in ,

Berlangsung dengan SOP, Ini Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020

Meneruskan tradisi sebelumnya, Nona sekali lagi memberikan pengiktirafan kepada wanita-wanita hebat dalam pelbagai bidang. Sebanyak 47 anugerah Nona Superwoman 2020 akan disampaikan kepada individu paling cemerlang dalam satu majlis makan malam bertemakan ‘New Normal Glam’ YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah adalah di antara penerima anugerah utama di majlis malam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2020.

Nona Superwoman Award 2020 mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui 47 kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya. Anugerah berprestij ini telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2018 dengan mengangkat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penyandang anugerah utama.

Fenomena ini diteruskan buat kali kedua melalui Nona Superwoman Award 2020 sebagai kesinambungan kejayaan yang lalu.

Selepas kejayaan Nona Superwoman Award sebelumnya, kali ini Majalah Nona menampilkan 47 anugerah buat individu paling cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing.

Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020

Malam Pengiktirafan NONA SUPERWOMAN 2020 Cukup Istimewa

YABhg Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah adalah di antara penerima anugerah utama di majlis malam pengiktirafan Nona Superwoman Award 2020.

Seramai 47 individu daripada pelbagai kerjaya akan diraikan dalam satu majlis virtual yang telah berlangsung di Shah Alam Convention Centre (SACC). Individu yang dipilih adalah berdasarkan kecemerlangan dan sumbangan yang diberikan kepada komuniti dan negara sepanjang tahun 2020.

Majlis bertemakan ‘New Normal Glam’ yang dihoskan oleh selebriti terkenal Daphne Iking dan ditaja sepenuhnya oleh jenama produk penjagaan rambut, Faith Fleur. Berlokasi di Shah Alam Convention Centre (SACC), ia distrimkan secara langsung melalui YouTube Live dan Facebook Live saluran Majalah Nona.

Datuk Seri Rina Mohd Harun, Hadir Memeriahkan Malam Pengiktirafan NONA SUPERWOMAN 2020

Paling membahagiakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Yang Berhormat Datuk Seri Rina Mohd Harun turut hadir bagi merasmikan majlis penuh gemilang ini.

Pada majlis ini juga, Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak menyatakan majlis pengiktirafan buat kali kedua ini cukup berbeza berbanding sebelumnya.

“Saya bersyukur kerana majlis pengiktirafan ini akhirnya dapat dilaksanakan, meskipun secara maya memandangkan situasi pandemik Covid-19.

Disebabkan itu juga, kami di majalah Nona keluar dari norma sebelumnya dan memberikan satu penghargaan yang cukup besar kepada wira negara.

Yang berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Noor Hisham serta para petugas barisan hadapan yang sedang berjuang untuk kita semua.

“Setiap individu yang diraikan pada mala mini juga adalah antara yang turut terkesan dengan ketidakstabilan ekonomi namun masih mampu bertahan dengan semangat yang kuat. Tahniah kami ucapkan!,”

– Kiffy Razak

Dengan pematuhan SOP yang ketat, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial sepanjang majlis berlangsung, malam pengiktirafan dengan kehadiran tetamu seramai 100 orang ini turut diserikan persembahan artis terkemuka Malaysia, Noryn Aziz dan Erni Zakri.

Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020
Tya Ariffin
Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020
Awal Ashaari & Scha Alyahya
Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020
Ella
Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020
Mira Filzah

