antarabangsa Shanghai ke-21 (SIFF) di China untuk mempromosikan filem ini di mata antarabangsa.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Bersaing dengan empat filem hebat iaitu Dukun, Paskal The Movie, Vedigundu Passange dan Guang, karya itu mengangkat kisah sisi gelap dunia kepolisan dengan paparan segelintir anggotanya terbabit dalam gejala rasuah serta jenayah.

Trofi disampaikan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh Deo, yang turut merasmikan malam kemuncak festival berkenaan.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia, Eddin Syazlee Shith; Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Samsuni Mohd Nor; dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Seperti diramalkan, lakonan hebat Datin Seri Umie Aida dalam Dukun sekali lagi melayakkannya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

November lalu, Umie menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2018, menerusi naskhah sama.

Lakonan Nabila Huda dalam Makrifat Cinta pula memikat hati juri untuk memilihnya sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, manakala Hasnul Rahmat daripada Polis Evo 2 sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Trofi Pelakon Lelaki Harapan menjadi milik Kyo Chen hasil persembahannya menerusi Guang, manakala kategori Pelakon Wanita Harapan diungguli Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil).

Eng Wei Jie pula dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi Rise Of The Legend: Lee Chong Wei.

FFM30 turut mengiktiraf filem Paskal The Movie, Vedigundu Pasangge dan Busker untuk menerima Anugerah Khas Juri.

Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30
Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30
Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30
Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30
Filem CROSSROADS: ONE TWO JAGA Diangkat Sebagai Filem Terbaik FFM30

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-30 FFM30

Dengan Sekali Lafaz, Bella Dally Selamat Bernikah dengan Arif