in , ,

Indah Ruhaila Lancar Video Muzik Single PUDAR Lagu Tema Nur 2

Jangan lupa saksikan persembahan akustik istimewa Indah Ruhaila yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Nova Music juga tayangan perdana video muzik rasmi single terbaharu berjudul PUDAR yang merupakan salah satu lagu tema drama NUR 2.

Hampir dua tahun menyepi tanpa karya terbaharu, kini penyanyi wanita bersuara mantap lagi lantang, Indah Ruhaila muncul dengan dengan single terbaharunya berjudul PUDAR. Single terbaharunya ini turut diangkat sebagai salah satu lagu tema utama yang melatari drama bersiri NUR 2, sebuah karya susulan kepada drama bersiri NUR yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun lepas apabila mencapai rating tertinggi sebanyak 13 juta tontonan di TV3. Drama 15-episod lakonan pelakon-pelakon utama, Amyra Rosli dan Syafiq Kyle ini sedang bersiaran di slot Samarinda TV3 sejak 2 April 2019.

Persembahan Akustik Istimewa Indah Ruhaila Jam 8 Malam Ini

Sempena pelancaran video muzik rasmi PUDAR malam ini, Indah bakal tampil dalam sebuah persembahan akustik istimewa yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube Nova Music Videos mulai jam 8 malam ini.

Penonton bakal disajikan dengan persembahan akustik istimewa 5-lagu diselangi dengan sesi soal jawab bersama penyanyi yang mesra disapa sebagai Indah ini dalam menyorot kembali sejarah kerjaya seninya.

Video muzik rasmi PUDAR bakal dilancarkan secara rasmi tepat jam 9 malam ini dan boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos.

Lagu PUDAR merupakan single pertama penyanyi bervokal mantap ini di di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd..

Kali terakhir graduan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) ini menerbitkan singlepada tahun 2017 menerusi lagu ‘Kau Yang Satu’ yang pernah menjadi lagu OST untuk sebuah filem dengan judul yang sama.

Sebelum ini, Indah pernah popular dengan lagu hits ‘Percayalah’ yang membawanya ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu 29 pada tahun 2015. Indah juga popular dengan lagu hit ‘Semua Untuk Cinta’ hasil ciptaan gandingan komposer hebat, Hael & Ezra Kong yang dikeluarkan pada tahun 2016.   

Lagu terbaru berentak balada ini merupakan ciptaan sepenuhnya penyanyi dan komposer berbakat Amylea Azizan. Amylea yang turut bertindak sebagai penerbit rakaman memberikan sentuhan magisnya menerusi susunan muzik yang digarap penuh dinamik.  

Disulam pula dengan bait-bait lirik yang mengangkat tema harapan yang disandarkan semakin menghilang, berjaya menambahkan lagi unsur melankolik ke dalam lagu ini.

Diberi pula jiwa menerusi nyanyian penuh penghayatan dalam setiap hela nafas vokal mantap Indah sekaligus melengkapkan lagi PUDAR sebagai sebuah karya yang bakal menjentik hati pendengar.

LIRIK LAGU PUDAR - INDAH RUHAILA

Lagu Pudar Kini Trending di Joox

Baru sahaja dilancarkan pada 29 Mac lalu, PUDAR sudah pun berjaya tersenarai dalam senarai Lagu Top Trending di pelantar striming muzik Joox. Mengulas tentang sambutan memberangsangkan peminat muzik tempatan dan penonton drama ‘Nur 2’, Indah berkata,

“Alhamdulillah. Saya terharu dengan reaksi positif semua pihak. Ternyata tidak silap taruhan saya kali ini. Saya bersyukur kerana mempunyai jodoh dengan lagu ini.

Sebenarnya, lagu ini pernah ditawarkan kepada saya untuk dimuatkan dalam OST drama ‘Nur’ edisi pertama. Tetapi atas sebab kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, saya terpaksa menolak. Namun sudah tertulis memang rezeki saya untuk mendendangkan lagu ini”. 

Pertama kali mendengar lagu ini, saya cukup terusik dengan melodi dan liriknya.

Apatah lagi apabila saya diberitahu Amylea bahawa lagu ini asalnya ditulis khas untuk watak ‘Nur’ berdasarkan plot untuk edisi pertama drama tersebut.

Saya berharap apa yang lagu ini cuba sampaikan, saya berjaya terjemahkan menerusi nyanyian saya.

Sekiranya ada yang menyatakan nyanyian saya ini berjaya menyentuh hati mereka, alhamdulillah,”

– Indah Ruhaila

Ramai peminat menyifatkan persembahannya dalam lagu PUDAR ini berjaya meninggalkan kesan kepada pendengar.

PUDAR merupakan single terbitan dan edaran Nova Music (M) Sdn. Bhd.. Singleini boleh didapati di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 29 MAC 2019. Manakala video muzik rasmi “Pudar” boleh ditonton menerusi saluran YouTube Nova Music Videos bermula 8 APRIL 2019 jam 9 malam.

LIRIK LAGU PUDAR - INDAH RUHAILA

LIRIK LAGU PUDAR – INDAH RUHAILA

Aku selalu rindu
sepi membunuh ku
Kedinginan malam menghantui

Hanya engkau tahu
kekurangan ini
Tiada kan menyembuh selain mu

Aku terlalu jauh
Jauh untuk kembali pada mu

Pudar harapan ku makin pudar
Jika ku terus berlari
Dunia ku tiada henti

Hadirkanlah satu tuk menemani ku
Membawa diri ku didekatmu
Aku terlalu jauh
Jauh untuk kembali pada mu

Pudar harapan ku makin pudar
Jika ku terus berlari
Dunia ku tiada henti

Pudar harapan ku makin pudar
Jika ku terus berlari
Dunia ku tiada henti

Bukalah mata ku
Bukalah hati untuk menerima cinta dari mu
Jika kau berikan semula hidup ku takkan pudar

Pudar harapan ku makin pudar
Jika ku terus berlari
Dunia ku tiada henti

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Viral Video Penari Separuh Bogel di Majlis Resepsi Ahya Rosli Terima Kecaman

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 DFKL2019