in

Senarai Pemenang Golden Globe Awards Ke 67

Pada hari Ahad lalu, Anugerah Golden Globe ke-67 telah berlangsung di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills, California.

Filem sains fiksyen arahan James Cameron, Avatar menang Filem Terbaik dan pengarahnya juga diangkat sebagai Pengarah Terbaik. Memang sesuatu yang boleh dijangkakan kerana filem Avatar memang sebuah filem yang berkualiti dan ditunggu-tunggu oleh semua peminat.

Avator Golden Globesjpg 4E24892A9B8A3988 Large | 4

Filem animasi UP pula menang Filem Animasi Terbaik. Memang best!

Tahniah juga buat Jeff Bridges dan Sandra Bullock yang dijulang sebagai Pelakon Terbaik. Lakonan Jeff Bridges dalam Crazy Heart sebagai penyanyi lagu-lagu country memang hebat.

Pelakon penuh karakter, Meryl Streep melengkapkan koleksi anugerah Pelakon Pembantu Terbaik sebanyak 7 kali hasil lakonan mantap yang sangat lucu sebagai Chef Julia Child dalam program masakan, Julie & Julia.

Robert Downey Jr. menang Pelakon Komedi Terbaik menerusi filem yang masih lagi berada di pawagam, Sherlock Holmes,

Semua pemenang dipilih oleh Persatuan Wartawan Asing Hollywood. Tahniah kepada semua pemenang!

KATEGORI FILEM:

Filem Terbaik: Avatar

Filem Komedi Terbaik: The Hangover

Pengarah Terbaik: James Cameron – Avatar

Aktor Terbaik (Filem): Jeff Bridges – Crazy Heart

Aktres Terbaik (Filem): Sandra Bullock – The Blind Side

Aktor Terbaik Komedi atau Muzikal: Robert Downey, Jr. – Sherlock Holmes

Aktres Terbaik Komedi/Muzikal: Meryl Streep – Julie & Julia

Aktor Pembantu Terbaik (Filem): Christoph Waltz – Inglourious Basterds

Aktres Pembantu Terbaik: Mo’Nique – Precious

Filem Animasi Cereka Terbaik: Up

Filem Asing Terbaik: The White Ribbon dari Jerman

Lakon Layar Terbaik: Jason Reitman dan Sheldon Turner – Up in the Air

Skor Asal Terbaik: Michael Giacchino – Up

Lagu Asal Terbaik: The Weary Kind from Crazy Heart

KATEGORI TELEVISYEN:

Drama Siri Terbaik: Mad Men

Komedi Bersiri Terbaik: Glee

Aktor Terbaik (Drama Bersiri): Michael C. Hall – Dexter

Aktres Terbaik (Drama Bersiri): Julianna Marguilies – The Good Wife

Aktor Terbaik Siri Komedi: Alec Baldwin – 30 Rock

Aktres Terbaik Siri Komedi: Toni Collette – United States of Tara

Siri Mini/Telefilem: Grey Gardens

Aktor Terbaik Siri Mini/Telefilem: Kevin Bacon – Taking Chance

Aktres Terbaik Siri Mini/Telefilem: Drew Barrymore – Grey Gardens

Aktor Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: John Lithgow – Dexter

Aktres Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: Jane Lynch – Glee

PENGHARGAAN KHAS:

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cecil B. DeMille – Martin Scorsese

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Latest Photo Karen Kong @ Voice of Audio Technica

Vince