in

Illi Najwa Nafi Murtad, Akui Suami Dah Peluk Islam Tahun Lalu

Illi Najwa Anuar Hussin Saddique mengesahkan suaminya yang juga kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar telah menganut agama Islam sejak akhir 2019 dan dia sendiri tidak pernah menukar agama.

Penjelasan wanita yang berasal dari Johor itu sekali gus menepis gosip yang berlegar dalam media sosial berhubung status agamanya berikutan hantaran Facebook yang menyatakan namanya sebagai ‘Navpreet Kaur’.

Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang berkahwin dengan Kapten Pasukan Hoki India, Manpreet Singh Pawar telah memohon maaf diatas video majlis resepsinya yang berlangsung di India apabila ia tular di media sosial.

Akui silap dan salah

Menerusi laporan daripada Malaysia Gazette, Illi yang berasal dari Johor Bahru  itu memohon maaf dan akui kejahilannya serta suami dalam hal tersebut.

“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” Katanya dalam satu kenyataan yang tular di laman sosial sejak semalam.

Wanita itu menambah, dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah dan sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.

“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet. Saya turut memohon maaf kepada keluarga yang telah diheret sama dalam isu ini.

Suami dah peluk Islam tahun lalu

Namun, dia menafikan bahawa telah menukar agama dan memaklumkan bahawa suaminya sudahpun memeluk Islam pada penghujung tahun lalu sebelum mereka bernikah pada 16 Disember 2020 dalam satu majlis tertutup.

Tambahnya dalam kenyataan tersebut, sijil nikah mereka akan diperoleh pada Rabu hadapan.

Nafi tukar nama kepada nama Punjab

Mengulas berkenaan namanya yang dikatakan menukar kepada nama Punjab, wanita itu memberitahu namanya masih lagi Illi Najwa Anuar Hussin Saddique, tetapi keluarga suami memanggilnya dengan nama Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut namanya.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” Ujarnya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.

Tak pernah anggap apa yang berlaku betul

Dalam pada itu, Illi turut menyatakan mereka tidak pernah meminta perkahwinannya dirakam kerana sedar akan sensitiviti yang akan dihadapi.

Namun, rakaman yang dibuat media India itu berlaku diluar kawalan mereka. Dia juga akui tidak gembira dengan perkara tersebut lebih-lebih lagi melibatkan namanya dan suami.

“Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik.” Jelasnya

Terdahulu, Timbalan Menteri Agama, Ahmad Marzuk Shaary memaklumkan akan memanggil wanita tersebut bagi mendapatkan penjelasan berkenaan perkara sensitif ini.

Hal ini susulan tidak ada sebarang permohonan pertukaran agama dibuat oleh Illi direkodkan dan pihak timbalan menteri meminta agar kita semua bersangka baik bahawa wanita itu masih lagi seorang Muslim.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mira Filzah Tak Paksa Netizen Tengok Video, Kalau Meluat Tak Payah Tonton

Berlangsung dengan SOP, Ini Senarai Penerima Anugerah Nona Superwoman Award 2020