in

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Cipta FFM25

Pada jam 8 malam, 27 Februari telah berlangsungnya Malam Pelancaran Festival Filem Malaysia yang ke-25 di eCurve, Mutiara Damansara. Sebanyak 11 Anugerah Cipta FFM25 telah disampaikan kepada pemenang. Tahniah buat filem terbitan Aparat Sdn Bhd, Bunohan yang berjaya menggondol tiga anugerah iaitu Penataan Bunyi Terbaik, Penataan Seni Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik. Syabas diucapkan. Itu untuk Anugerah Cipta, pastinya filem Bunohan akan menang lagi untuk Anugerah Perdana yang akan diumumkan pada malam anugerah tanggal 2 Mac nanti. Sama-sama kita nantikan.

FFM25

Malam pertama FFM25 itu turut menyaksikan Pengarah filem SAM (Saya Amat Mencintaimu), Syafiq Yusof dinobatkan sebagai Pengarah Harapan.

Majlis perasmian dan penyampaian trofi bagi 11 kategori dipertandingkan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang.

Dalam pada itu, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dimenangi oleh Tee Jing Chen menerusi filem Hantu Gangster.

Anugerah lain yang disampaikan pada malam tersebut ialah Filem Animasi Terbaik, Filem Pendek Terbaik, Poster Terbaik, Pereka Kostum Terbaik dan Lagu Tema Terbaik.

Pemenang meraih sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM10,000.

Malam Anugerah Cipta FFM25 menyenaraikan 11 kategori manakala baki 12 kategori diumumkan pada acara kemuncak Anugerah Perdana yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.

FFM25

Berikut adalah pemenang-pemenangnya:

1. Poster Terbaik: Seafood (Silver Ant Sdn Bhd)

2. Pereka Kostum/Busana: 29 Februari (Hasnan Yaacob)

3. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Hantu Gangster (Tee Jing Chen)

4. Lagu Tema Terbaik: Ombak Rindu (Nurzaidi Abdul Rahman)

5. Penataan Bunyi Terbaik: Bunohan (Raja Ahmad Shaidaley dan Imaginex Studios)

6. Penataan Seni Terbaik: Bunohan (Dain Iskandar Said)

7. Pengarah Harapan: SAM (Syafiq Yusof)

8. Filem Pendek Terbaik: Sanzaru (Reservoir Production Sdn Bhd)

9. Filem Animasi Terbaik: Ninja Vs Pirate (The One Academy)

10. Skor Muzik Asal Terbaik: Bunohan (Mendiang Yuan Tan Yan Wei, Imaginex Studios)

11. Penggiat Belakang Tabir Terbaik: Lim Kim Hua (pembekal filem)

FFM25

FFM25

FFM25

FFM25

FFM25

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wanita Hari Ini WHI Kini Berwajah Baru

Saiful Azmi Jamsari Rasa Sendiri Detik 12 Malam TV3