in

Saiful Azmi Jamsari Rasa Sendiri Detik 12 Malam TV3

GERUN, CEMAS DALAM DETIK 12 MALAM

[dropcap]J[/dropcap]ika anda merasakan pekerjaan anda sangat teruk dan menyeksakan, fikirkan sekali lagi. Pastinya anda akan berubah fikiran setelah melihat sesuatu yang tidak pernah anda alami menerusi program majalah dokumentari baru, DETIK 12 MALAM mulai 3 Mac ini. Setiap malam minggu selama 30 minit, jangan lepaskan peluang untuk bersama pengantara Saiful Azmi Jamsari yang akan memaparkan kisah-kisah sebenar pengalaman bekerja pada waktu jam 12.00 tengah malam.

Gerun dan cemas namun itulah realiti yang terpaksa mereka tempuhi demi pekerjaan yang telah mereka pilih. Antara kerjaya yang dimaksudkan ialah ‘penggali kubur’, ‘renjer hutan’, ‘pembikin filem atau drama’, ‘pemandu teksi’, ‘penjaga rumah api’ dan banyak lagi. Untuk membuktikan kebenaran kejadian-kejadian misteri tersebut, Azmi akan melakukan sendiri setiap pekerjaan berkenaan secara seorang diri.

Saiful Azmi Jamsari

Di kala semua orang sedang nyenyak tidur, ada yang baru memulakan pekerjaan. Sebagai penggali kubur, perkara-perkara mistik mahupun paranormal sudah menjadi lumrah buat mereka. Gangguan seperti ditegur atau anggota badan terasa disentuh adalah asam garam bergelar penggali kubur. Menelusuri dan mendaki hutan belantara Gunung Nuang selaku renjer hutan membongkar kejadian-kejadian aneh lagi pelik sehingga tidak tercapai di fikiran.

Meneruskan cabaran, DETIK 12 MALAM membawa seribu satu kisah seram cerita-cerita pengalaman si pemandu teksi. Hatta, kupasan tentang pengalaman mereka yang berkhidmat sebagai seorang penjaga rumah api. Barangkali kerjaya ini jarang sekali didengari tetapi penuh dengan pelbagai kisah pengalaman semasa sedang bertugas pada waktu malam. Antaranya, suara tapak kaki kanak-kanak berlari dan bau yang amat busuk. Suasana yang jauh dari penempatan dan jalan raya membuatkan seseorang merasa tidak yakin untuk memikul tanggungjawab, tambah lagi dalam keadaan yang begitu sunyi.

Ikuti pelbagai lagi kisah-kisah menarik menerusi DETIK 12 MALAM bersama Saiful Azmi Jamsari bermula 3 Mac ini, setiap hari Ahad jam 10.30 malam di TV3. Jika anda terlepas menyaksikannya di kaca televisyen, anda boleh menonton melalui saluran alternatif iaitu di www.tonton.com.my.

Saiful Azmi Jamsari

Saiful Azmi Jamsari

Saiful Azmi Jamsari

Saiful Azmi Jamsari

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Keputusan Anugerah Cipta FFM25

Review Hotel Mercure Vientiane Laos