Ini Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020

1. Nona Superwoman Award – Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

2. Nona Frontliner Award – Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

3. Nona Royal Award – Che Puan Sofie Louise Johansson

4. Nona VIP Award – Puan Sri Nisa Bakri

5. Nona Fashion Moghul Award – Dato’ Seri Dr Farah Khan

6. Nona Homegrown Award – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

7. Nona Motivator Award – Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa

8. Nona Legend Award – Ella

9. Nona Health Influencer Award – Dr Nur Amalina Che Bakri

10. Nona Educated Celebrity Award – Dr Soo Wincci

11. Nona Business Icon Award – Neelofa

12. Nona Fashion Designer Award – Alia Bastamam

13. Nona Most Promising Entrepreneur Award – Tya Arifin

14. Nona Active Award – Farah Ann Abdul Hadi

15. Nona Fashionista Award – Scha Alyahya

16. Nona Charity Award – Heidy Quah

17. Nona Influencer Award – Mira Filzah

18. Nona Best Young Entrepreneur Award – Nabella Anuar, Kayman Beauty

19. Nona Best Beauty Entrepreneur Award – Datin Fatin Amyera Zainal Abidin, Amyera

Empire

20. Nona Best Networking Business Award – Siti Noor Sabrina Soobri, Mamasab

International

21. Nona Best Aesthetic Award – Nur Izzati Aqilah Lokman Hakim &

Mohammad Syafiq Lokman Hakim, Beaux Aesthetic

22. Nona Best Emerging Founder Award – Dato’ Sri Anis Romli, Imorice

23. Nona Best Charity Award – Kolonel Bersekutu (PA) Datuk Hajjah Rozzanamoon

Dato’ Haji Rahmat

24. Nona Best Islamic Education Award – Ustazah Siti Khadijah Mohni, Hatimurni

Islamic Private School

25. Nona Best Medical Footwear Award – Nur Diana Dzulkiply, MEDSHOE

26. Nona Best Halal Beauty Award – Norazimah Abd Jalil, HAUS Cosmetics

27. Nona Best Hair Care Product Award – Siti Mariam Abdul Samad & Mohamad Abdul

Halim Bahadorisam, Faith Fleur

28. Nona Best Accomplishment Business Award – Siti Mariam Abdul Samad &

Mohamad Abdul Halim Bahadorisam, Faith Fleur

29. Nona Best Image Consultant Award – Debby Yunus

30. Nona Best Online Supplement Award – Nurul Diana Mohd Pudzi, Dianz Cosmetics

31. Nona Best Birdnest Skin Benefit Award – Norshahila Ahmad, Birdnest Beauty

32. Nona Best Businesswoman Award – Zurin Zakaria, Carrisa Cosmetics

33. Nona Best Influencer Skincare Brand Award – Nursyafiqah Aina Abdul Wahab,

Ainaa Beauty

34. Nona Best Duo Entrepreneur Award – Datin Ayu Roslan, Bokitta

35. Nona Best Entrepreneur Cosmetics Award – Afzalizah Nizam Azizan, Cubre Mi

36. Nona Top Rising Entrepreneur Award – Norashima Edi, Snowhitee Beauty

37. Nona Excellence Entrepreneur Award – Yaya Suhaimi, Nufiya

38. Nona Best Collaboration Founder Award – Nadjua Zailani & Izzat Roslan, Bungaa X

AnissaFaizul

39. Nona Excellence Bird’s Nest Brand Award – Amy Yusuff & Norelissa Idayu, Sahi

Sarang Burung

40. Nona Best Emerging Hijab Brand Award – Nurul Fareha Anuar, Fareha

41. Nona Best Textile Entrepreneur Award – Siti Zaharah Ismail, Fyzara

42. Nona Early Edupreneur Award – Nor Fadilah Alias, Al Khauthar Eduqids

43. Nona Best Uprising Hijab Brand Award – Siti Zaleha Hamzah, Hijab by Hanami

44. Nona Best Beauty Brand Award – Ladybossrafa, K-Colly

45. Nona Best Strategic Business Thinker Award – Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan

46. Nona Best Premium Bird Nest Health & Beauty Brand Award – Nurlyana Darwesh,

Eve Essentials

47. Nona Best Safe Use & Dermatologist Tested Skincare Award – Nur Bashirah Hussin,

Charms Malaysia

Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020

Sepintas Lalu Tentang NONA SUPERWOMAN AWARD

Anugerah pengiktirafan Nona Superwoman Award telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2018 dengan mengangkat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penerima anugerah utama.

Selari dengan visi dan misi Majalah Nona untuk memperkasakan golongan wanita, fenomena ini diteruskan buat kali kedua melalui Nona Superwoman Award 2020 sebagai kesinambungan kejayaan yang lalu.

Barisan penerima anugerah juga dipilih berdasarkan kecemerlangan individu dalam bidang yang diceburi, selain semangat dan kepimpinan individu tersebut yang mampu menjadi inspirasi luar biasa kepada wanita lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gadgetmodel Hiasan | 18

Illi Najwa Nafi Murtad, Akui Suami Dah Peluk Islam Tahun Lalu

Blog Featured | 19

Juara Mentor Milenia 2016 & Anak Fauzi Nawawi, Fareez Fauzi Selamat Bernikah dengan Nurwathiqah